Skip to content

Seksyen 3A

Bishop of Kuala Lumpur

of Akta Biskop Roman Katholik (Pemerbadanan) 1957

ActIn forceProvision 4 of 14
Seksyen 3A
(1)

Titular Roman Catholic Bishop of Kuala Lumpur, sebagaimana diperbadankan di bawah seksyen 3 selainnya dipanggil

“Perbadanan Kuala Lumpur” bagi maksud Akta itu hendaklah selepas 15 Mac 1974 dikenali sebagai Titular Roman Catholic Archbishop of

Kuala Lumpur dan hendaklah terus dipanggil bagi maksud Akta itu

“Perbadanan Kuala Lumpur”.

(2)

Semua harta tak alih yang sebaik sebelum 15 Mac 1974 terletak hak pada Titular Roman Catholic Bishop of Kuala Lumpur hendaklah pada hari itu terletak hak pada Titular Roman Catholic Archbishop of

Kuala Lumpur.

(3)

Perubahan nama yang diperuntukkan oleh seksyen ini tidak boleh menyentuh mana-mana hak atau obligasi Titular Roman

Catholic Archbishop of Kuala Lumpur atau mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadapnya; dan apa-apa prosiding undang-undang yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya sebelum tarikh itu boleh diteruskan atau dimulakan di bawah nama baharunya.

[Akta 131, s. 2—berkuat kuasa daripada 15-03-1974]

Roman Catholic Bishops (Pemerbadanan) 7