Seksyen 4A
Pemerbadanan Titular Roman Catholic Bishop of Malacca Johore
of Akta Biskop Roman Katholik (Pemerbadanan) 1957
(1)
Right Reverend Monseigneur James Chan Titular Roman
Catholic Bishop of Malacca Johore dan pengganti dalam jawatannya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan (kemudian daripada ini disebut “Perbadanan Melaka Johor”) dan hendaklah bagi maksud
Akta ini mempunyai nama “The Titular Roman Catholic Bishop of
Malacca Johore” dan dengan nama itu adalah kekal turun-temurun dan hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan suatu meterai perbadanan yang boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Perbadanan Melaka Johor.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 492
(2)
Perbadanan Melaka Johor boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih dan boleh menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerah balik dan memulangkan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak padanya atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Perbadanan itu dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya berkenaan dengan harta itu dalam mana-mana Mahkamah.