Seksyen 3
Pemerbadanan Roman Catholic Bishop of Kuala Lumpur
of Akta Biskop Roman Katholik (Pemerbadanan) 1957
(1)
Right Reverend Monseigneur Dominic Aloysius Vendargon
Titular Roman Catholic Bishop of Kuala Lumpur dan pengganti dalam jawatannya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan (yang kemudian daripada ini disebut “Perbadanan Kuala Lumpur”) dan hendaklah bagi maksud Akta ini mempunyai nama “The Titular
Roman Catholic Bishop of Kuala Lumpur” dan dengan nama itu hendaklah kekal turun-temurun dan hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan suatu meterai perbadanan yang boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan Kuala Lumpur.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 492
(2)
Perbadanan Kuala Lumpur boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih dan boleh menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak padanya atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Perbadanan itu dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya berkenaan dengan harta itu dalam mana-mana Mahkamah.
Perubahan nama berkenaan dengan Titular Roman Catholic