Skip to content

Seksyen 4B

Pemindahmilikkan harta tertentu

of Akta Biskop Roman Katholik (Pemerbadanan) 1957

ActIn forceProvision 7 of 14
Seksyen 4B
(1)

Titular Roman Catholic Archbishop of Singapore Malacca sebagaimana diperbadankan terdahulu di bawah seksyen 2 Akta itu yang selainnya dipanggil Perbadanan Singapura Melaka bagi maksud

Akta itu yang padanya terletak hak semua harta alih dan harta tak alih yang terletak dalam Johor dan Melaka yang dimiliki oleh Perbadanan

Singapura Melaka sebaik sebelum 15 Mac 1974 dengan ini dilucutkan hak bagi semua harta alih dan harta tak alih itu dan semua hak estet dan kepentingan di dalamnya.

(2)

Semua harta alih dan harta tak alih yang disebut dalam subseksyen (1) dan semua hak estet dan kepentingan di dalamnya adalah dengan ini diletak hak pada Perbadanan Melaka Johor bagi hak estet dan kepentingan yang berkaitan baginya dan Perbadanan Melaka

Johor hendaklah mempunyai kuasa penuh bagi menguruskan harta tersebut.

[Akta 131, s. 4—berkuat kuasa daripada 15-03-1974]