Skip to content

Seksyen 4

Pemerbadanan Roman Catholic Bishop of Penang

of Akta Biskop Roman Katholik (Pemerbadanan) 1957

ActIn forceProvision 5 of 14
Seksyen 4

(1)

Right Reverend Monseigneur Francis Chan Titular Roman

Catholic Bishop of Penang dan pengganti dalam jawatannya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan (kemudian daripada ini disebut “Perbadanan Pulau Pinang”) dan hendaklah bagi maksud

Akta ini mempunyai nama “The Titular Roman Catholic Bishop of

Penang” dan dengan nama itu adalah kekal turun-temurun dan hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan suatu meterai perbadanan yang boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Perbadanan Pulau Pinang.

(2)

Perbadanan Pulau Pinang boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih dan boleh menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerah balik dan memulangkan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak padanya atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya berkenaan dengan harta itu dalam mana-mana Mahkamah.