Skip to content

Seksyen 5

Pengganti dalam jawatan

of Akta Biskop Roman Katholik (Pemerbadanan) 1957

ActIn forceProvision 8 of 14
Seksyen 5
(1)

Ungkapan “pengganti dalam jawatan” hendaklah disifatkan termasuk sama ada seorang Administrator Apostolic atau seorang

Vicar Capitular of the Dioceses of Kuala Lumpur, Penang and

Malacca Johore dari masa apabila jawatan Titular Roman Catholic

Archbishop of Kuala Lumpur, jawatan Titular Roman Catholic Bishop

Roman Catholic Bishops (Pemerbadanan) 9

of Penang atau Titular Roman Catholic Bishop of Malacca Johore menjadi kosong melalui perletakan jawatan, ketiadaan atau kematian pemegang jawatan itu pada masa itu sehingga pengambilalihan formal jawatan oleh penggantinya.

(2)

Tidak boleh ada dalam mana-mana satu Diocese pemegang bersama bagi mana-mana dua jawatan Archbishop atau Bishop, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Administrator Apostolic atau Vicar Capitular; dan apa-apa surat kuasa wakil yang diberikan oleh mana-mana satu orang daripada mereka hendaklah terhenti menjadi sah apabila pemberi surat kuasa wakil itu berhenti mentadbir hal ehwal Diocese yang berkenaan.