Skip to content
ActIn force

Akta Audit 1957

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1957
Last amended
2024
Sections
10
Languages
EN · MS

Akta Audit 1957 is Malaysia Act, cited as Act 62 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI DALAM TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 62

Sebagaimana pada 13 Jun 2023

Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Audit Act 1957

sebagaimana yang dicetak semula dalam tahun 2006. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Pertama kali diperbuat

… … …

1957 (Ordinan No. 60

tahun 1957)

Disemak

… … …

1972 (Akta 62 m.b.p.

1 Mac 1972)

Kali terakhir dipinda melalui P.U. (A) 336/2023

yang mula berkuat kuasa pada

… … …

13 Jun 2023

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama

… … … … …

1983

Cetakan Semula Yang Kedua

… … … … …

1993

Cetakan Semula Yang Ketiga

… … … … …

1999

Cetakan Semula Yang Keempat

… … … … …

2006

3

Akta 62

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengauditan akaun Persekutuan, Negeri-Negeri dan pihak berkuasa dan badan yang ditentukan yang lain. [Semenanjung Malaysia—31 Ogos 1957, Ord. No. 60 tahun 1957; Sabah dan Sarawak—16 September 1963, L.N. 348/1963] Tajuk ringkas
(1)

(a) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Audit 1957.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai bagi pengauditan akaun

Persekutuan, Negeri-Negeri dan pihak berkuasa awam dan badan yang ditentukan yang lain yang tertakluk kepada pengauditan oleh

Ketua Audit Negara.

Tafsiran

(1)

Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain atau jika diperuntukkan selainnya dengan nyata dalam

Akta ini, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

(2)

Walau apa pun peruntukan dalam subseksyen 1(2), dalam pemakaiannya bagi Akta ini, ungkapan “wang awam” termasuklah wang yang diterima oleh atau untuk mana-mana pihak berkuasa

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 62

awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau

Negeri dan ungkapan “simpanan awam” termasuklah catel yang menjadi harta atau berada dalam milik atau di bawah kawalan mana-mana pihak berkuasa sedemikian.

Terma dan syarat perkhidmatan Ketua Audit Negara

*3. Ketua Audit Negara hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam am Persekutuan dan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Perlembagaan

Persekutuan dan di bawah Akta ini, undang-undang yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan perkhidmatan awam Persekutuan dan anggotanya hendaklah terpakai bagi Ketua Audit Negara.

Saraan Ketua Audit Negara

(1)

Saraan Ketua Audit Negara hendaklah sebagaimana yang ditentukan di bawah Jadual Pertama dan Kedua.

(2)

Ungkapan “saraan” dalam Akta ini hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Perkara 160(2)

Perlembagaan Persekutuan.

(3)

Semua pembayaran yang dibuat di bawah Jadual Pertama dan

Kedua hendaklah dipertanggungkan pada

Kumpulan

Wang

Disatukan.

Tugas Ketua Audit Negara

(1)

Ketua Audit Negara hendaklah, mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, memeriksa, menyiasat dan mengaudit—

(a)

akaun pegawai perakaunan Persekutuan dan Negeri;

*CATATAN—Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis tentang “Juru Audit Negara”

hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang “Ketua Audit Negara”—lihat subseksyen 4(2)

Akta A430.

Audit 7

(b)

akaun mana-mana kumpulan wang berasingan yang ditubuhkan di sesuatu Negeri atau di Wilayah Persekutuan di bawah Perkara 97(3) Perlembagaan Persekutuan, walau apa pun mana-mana undang-undang yang berlawanan;

(c)

akaun mana-mana pihak berkuasa awam atau badan yang lain jika diperuntukkan sedemikian oleh undang-undang dalam mana-mana hal; dan, jika tidak diperuntukkan sedemikian, atas permintaan pihak berkuasa atau badan itu dan dengan persetujuan

Menteri

Kewangan yang hendaklah diberitahukan dalam Warta;

(d)

akaun mana-mana badan lain, termasuk syarikat yang didaftarkan di bawah *Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang menerima pemberian atau pinjaman daripada

Persekutuan atau Negeri, dan termasuk juga sesuatu syarikat yang lebih daripada separuh modal syer berbayarnya dipegang oleh Persekutuan, sesuatu Negeri atau sesuatu pihak berkuasa awam atau dipegang sedemikian pada agregatnya oleh dua daripada mereka atau lebih:

Dengan syarat bahawa Yang di-Pertuan Agong menentukan sedemikian melalui perintah di bawah

Perkara 106(2) Perlembagaan Persekutuan dan walau apa pun mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pengauditan akaun mana-mana badan sedemikian;

(f)

akaun mana-mana pihak berkuasa awam lain jika Menteri

Kewangan berpuas hati bahawa kepentingan awam memerlukan akaun pihak berkuasa itu diperiksa, disiasat dan diaudit oleh Ketua Audit Negara walau apa pun mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan akaun dan pengauditan mana-mana pihak berkuasa sedemikian:

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 62

Dengan syarat bahawa

Menteri tidak boleh menyebabkan akaun mana-mana pihak berkuasa sedemikian yang menjalankan kuasa yang diletakhakkan padanya melalui undang-undang Negeri diperiksa, disiasat dan diaudit oleh Ketua Audit Negara melainkan jika dia telah terlebih dahulu berunding dengan Menteri Besar atau

Ketua Menteri Negeri itu.

(2)

Fi bagi pengauditan akaun dalam perenggan (1)(b), (c) dan (d)

hendaklah ditentukan dalam tiap-tiap hal oleh Perbendaharaan dengan berunding dengan Ketua Audit Negara, dan fi itu hendaklah dipertanggungkan pada kumpulan wang pihak berkuasa atau badan yang berkenaan itu.

(3)

Tiada fi kena dibayar bagi pengauditan yang diperlukan mengikut perenggan (1)(f).

Corak pengauditan

Ketua Audit Negara hendaklah dalam pengauditannya membuat apa-apa pemeriksaan yang difikirkannya perlu untuk menentukan—

(a)

sama ada segala langkah berjaga-jaga yang munasabah telah diambil untuk melindungi pemungutan dan penjagaan wang awam atau wang lain yang tertakluk kepada pengauditannya;

(b)

sama ada pengeluaran dan pembayaran wang yang tertakluk kepada pengauditannya telah dibuat mengikut kuasa yang sepatutnya dan pembayaran telah dipertanggungkan dengan sepatutnya dan adalah disokong dengan baucar atau bukti pembayaran yang cukup;

(ba) sama ada perhatian yang sewajarnya telah diambil untuk memberikan penjelasan mengenai, dan untuk memastikan penggunaan, pengawalan, penyenggaraan dan pelupusan yang sepatutnya, segala simpanan awam atau simpanan lain yang tertakluk kepada pengauditannya;

Audit 9

(c)

sama ada segala akaun dan rekod lain telah dan sedang disenggarakan dengan sepatutnya dan tepat;

(d)

sama ada pada pendapatnya wang telah digunakan untuk maksud wang itu diperuntukkan atau dibenarkan dan aktiviti yang berhubungan dengan maksud itu telah dijalankan atau diuruskan dengan cara yang cekap dengan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap keekonomian dan pengelakan pembaziran atau keborosan;

dan

(e)

sama ada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta

Tatacara Kewangan 1957, dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan wang atau simpanan yang tertakluk kepada pengauditannya telah dipatuhi dari segala aspek.

Kuasa Ketua Audit Negara

(1)

Dalam melaksanakan fungsinya di bawah Perlembagaan

Persekutuan atau Akta ini Ketua Audit Negara—

(a)

boleh meminta mana-mana orang memberikan apa-apa penjelasan dan maklumat yang diperlukan oleh Ketua

Audit Negara untuk membolehkannya melaksanakan tugasnya;

(b)

boleh, tanpa pembayaran apa-apa fi, menyebabkan carian dibuat dalam dan cabutan diambil dari mana-mana buku, dokumen atau rekod di mana-mana pejabat awam;

(c)

hendaklah diberi akses kepada segala rekod, buku, baucar, dokumen, wang tunai, setem, sekuriti, simpanan atau harta lain yang tertakluk kepada pengauditannya;

(d)

boleh memeriksa dengan sumpah atau ikrar (yang Ketua

Audit Negara adalah dengan ini diberi kuasa untuk mengendalikannya) mana-mana orang yang difikirkannya

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 62

patut diperiksa mengenai semua perkara dan benda yang perlu bagi pelaksanaan wajar fungsinya;

(e)

boleh memberi kuasa mana-mana pegawai awam untuk menjalankan apa-apa siasatan, pemeriksaan atau pengauditan bagi pihaknya dan membuat laporan tentang siasatan, pemeriksaan atau pengauditan itu kepadanya; dan

(f)

boleh mendapatkan nasihat pegawai undang-undang mengenai apa-apa persoalan undang-undang.

(2)

Mana-mana kuasa yang diberikan oleh seksyen ini kepada

Ketua Audit Negara boleh dijalankan oleh seseorang pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Audit Negara secara bertulis untuk menjalankan kuasa itu bagi pihaknya.

(3)

Ketua Audit Negara boleh memberi kuasa mana-mana orang yang difikirkannya berwibawa untuk menjalankan bagi pihaknya dan di bawah arahannya apa-apa siasatan, pemeriksaan atau pengauditan dan melaporkan dapatan orang itu tentang siasatan, pemeriksaan atau pengauditan itu kepada Ketua Audit Negara dan bagi maksud itu boleh membuat perkiraan bagi pembayaran apa-apa fi dengan persetujuan Perbendaharaan dan pihak yang berkenaan dan mana-mana kuasa yang diberikan oleh perenggan (1)(a), (b), (c) dan

(d)

kepada Ketua Audit Negara boleh dijalankan oleh orang itu jika dia diberi kuasa oleh Ketua Audit Negara secara bertulis untuk menjalankan kuasa itu bagi pihaknya.

(4)

Tiap-tiap orang yang diminta memberikan penjelasan atau maklumat menurut perenggan (1)(a) dan (d) adalah terikat di sisi undang-undang untuk memberikan penjelasan atau maklumat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kerahsiaan

(1)

Kuat kuasa seksyen 7 tidak terhad oleh mana-mana peruntukan (termasuk peruntukan yang berhubungan dengan kerahsiaan) yang terkandung dalam mana-mana undang-undang lain

Audit 11

kecuali setakat yang mana-mana undang-undang lain itu dengan nyata mengecualikan kuat kuasa seksyen itu.

(2)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang lain dan walaupun sumpah atau akuan kerahsiaan telah dibuat, seseorang itu tidaklah melakukan suatu kesalahan oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya bagi maksud seksyen 7.

(3)

Baik Ketua Audit Negara mahupun mana-mana orang lain tidak boleh mendedahkan atau menyampaikan, kecuali semasa melaksanakan tugas kepada seorang lain yang melaksanakan tugas di bawah

Akta ini, apa-apa maklumat yang sampai kepada pengetahuannya secara langsung atau tidak langsung mengikut seksyen 7 dalam mana-mana hal jika orang yang daripadanya maklumat itu telah didapati atau orang yang daripada jagaannya akaun, buku, dokumen, atau kertas yang darinya maklumat itu diperoleh telah dikemukakan tidak boleh mendedahkan maklumat itu secara sah kepada Ketua Audit Negara atau orang lain itu jika tidak kerana Akta ini.

(4)

Subseksyen (3) tidak menghalang pembuatan, pendedahan atau penyampaian dalam apa-apa laporan

Ketua

Audit

Negara kesimpulan, pandangan atau syor yang diasaskan pada maklumat yang didapati mengikut seksyen 7.

Laporan audit

(1)

Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu

Negeri hendaklah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah sebaik sahaja penyata yang dikehendaki di bawah seksyen 16 Akta

Tatacara Kewangan 1957, disediakan, menghantar penyata itu kepada

Ketua

Audit

Negara yang hendaklah dengan serta-merta menyebabkan penyata itu diperiksa dan diaudit dan menyediakan laporannya mengenai penyata itu.

(2)

Sekiranya mana-mana penyata sedemikian tidak diterima dalam tempoh tujuh bulan selepas berakhirnya tahun kewangan yang berhubungan dengan penyata itu, Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai hal itu kepada

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 62

Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dalam mesyuaratnya yang berikutnya, dan dalam hal laporan yang berhubungan dengan penyata yang kena dihantar oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu

Negeri, Ketua Audit Negara hendaklah, sebelum mengemukakan laporan itu kepada Yang di-Pertuan Agong, mengemukakan satu salinan laporan itu kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi

Negeri itu yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan Dewan Undangan dalam mesyuaratnya yang berikutnya.

(3)

Satu salinan tiap-tiap laporan yang berhubungan dengan akaun

Persekutuan yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah dihantar oleh Ketua Audit Negara kepada Menteri yang, jika Dewan

Rakyat tidak bersidang pada masa itu, hendaklah menyebabkan penyata dan laporan itu disiarkan.

(4)

Jika pada bila-bila masa didapati oleh Ketua Audit Negara bahawa apa-apa ketakteraturan yang serius telah berlaku dalam pengakaunan atau penjagaan wang awam atau simpanan awam di bawah pengauditannya, dia hendaklah dengan serta-merta membawa perkara itu kepada pengetahuan Ketua Setiausaha

Perbendaharaan dan, dalam hal wang atau simpanan sesuatu Negeri atau pihak berkuasa awam, juga kepada pengetahuan pihak berkuasa kewangan Negeri atau kepada ketua pihak berkuasa awam itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Ketua Audit Negara boleh, dalam apa-apa laporan yang dikemukakan mengikut Perkara 107(1) Perlembagan Persekutuan atau selainnya membuat syor dan boleh secara umum memberikan ulasan tentang semua perkara yang berhubungan dengan akaun, wang dan simpanan awam.

(6)

Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan perakuan dan pandangan mengenai akaun mana-mana kumpulan wang berasingan yang ditubuhkan di Wilayah Persekutuan atau sesuatu Negeri di bawah Perkara 97(3) Perlembagaan Persekutuan kepada

Yang di-Pertuan Agong dalam hal Wilayah Persekutuan atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu atau kepada mana-mana pihak berkuasa lain yang diperuntukkan oleh undang-undang

Persekutuan atau Negeri.

Audit 13

(7)

Melainkan jika dikehendaki selainnya oleh undang-undang atau arahan Menteri, jika Ketua Audit Negara mengaudit akaun mana-mana pihak berkuasa atau badan lain, dia hendaklah menyampaikan perakuan dan pandangannya mengenai akaun itu kepada ketua pihak berkuasa atau badan itu dan satu salinan perakuan dan pandangan itu kepada Menteri atau Menteri Besar atau Ketua

Menteri yang bertanggungjawab bagi pihak berkuasa atau badan itu, dan Ketua Audit Negara boleh, pada bila-bila masa sebelum menyampaikan perakuan dan pandangan itu, membawa kepada pengetahuan ketua pihak berkuasa atau badan itu atau Menteri atau

Menteri Besar atau Ketua Menteri yang bertanggungjawab bagi pihak berkuasa atau badan itu apa-apa perkara yang pada pendapatnya memerlukan perhatian serta-merta.

(8)

Walau apa pun peruntukan seksyen ini, Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa mengemukakan laporan kepada

Yang di-Pertuan Agong mengenai apa-apa perkara yang berbangkit daripada pelaksanaan mana-mana tugasnya atau penjalanan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan boleh mengemukakan satu salinan mana-mana laporan sedemikian kepada

Raja atau

Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri atau kepada seseorang

Menteri.

Peraturan-peraturan

(1)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Majlis Kewangan

Negara, membuat apa-apa peraturan yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini.

(2)

Semua peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dalam mesyuaratnya yang berikutnya selepas peraturan-peraturan itu dibuat.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 62

Kuasa untuk meminda Jadual

Yang di-Pertuan Agong boleh meminda peruntukan Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

___________________________

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 4]

Saraan Ketua Audit Negara

1. (1)

Jika Ketua Audit Negara dilantik daripada kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam, saraannya hendaklah, tertakluk kepada Perkara 105(5)

Perlembagaan Persekutuan, terdiri daripada gaji berpencen sebanyak dua puluh tujuh ribu tujuh ratus lima puluh lapan ringgit sebulan dan apa-apa elaun dan keistimewaan yang kena dibayar atau diberikan kepadanya di bawah Jadual Kedua.

(2)

Jika seseorang yang bukan anggota mana-mana perkhidmatan awam dilantik sebagai Ketua Audit Negara, saraannya yang tidak berpencen hendaklah, tertakluk kepada Perkara 105(5) Perlembagaan Persekutuan, terdiri daripada gaji sebanyak dua puluh tujuh ribu tujuh ratus lima puluh lapan ringgit sebulan dan apa-apa elaun dan keistimewaan yang kena dibayar atau diberikan kepadanya di bawah

Jadual Kedua. Sebagai tambahan kepadanya, dia boleh diberi faedah, apabila terhenti memegang jawatan, yang boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah dalam Warta apabila dia dilantik sebagai Ketua Audit Negara.

(3)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subperenggan (2) hendaklah dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen dengan seberapa segera yang boleh selepas perintah itu dibuat.

Pencen, ganjaran atau faedah lain bagi orang yang terhenti memegang jawatan sebagai Ketua Audit Negara dalam hal keadaan yang tertentu

2. Jika seseorang terhenti memegang jawatan Ketua Audit Negara—

(a)

dalam hal orang yang disebut dalam perenggan 1(1), sebelum mencapai umur persaraan pilihan atau wajib; atau

(b)

dalam hal orang yang disebut dalam perenggan 1(2), sebelum habis tempoh jawatannya sebagai Ketua Audit Negara, atas alasan tidak berdaya, kerana kelemahan tubuh atau minda atau apa-apa sebab lain, untuk menjalankan fungsi jawatannya dengan sepatutnya, dia berhak—

Audit 15

(i)

dalam hal orang yang disebut dalam perenggan 1(1), mendapat pencen atau ganjaran atau kedua-duanya; atau

(ii)

dalam hal orang yang disebut dalam perenggan 1(2), mendapat apa-apa faedah apabila terhenti memegang jawatan, sebagaimana yang berkenaan mengikut keadaannya.

JADUAL KEDUA

[Seksyen 4]

1. Tempat Tinggal:

Tempat tinggal, atau sebagai gantinya elaun perumahan, dan apa-apa elaun lain yang diperuntukkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa kepada pegawai yang menerima gaji yang setara dalam perkhidmatan awam.

2. Elaun Keraian:

Elaun keraian yang kena dibayar kepada pegawai yang menerima gaji yang setara dalam perkhidmatan awam, sebagaimana yang disemak dari semasa ke semasa.

3. Kereta Rasmi:

Satu kereta kakitangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada pegawai yang menerima gaji yang setara dalam perkhidmatan awam. Penyenggaraan kereta itu akan ditanggung oleh Kerajaan.

4. Elaun,

Sumbangan dan

Faedah

Istimewa bagi

Pekerja

Peribadi

(Persendirian):

Elaun, sumbangan dan faedah istimewa bagi penggajian dua orang pekhidmat dan seorang pemandu dan pada kadar yang dibayar atau diperuntukkan oleh

Kerajaan dari semasa ke semasa kepada pegawai yang menerima gaji yang setara dalam perkhidmatan awam.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 62

5. Elaun Sara Hidup dan Penginapan:

Elaun sara hidup dan penginapan yang kena dibayar kepada pegawai yang menerima gaji yang setara dalam perkhidmatan awam, sebagaimana yang disemak dari semasa ke semasa.

6. Pendahuluan untuk Membeli Kereta Motor:

Skim pinjaman kereta bagi pegawai yang menerima gaji yang setara dalam perkhidmatan awam, sebagaimana yang disemak dari semasa ke semasa.

7. Pakaian Istiadat:

Elaun yang diluluskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa bagi pegawai yang menerima gaji yang setara dalam perkhidmatan awam.

8. Kemudahan Perubatan:

Kemudahan, faedah dan keistimewaan lain perubatan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa kepada pegawai yang menerima gaji yang setara dalam perkhidmatan awam.

9. Cuti:

Cuti rehat, cuti sakit dan cuti lain yang diluluskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sebagaimana yang ditetapkan bagi pegawai yang menerima gaji yang setara dalam perkhidmatan awam.

10. Bayaran Ganti Cuti:

Pengumpulan cuti rehat dan kelayakan mendapat hadiah wang tunai sebagai ganti cuti rehat atau hak untuk menukarkan cuti itu menjadi perkhidmatan boleh dimasuk kira dalam menghitung pencen dan ganjaran sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa berkenaan dengan pegawai dalam perkhidmatan awam yang menerima gaji yang setara.

11. Faedah Kematian dan Kecederaan:

Kelayakan untuk mendapat faedah kematian dan kecederaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa berkenaan dengan pegawai yang menerima gaji yang setara dalam perkhidmatan awam.

Audit 17

12. Skim Pinjaman Perumahan:

Skim pinjaman perumahan yang terpakai bagi pegawai yang menerima gaji yang setara dalam perkhidmatan awam, sebagaimana yang disemak dari semasa ke semasa.

13. Elektrik dan Air:

Gantian bayaran yang telah dibuat bagi pembekalan elektrik dan air ke rumah yang didiami oleh Ketua Audit Negara.

14. Perjalanan:

(a)

Kadar dan elaun perjalanan bagi tugas rasmi di dalam dan di luar

Malaysia hendaklah sebagaimana yang diperuntukkan dan ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa bagi pegawai yang menerima gaji yang setara dalam perkhidmatan awam.

(b)

Sekali dalam tiap-tiap lima tahun perkhidmatannya, Ketua Audit

Negara adalah layak mendapat tambang perjalanan yang dibayar oleh

Kerajaan bagi perjalanan luar negeri ke suatu destinasi yang dipilihnya sendiri untuk dirinya, isterinya dan tiga orang anak tanggungannya di bawah umur dua puluh satu tahun. Tambang bagi perjalanan itu tidak boleh melebihi tambang pergi balik yang senilai bagi perjalanan melalui udara dari Kuala Lumpur ke London dengan kelas pertama bagi Ketua Audit Negara dan isterinya dan dengan kelas ekonomi bagi mana-mana atau kesemua tiga orang anak tanggungannya yang menemaninya.

15. Keistimewaan, Faedah dan Elaun Yang Lain:

Keistimewaan, faedah dan elaun yang lain yang mengenainya tidak ada peruntukan yang khusus dibuat di bawah Jadual ini tetapi yang ditetapkan atau yang kena dibayar oleh Kerajaan dari semasa ke semasa kepada pegawai yang menerima gaji yang setara dalam perkhidmatan awam.

_____________________________

18

Akta 62

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. 348/1963

Perintah

Pengubahsuaian

Undang-Undang

(Tatacara

Kewangan dan Audit) (Peluasan)

1963 16-09-1963

P.U. (A) 57/1971

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa

Perlu) No. 72, 1971 01-01-1970

Akta A64

Akta Audit (Pindaan) 1971 31-08-1971

Akta A430

Akta Audit (Pindaan) 1978 03-03-1978

Akta A514

Akta

Perlembagaan

(Pindaan)

1981 15-05-1981

Akta A558

Akta Audit (Pindaan) 1983 01-07-1980

- s. 4, 5, 9;

01-01-1981

- s. 2, 3, 6, 7, 8

Akta A795

Akta Audit (Pindaan) 1991 01-10-1988

P.U. (A) 364/1991

Perintah Audit (Pindaan Jadual

Pertama) 1991 01-01-1991

P.U. (A) 78/1992

Perintah Audit (Pindaan Jadual

Pertama) 1992

para. 2(1) -

01-01-1989;

para. 3(1) -

01-01-1992

P.U. (A) 33/1998

Perintah Audit (Pindaan Jadual

Pertama) 1998 01-01-1995

P.U. (A) 377/2000

Perintah Penyemakan Undang-Undang (Pembetulan Akta Audit

1957) 2000 31-08-1999

P.U. (A) 406/2000

Perintah Audit (Pindaan Jadual

Pertama) 2000

01-01-2000

Audit 19

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 227/2002

Perintah Audit (Pindaan Jadual

Pertama) 2002 01-01-2002

P.U. (A) 178/2003

Perintah Audit (Pindaan Jadual

Pertama) 2003 01-01-2003

P.U. (A) 128/2006

Perintah Audit (Pindaan Jadual

Pertama) 2006 01-01-2005

P.U. (A) 405/2007

Perintah Audit (Pindaan Jadual

Pertama) 2007 01-07-2007

P.U. (A) 287/2012

Perintah Audit (Pindaan Jadual

Pertama) 2012 01-01-2012

P.U. (A) 95/2014

Perintah Audit (Pindaan Jadual

Pertama) 2014 01-01-2013

P.U. (A) 291/2016

Perintah Audit (Pindaan Jadual

Pertama) 2016 01-07-2016

P.U. (A) 366/2023

Perintah Audit (Pindaan Jadual

Pertama) 2023 13-06-2023

_____________

20

Akta 62

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Tajuk Panjang

Akta A430 03-03-1978 1

Akta A558 01-01-1981 2

Akta A430

Akta A558 03-03-1978 01-01-1981 3

Akta A430

Akta A558 03-03-1978 01-01-1981 4

Akta A430

Akta A558 03-03-1978 01-07-1980 5

Akta A430

Akta A558 03-03-1978 01-01-1981 6

Akta A430

Akta A558 03-03-1978 01-01-1981 7

Akta A430 03-03-1978 9

Akta A430

Akta A558 03-03-1978 01-01-1981 11

Akta A795 01-10-1988

Jadual Pertama

Akta A558

Akta A795

P.U. (A) 364/1991

P.U. (A) 78/1992

P.U. (A) 33/1998

P.U. (A) 377/2000

P.U. (A) 406/2000

P.U. (A) 227/2000

P.U. (A) 178/2003

P.U. (A) 128/2006

P.U. (A) 405/2007 01-07-1980 01-10-1988 01-01-1991

para.2(1);

01-01-1989

para. 3(1);

01-01-1992 01-01-1995 31-08-1999 01-01-2000 01-01-2002 01-01-2003 01-01-2005 01-07-2007

Audit 21

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 287/2012

P.U. (A) 95/2014

P.U. (A) 291/2016

P.U. (A) 366/2023 01-01-2012 01-01-2013 01-07-2016 13-06-2023

Common questions

What is Akta Audit 1957?
Akta Audit 1957 is Malaysia Act, cited as Act 62 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
Is Akta Audit 1957 still in force?
Yes — Akta Audit 1957 is currently in force.
When did Akta Audit 1957 take effect?
Akta Audit 1957 was first recorded in 1957.
How many sections does Akta Audit 1957 have?
Akta Audit 1957 contains 10 sections.
What amends Akta Audit 1957?
Akta Audit 1957 has been amended by Akta Audit (Pindaan) 2024.
Where can I read the official version of Akta Audit 1957?
The official text of Akta Audit 1957 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Audit 1957 (No. 62) | mylaw.my