Skip to content

Seksyen 9

Laporan audit

of Akta Audit 1957

ActIn forceProvision 8 of 10
Seksyen 9
(1)

Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu

Negeri hendaklah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah sebaik sahaja penyata yang dikehendaki di bawah seksyen 16 Akta

Tatacara Kewangan 1957, disediakan, menghantar penyata itu kepada

Ketua

Audit

Negara yang hendaklah dengan serta-merta menyebabkan penyata itu diperiksa dan diaudit dan menyediakan laporannya mengenai penyata itu.

(2)

Sekiranya mana-mana penyata sedemikian tidak diterima dalam tempoh tujuh bulan selepas berakhirnya tahun kewangan yang berhubungan dengan penyata itu, Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai hal itu kepada

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 62

Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dalam mesyuaratnya yang berikutnya, dan dalam hal laporan yang berhubungan dengan penyata yang kena dihantar oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu

Negeri, Ketua Audit Negara hendaklah, sebelum mengemukakan laporan itu kepada Yang di-Pertuan Agong, mengemukakan satu salinan laporan itu kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi

Negeri itu yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan Dewan Undangan dalam mesyuaratnya yang berikutnya.

(3)

Satu salinan tiap-tiap laporan yang berhubungan dengan akaun

Persekutuan yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah dihantar oleh Ketua Audit Negara kepada Menteri yang, jika Dewan

Rakyat tidak bersidang pada masa itu, hendaklah menyebabkan penyata dan laporan itu disiarkan.

(4)

Jika pada bila-bila masa didapati oleh Ketua Audit Negara bahawa apa-apa ketakteraturan yang serius telah berlaku dalam pengakaunan atau penjagaan wang awam atau simpanan awam di bawah pengauditannya, dia hendaklah dengan serta-merta membawa perkara itu kepada pengetahuan Ketua Setiausaha

Perbendaharaan dan, dalam hal wang atau simpanan sesuatu Negeri atau pihak berkuasa awam, juga kepada pengetahuan pihak berkuasa kewangan Negeri atau kepada ketua pihak berkuasa awam itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Ketua Audit Negara boleh, dalam apa-apa laporan yang dikemukakan mengikut Perkara 107(1) Perlembagan Persekutuan atau selainnya membuat syor dan boleh secara umum memberikan ulasan tentang semua perkara yang berhubungan dengan akaun, wang dan simpanan awam.

(6)

Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan perakuan dan pandangan mengenai akaun mana-mana kumpulan wang berasingan yang ditubuhkan di Wilayah Persekutuan atau sesuatu Negeri di bawah Perkara 97(3) Perlembagaan Persekutuan kepada

Yang di-Pertuan Agong dalam hal Wilayah Persekutuan atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu atau kepada mana-mana pihak berkuasa lain yang diperuntukkan oleh undang-undang

Persekutuan atau Negeri.

Audit 13

(7)

Melainkan jika dikehendaki selainnya oleh undang-undang atau arahan Menteri, jika Ketua Audit Negara mengaudit akaun mana-mana pihak berkuasa atau badan lain, dia hendaklah menyampaikan perakuan dan pandangannya mengenai akaun itu kepada ketua pihak berkuasa atau badan itu dan satu salinan perakuan dan pandangan itu kepada Menteri atau Menteri Besar atau Ketua

Menteri yang bertanggungjawab bagi pihak berkuasa atau badan itu, dan Ketua Audit Negara boleh, pada bila-bila masa sebelum menyampaikan perakuan dan pandangan itu, membawa kepada pengetahuan ketua pihak berkuasa atau badan itu atau Menteri atau

Menteri Besar atau Ketua Menteri yang bertanggungjawab bagi pihak berkuasa atau badan itu apa-apa perkara yang pada pendapatnya memerlukan perhatian serta-merta.

(8)

Walau apa pun peruntukan seksyen ini, Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa mengemukakan laporan kepada

Yang di-Pertuan Agong mengenai apa-apa perkara yang berbangkit daripada pelaksanaan mana-mana tugasnya atau penjalanan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan boleh mengemukakan satu salinan mana-mana laporan sedemikian kepada

Raja atau

Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri atau kepada seseorang

Menteri.