Skip to content

Seksyen 7

Kuasa Ketua Audit Negara

of Akta Audit 1957

ActIn forceProvision 6 of 10
Seksyen 7
(1)

Dalam melaksanakan fungsinya di bawah Perlembagaan

Persekutuan atau Akta ini Ketua Audit Negara—

(a)

boleh meminta mana-mana orang memberikan apa-apa penjelasan dan maklumat yang diperlukan oleh Ketua

Audit Negara untuk membolehkannya melaksanakan tugasnya;

(b)

boleh, tanpa pembayaran apa-apa fi, menyebabkan carian dibuat dalam dan cabutan diambil dari mana-mana buku, dokumen atau rekod di mana-mana pejabat awam;

(c)

hendaklah diberi akses kepada segala rekod, buku, baucar, dokumen, wang tunai, setem, sekuriti, simpanan atau harta lain yang tertakluk kepada pengauditannya;

(d)

boleh memeriksa dengan sumpah atau ikrar (yang Ketua

Audit Negara adalah dengan ini diberi kuasa untuk mengendalikannya) mana-mana orang yang difikirkannya

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 62

patut diperiksa mengenai semua perkara dan benda yang perlu bagi pelaksanaan wajar fungsinya;

(e)

boleh memberi kuasa mana-mana pegawai awam untuk menjalankan apa-apa siasatan, pemeriksaan atau pengauditan bagi pihaknya dan membuat laporan tentang siasatan, pemeriksaan atau pengauditan itu kepadanya; dan

(f)

boleh mendapatkan nasihat pegawai undang-undang mengenai apa-apa persoalan undang-undang.

(2)

Mana-mana kuasa yang diberikan oleh seksyen ini kepada

Ketua Audit Negara boleh dijalankan oleh seseorang pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Audit Negara secara bertulis untuk menjalankan kuasa itu bagi pihaknya.

(3)

Ketua Audit Negara boleh memberi kuasa mana-mana orang yang difikirkannya berwibawa untuk menjalankan bagi pihaknya dan di bawah arahannya apa-apa siasatan, pemeriksaan atau pengauditan dan melaporkan dapatan orang itu tentang siasatan, pemeriksaan atau pengauditan itu kepada Ketua Audit Negara dan bagi maksud itu boleh membuat perkiraan bagi pembayaran apa-apa fi dengan persetujuan Perbendaharaan dan pihak yang berkenaan dan mana-mana kuasa yang diberikan oleh perenggan (1)(a), (b), (c) dan

(d)

kepada Ketua Audit Negara boleh dijalankan oleh orang itu jika dia diberi kuasa oleh Ketua Audit Negara secara bertulis untuk menjalankan kuasa itu bagi pihaknya.

(4)

Tiap-tiap orang yang diminta memberikan penjelasan atau maklumat menurut perenggan (1)(a) dan (d) adalah terikat di sisi undang-undang untuk memberikan penjelasan atau maklumat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.