Skip to content

Seksyen 5

Tugas Ketua Audit Negara

of Akta Audit 1957

ActIn forceProvision 4 of 10
Seksyen 5
(1)

Ketua Audit Negara hendaklah, mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, memeriksa, menyiasat dan mengaudit—

(a)

akaun pegawai perakaunan Persekutuan dan Negeri;

*CATATAN—Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis tentang “Juru Audit Negara”

hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang “Ketua Audit Negara”—lihat subseksyen 4(2)

Akta A430.

Audit 7

(b)

akaun mana-mana kumpulan wang berasingan yang ditubuhkan di sesuatu Negeri atau di Wilayah Persekutuan di bawah Perkara 97(3) Perlembagaan Persekutuan, walau apa pun mana-mana undang-undang yang berlawanan;

(c)

akaun mana-mana pihak berkuasa awam atau badan yang lain jika diperuntukkan sedemikian oleh undang-undang dalam mana-mana hal; dan, jika tidak diperuntukkan sedemikian, atas permintaan pihak berkuasa atau badan itu dan dengan persetujuan

Menteri

Kewangan yang hendaklah diberitahukan dalam Warta;

(d)

akaun mana-mana badan lain, termasuk syarikat yang didaftarkan di bawah *Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang menerima pemberian atau pinjaman daripada

Persekutuan atau Negeri, dan termasuk juga sesuatu syarikat yang lebih daripada separuh modal syer berbayarnya dipegang oleh Persekutuan, sesuatu Negeri atau sesuatu pihak berkuasa awam atau dipegang sedemikian pada agregatnya oleh dua daripada mereka atau lebih:

Dengan syarat bahawa Yang di-Pertuan Agong menentukan sedemikian melalui perintah di bawah

Perkara 106(2) Perlembagaan Persekutuan dan walau apa pun mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pengauditan akaun mana-mana badan sedemikian;

(e)

(Dipotong oleh Akta A558);

(f)

akaun mana-mana pihak berkuasa awam lain jika Menteri

Kewangan berpuas hati bahawa kepentingan awam memerlukan akaun pihak berkuasa itu diperiksa, disiasat dan diaudit oleh Ketua Audit Negara walau apa pun mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan akaun dan pengauditan mana-mana pihak berkuasa sedemikian:

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 62

Dengan syarat bahawa

Menteri tidak boleh menyebabkan akaun mana-mana pihak berkuasa sedemikian yang menjalankan kuasa yang diletakhakkan padanya melalui undang-undang Negeri diperiksa, disiasat dan diaudit oleh Ketua Audit Negara melainkan jika dia telah terlebih dahulu berunding dengan Menteri Besar atau

Ketua Menteri Negeri itu.

(2)

Fi bagi pengauditan akaun dalam perenggan (1)(b), (c) dan (d)

hendaklah ditentukan dalam tiap-tiap hal oleh Perbendaharaan dengan berunding dengan Ketua Audit Negara, dan fi itu hendaklah dipertanggungkan pada kumpulan wang pihak berkuasa atau badan yang berkenaan itu.

(3)

Tiada fi kena dibayar bagi pengauditan yang diperlukan mengikut perenggan (1)(f).