Skip to content

Seksyen 8

Kerahsiaan

of Akta Audit 1957

ActIn forceProvision 7 of 10
Seksyen 8
(1)

Kuat kuasa seksyen 7 tidak terhad oleh mana-mana peruntukan (termasuk peruntukan yang berhubungan dengan kerahsiaan) yang terkandung dalam mana-mana undang-undang lain

Audit 11

kecuali setakat yang mana-mana undang-undang lain itu dengan nyata mengecualikan kuat kuasa seksyen itu.

(2)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang lain dan walaupun sumpah atau akuan kerahsiaan telah dibuat, seseorang itu tidaklah melakukan suatu kesalahan oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya bagi maksud seksyen 7.

(3)

Baik Ketua Audit Negara mahupun mana-mana orang lain tidak boleh mendedahkan atau menyampaikan, kecuali semasa melaksanakan tugas kepada seorang lain yang melaksanakan tugas di bawah

Akta ini, apa-apa maklumat yang sampai kepada pengetahuannya secara langsung atau tidak langsung mengikut seksyen 7 dalam mana-mana hal jika orang yang daripadanya maklumat itu telah didapati atau orang yang daripada jagaannya akaun, buku, dokumen, atau kertas yang darinya maklumat itu diperoleh telah dikemukakan tidak boleh mendedahkan maklumat itu secara sah kepada Ketua Audit Negara atau orang lain itu jika tidak kerana Akta ini.

(4)

Subseksyen (3) tidak menghalang pembuatan, pendedahan atau penyampaian dalam apa-apa laporan

Ketua

Audit

Negara kesimpulan, pandangan atau syor yang diasaskan pada maklumat yang didapati mengikut seksyen 7.