Seksyen 6
Corak pengauditan
Ketua Audit Negara hendaklah dalam pengauditannya membuat apa-apa pemeriksaan yang difikirkannya perlu untuk menentukan—
(a)
sama ada segala langkah berjaga-jaga yang munasabah telah diambil untuk melindungi pemungutan dan penjagaan wang awam atau wang lain yang tertakluk kepada pengauditannya;
(b)
sama ada pengeluaran dan pembayaran wang yang tertakluk kepada pengauditannya telah dibuat mengikut kuasa yang sepatutnya dan pembayaran telah dipertanggungkan dengan sepatutnya dan adalah disokong dengan baucar atau bukti pembayaran yang cukup;
(ba) sama ada perhatian yang sewajarnya telah diambil untuk memberikan penjelasan mengenai, dan untuk memastikan penggunaan, pengawalan, penyenggaraan dan pelupusan yang sepatutnya, segala simpanan awam atau simpanan lain yang tertakluk kepada pengauditannya;
Audit 9
(c)
sama ada segala akaun dan rekod lain telah dan sedang disenggarakan dengan sepatutnya dan tepat;
(d)
sama ada pada pendapatnya wang telah digunakan untuk maksud wang itu diperuntukkan atau dibenarkan dan aktiviti yang berhubungan dengan maksud itu telah dijalankan atau diuruskan dengan cara yang cekap dengan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap keekonomian dan pengelakan pembaziran atau keborosan;
dan
(e)
sama ada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta
Tatacara Kewangan 1957, dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan wang atau simpanan yang tertakluk kepada pengauditannya telah dipatuhi dari segala aspek.