Seksyen 2
Tafsiran
Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain atau jika diperuntukkan selainnya dengan nyata dalam
Akta ini, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
(2)
Walau apa pun peruntukan dalam subseksyen 1(2), dalam pemakaiannya bagi Akta ini, ungkapan “wang awam” termasuklah wang yang diterima oleh atau untuk mana-mana pihak berkuasa
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 62
awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau
Negeri dan ungkapan “simpanan awam” termasuklah catel yang menjadi harta atau berada dalam milik atau di bawah kawalan mana-mana pihak berkuasa sedemikian.
Terma dan syarat perkhidmatan Ketua Audit Negara
*3. Ketua Audit Negara hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam am Persekutuan dan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Perlembagaan
Persekutuan dan di bawah Akta ini, undang-undang yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan perkhidmatan awam Persekutuan dan anggotanya hendaklah terpakai bagi Ketua Audit Negara.
Saraan Ketua Audit Negara