/akn/my/act/act/1965/96
AKTA JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) 1965
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1965
- Sections
- 10
- Languages
- EN · MS
Quick answer
About this act
AKTA JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) 1965 is Malaysia Act, cited as Act 96 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta untuk membenarkan Kerajaan untuk menjamin pinjaman yang diperdapatkan oleh pertubuhan perbadanan tertentu dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 April 1965] Tajuk ringkas
Seksyen 2
(2)
Apa-apa jaminan yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah diberikan secara bertulis atas nama Kerajaan dan jaminan itu dan apa-apa pengendorsan pada mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain mengenai apa-apa jaminan yang diberikan di bawah seksyen ini boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri.
6
Undang-Undang Malaysia
(3)
Tertakluk kepada subseksyen (4), Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas sesuatu jaminan di bawah seksyen ini diberikan, membentangkan di hadapan Dewan Rakyat suatu penyata mengenai jaminan itu bersama dengan suatu salinan perjanjian yang tersebut dahulu.
(4)
Subseksyen (3) tidak terpakai bagi sesuatu jaminan atau bagi mana-mana perjanjian yang diperakui oleh Menteri mengandungi perkara sulit; dan subseksyen itu tidak terpakai bagi jaminan itu sehingga dan melainkan jika perkara itu terhenti menjadi sulit.
Pertubuhan perbadanan
Seksyen 3
Akta ini hendaklah terpakai bagi apa-apa pertubuhan perbadanan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah.
Seksyen 4
Penguntukan jumlah wang yang diperdapatkan
(2)
Apa-apa perjanjian antara pertubuhan perbadanan itu dengan pihak berkuasa yang daripadanya pinjaman yang dijamin di bawah
Akta ini diperdapatkan hendaklah dibuat atas nama pertubuhan perbadanan itu.
Pengeluaran bon, dsb., dan cagaran
Seksyen 5
(2)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang melaluinya sesuatu pertubuhan perbadanan ditubuhkan, pertubuhan perbadanan itu boleh menggadaikan atau mengadaijanjikan semua atau mana-mana harta (alih atau tak alih), pengusahaan, atau hasilnya bagi menjadi cagaran untuk apa-apa jumlah wang yang diperdapatkan dengan cara pinjaman dan yang dijamin di bawah Akta ini.
Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan)
7
Sekatan ke atas kuasa meminjam pertubuhan perbadanan selagi jaminan masih berkuat kuasa
Seksyen 6
Selagi Kerajaan masih bertanggungan di bawah mana-mana jaminan yang diberikan di bawah Akta ini berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang diperdapatkan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, pertubuhan perbadanan itu tidak boleh kecuali dengan persetujuan Menteri, menjalankan apa-apa kuasa meminjam lain yang dimiliki olehnya.
Kuasa yang boleh dijalankan oleh Kerajaan sekiranya ada kemungkinan berlakunya keingkaran oleh pertubuhan perbadanan
Seksyen 7
(a)
bahawa sesuatu pertubuhan perbadanan mungkin gagal atau tidak dapat menunaikan mana-mana obligasinya di bawah mana-mana perjanjian yang dibuat olehnya di bawah
Akta ini atau di bawah mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian itu; dan
(b)
bahawa Kerajaan adalah bertanggungan atau mungkin akan bertanggungjawab di bawah mana-mana jaminan yang diberikan di bawah Akta ini berkenaan dengan obligasi itu,
Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah memberikan atau memberi kuasa mana-mana orang lain untuk memberikan apa-apa arahan, dari semasa ke semasa, kepada pertubuhan perbadanan itu sebagaimana yang difikirkan perlu atau wajar oleh Yang di Pertuan
Agong atau orang lain itu bagi memastikan bahawa perkiraan yang memuaskan dibuat oleh pertubuhan perbadanan itu untuk membolehkannya menunaikan obligasinya dengan sewajarnya di bawah perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara itu atau di bawah Akta ini.
(2)
Pertubuhan perbadanan itu hendaklah, walau apa pun apa-apa jua peruntukan yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang melaluinya pertubuhan perbadanan itu ditubuhkan, mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh atau di bawah mana-mana perintah itu.
8
Undang-Undang Malaysia
Pertubuhan perbadanan hendaklah membayar balik kepada
Kerajaan jumlah wang yang telah dibayar di bawah jaminan
Seksyen 8
(2)
Jika apa-apa jumlah wang yang dibayar itu daripada Kumpulan
Wang Disatukan, Menteri hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas berakhir setiap tahun kewangan yang bermula pada tahun jumlah wang itu telah dibayar dan yang berakhir pada tahun semua liabiliti berkenaan dengannya dan apa-apa bunga yang kena dibayar atasnya selesai dijelaskan oleh pertubuhan perbadanan yang berkenaan itu, membentangkan di hadapan Dewan
Rakyat, suatu penyata yang berhubung dengannya.
Terma dan syarat yang dipersetujui atau diluluskan
Seksyen 9
Tanpa menjejaskan subseksyen 2(1) dan 5(1), terma dan syarat yang dipersetujui oleh Kerajaan atau diluluskan oleh Menteri di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, bolehlah termasuk berkenaan dengan mana-mana jaminan yang diberikan atau perjanjian yang dibuat di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana jaminan atau perjanjian itu, termasuk peruntukan bagi menghendaki pertubuhan perbadanan itu atau Kerajaan atau kedua-duanya patuh kepada bidang kuasa mahkamah negara tempat pinjaman itu diperdapatkan.
Seksyen 10
Pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian
(2)
Tiada apa-apa jua dalam Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17], boleh terpakai bagi apa-apa transaksi yang dikehendaki bagi melakukan pembayaran apa-apa jumlah wang dalam apa-apa mata wang mengikut terma mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang, surat cara atau jaminan itu.
(3)
Kecuali sebagaimana yang dipersetujui antara Menteri dengan pihak berkuasa yang daripadanya pinjaman itu diperdapatkan, tiada lien atas mana-mana aset pertubuhan perbadanan itu boleh dijadikan cagaran bagi apa-apa hutang melainkan jika diperuntukkan dengan nyata bahawa lien itu akan ipso facto memastikan pembayaran sama rata dan mengikut kadar bagi wang pokok, bunga dan caj lain atas mana-mana pinjaman, atau mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan menurut mana-mana pinjaman yang dijamin di bawah Akta ini.
(4)
Dalam subseksyen (3)—
“lien” termasuklah apa-apa jua jenis gadai janji, sandaran, gadaian, keistimewaan dan keutamaan.
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 96
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa meminda dari
Akta A232
Akta Gerenti Pinjaman Luar Negeri 01-09-1973
(Pertubuhan Perbadanan) (Pindaan)
1974
Akta A548
Akta Gerenti Pinjaman (Pertubuhan 18-02-1983
Perbadanan) (Pindaan) 1983
Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan)
11
Akta 96
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Tajuk ringkas
Akta A232 01-09-1973 2
Akta A232 01-09-1973 9
Akta A548 18-02-1983 10
Akta A232 01-09-1973
Common questions
- What is LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965?
- AKTA JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) 1965 is Malaysia Act, cited as Act 96 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.
- Is LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965 still in force?
- Yes — LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965 is currently in force.
- When did LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965 take effect?
- LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965 was first recorded in 1965.
- How many sections does LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965 have?
- LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965 contains 10 sections.
- Where can I read the official version of LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965?
- The official text of LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965 is published at lom.agc.gov.my.