Seksyen 2
Kuasa untuk menjamin pinjaman
of Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965
Kerajaan boleh, berhubung dengan apa-apa pinjaman yang diperdapatkan oleh mana-mana pertubuhan perbadanan yang baginya
Akta ini telah ditetapkan terpakai di bawah seksyen 3 (kemudian daripada ini disebut “suatu pertubuhan perbadanan” atau “pertubuhan perbadanan itu”, mengikut mana-mana yang berkenaan), menjamin penunaian oleh pertubuhan perbadanan itu obligasinya di bawah mana-mana perjanjian yang dibuat berkaitan dengan pemerdapatan pinjaman itu atau di bawah mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut perjanjian itu; dan jaminan tersebut hendaklah mengikut apa-apa cara dan atas apa-apa terma dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan pihak berkuasa yang daripadanya pinjaman itu diperdapatkan.
(2)
Apa-apa jaminan yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah diberikan secara bertulis atas nama Kerajaan dan jaminan itu dan apa-apa pengendorsan pada mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain mengenai apa-apa jaminan yang diberikan di bawah seksyen ini boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri.
6
Undang-Undang Malaysia
(3)
Tertakluk kepada subseksyen (4), Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas sesuatu jaminan di bawah seksyen ini diberikan, membentangkan di hadapan Dewan Rakyat suatu penyata mengenai jaminan itu bersama dengan suatu salinan perjanjian yang tersebut dahulu.
(4)
Subseksyen (3) tidak terpakai bagi sesuatu jaminan atau bagi mana-mana perjanjian yang diperakui oleh Menteri mengandungi perkara sulit; dan subseksyen itu tidak terpakai bagi jaminan itu sehingga dan melainkan jika perkara itu terhenti menjadi sulit.