Skip to content

Seksyen 10

Pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian

of Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965

ActIn forceProvision 10 of 10
Seksyen 10
(1)

Menteri boleh memperuntukkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta bahawa apa-apa cukai atau duti yang kena dibayar masing-masing di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

[Akta 53], atau Akta Setem 1949 [Akta 378], hendaklah diremitkan jika peremitan itu perlu bagi memberikan kuat kuasa yang penuh dan sempurna kepada mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang, surat cara atau jaminan yang baginya Akta ini terpakai.

Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan)

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17], boleh terpakai bagi apa-apa transaksi yang dikehendaki bagi melakukan pembayaran apa-apa jumlah wang dalam apa-apa mata wang mengikut terma mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang, surat cara atau jaminan itu.

(3)

Kecuali sebagaimana yang dipersetujui antara Menteri dengan pihak berkuasa yang daripadanya pinjaman itu diperdapatkan, tiada lien atas mana-mana aset pertubuhan perbadanan itu boleh dijadikan cagaran bagi apa-apa hutang melainkan jika diperuntukkan dengan nyata bahawa lien itu akan ipso facto memastikan pembayaran sama rata dan mengikut kadar bagi wang pokok, bunga dan caj lain atas mana-mana pinjaman, atau mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan menurut mana-mana pinjaman yang dijamin di bawah Akta ini.

(4)

Dalam subseksyen (3)—

“lien” termasuklah apa-apa jua jenis gadai janji, sandaran, gadaian, keistimewaan dan keutamaan.

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 96

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa meminda dari

Akta A232

Akta Gerenti Pinjaman Luar Negeri 01-09-1973

(Pertubuhan Perbadanan) (Pindaan)

1974

Akta A548

Akta Gerenti Pinjaman (Pertubuhan 18-02-1983

Perbadanan) (Pindaan) 1983

Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan)

11

Akta 96

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Tajuk ringkas

Akta A232 01-09-1973 2

Akta A232 01-09-1973 9

Akta A548 18-02-1983 10

Akta A232 01-09-1973