Seksyen 8
Kerajaan jumlah wang yang telah dibayar di bawah jaminan
of Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965
Jika apa-apa jumlah wang dibayar daripada Kumpulan Wang
Disatukan berkenaan dengan apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh
Kerajaan di bawah suatu jaminan di bawah Akta ini, pertubuhan perbadanan itu hendaklah membayar balik jumlah wang itu (bersama dengan bunganya pada kadar yang sama dengan kadar yang kena dibayar atas pinjaman di bawah perjanjian antara pertubuhan perbadanan itu dengan pihak berkuasa yang daripadanya pinjaman itu diperdapatkan) kepada Kumpulan Wang Disatukan mengikut apa-apa cara dan pada bila-bila masa atau mengikut apa-apa ansuran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
(2)
Jika apa-apa jumlah wang yang dibayar itu daripada Kumpulan
Wang Disatukan, Menteri hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas berakhir setiap tahun kewangan yang bermula pada tahun jumlah wang itu telah dibayar dan yang berakhir pada tahun semua liabiliti berkenaan dengannya dan apa-apa bunga yang kena dibayar atasnya selesai dijelaskan oleh pertubuhan perbadanan yang berkenaan itu, membentangkan di hadapan Dewan
Rakyat, suatu penyata yang berhubung dengannya.