Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

5. Pengeluaran bon, dsb., dan cagaran

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, pertubuhan perbadanan boleh mengeluarkan apa-apa bon, nota janji hutang dan surat cara lain atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh

Menteri bagi maksud melaksanakan mana-mana perjanjian yang tersebut dahulu.

(2)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang melaluinya sesuatu pertubuhan perbadanan ditubuhkan, pertubuhan perbadanan itu boleh menggadaikan atau mengadaijanjikan semua atau mana-mana harta (alih atau tak alih), pengusahaan, atau hasilnya bagi menjadi cagaran untuk apa-apa jumlah wang yang diperdapatkan dengan cara pinjaman dan yang dijamin di bawah Akta ini.

Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan)

Report