Skip to content

Seksyen 4

Penguntukan jumlah wang yang diperdapatkan

of Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965

ActIn forceProvision 4 of 10
Seksyen 4
(1)

Apa-apa jumlah wang yang dijamin di bawah Akta ini dengan ini diuntukkan pertamanya bagi membayar perbelanjaan yang berkaitan dengan pemerdapatan pinjaman itu dan, tertakluk kepada pembayaran perbelanjaan itu, bagi maksud yang baginya pinjaman itu diperdapatkan:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana bahagian daripada jumlah wang itu tidak dapat digunakan bagi maksud yang tersebut dahulu, bahagian itu boleh digunakan bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.

(2)

Apa-apa perjanjian antara pertubuhan perbadanan itu dengan pihak berkuasa yang daripadanya pinjaman yang dijamin di bawah

Akta ini diperdapatkan hendaklah dibuat atas nama pertubuhan perbadanan itu.