Seksyen 9
Terma dan syarat yang dipersetujui atau diluluskan
of Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965
Tanpa menjejaskan subseksyen 2(1) dan 5(1), terma dan syarat yang dipersetujui oleh Kerajaan atau diluluskan oleh Menteri di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, bolehlah termasuk berkenaan dengan mana-mana jaminan yang diberikan atau perjanjian yang dibuat di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana jaminan atau perjanjian itu, termasuk peruntukan bagi menghendaki pertubuhan perbadanan itu atau Kerajaan atau kedua-duanya patuh kepada bidang kuasa mahkamah negara tempat pinjaman itu diperdapatkan.