Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kemajuan Petroleum 1974.
/akn/my/act/act/1974/144
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 is Malaysia Act, cited as Act 144 1974, currently marked in force and first recorded in 1974.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Pemunyaan
Peletakhakan pemunyaan, hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa apabila disempurnakan suatu surat cara dalam borang yang terkandung dalam Jadual Akta ini.
Pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif yang diletakhakkan sedemikian tidak boleh dibatalkan dan hendaklah berjalan kuat kuasanya bagi faedah Perbadanan itu dan penggantinya.
Perbadanan
Perbadanan itu hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut.
Walau apapun peruntukan Akta Syarikat 1965 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, arahan yang dikeluarkan sedemikian hendaklah mengikat Perbadanan itu.
Kuasa Perbadanan
Kuasa yang diberikan kepada Perbadanan di bawah subseksyen (1) adalah sebagai tambahan kepada dan bukannya pengurangan mana-mana hak, kuasa, kebebasan, keistimewaan dan faedah yang diberikan kepada Perbadanan oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan
Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini,
Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.
Majlis Penasihat Petroleum Negara
Menjadi kewajipan Majlis Penasihat Petroleum Negara untuk menasihati Perdana Menteri tentang dasar Negara, kepentingan dan perkara yang berkenaan dengan petroleum, perusahaan petroleum, sumber tenaga dan penggunaannya.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 144
Kebenaran Perdana Menteri dikehendaki bagi pengendalian penggunaan
Mana-mana orang, yang pada permulaan kuat kuasa Akta ini menjalankan sesuatu urusan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh terus berbuat demikian tetapi hendaklah, tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon secara bertulis kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan kebenarannya yang disebut dalam subseksyen (1).
Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi apa-apa urusan pemasaran atau pembahagian petroleum atau keluaran petrokimia;
dan mana-mana orang yang pada permulaan kuat kuasa subseksyen ini menjalankan apa-apa urusan itu boleh terus berbuat sedemikian tetapi hendaklah, tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa subseksyen ini, memohon secara bertulis kepada Perdana Menteri bagi mendapatkan kebenarannya yang disebut dalam subseksyen (1).
Jika Perdana Menteri memberikan kebenarannya di bawah seksyen ini, dia boleh, menurut budi bicaranya, mengenakan terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Mana-mana orang yang bertindak melanggar seksyen ini atau gagal mematuhi apa-apa terma atau syarat sesuatu kebenaran yang diberikan di bawah seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dia boleh dikenakan denda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada hari kesalahan itu berterusan selepas hari pertama yang mengenainya sabitan itu telah direkodkan; dan semua jentera, alat, loji, bangunan
Kemajuan Petroleum 9
dan harta atau benda lain yang digunakan atau dicadang untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu dan mana-mana petroleum atau keluaran yang diperoleh darinya boleh dilucuthakkan.
Perdana Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengecualikan sesuatu urusan yang disebut dalam subseksyen (1)
dan (3) atau mana-mana syarikat atau kelas syarikat yang menjalankan urusan itu daripada peruntukan seksyen ini.
(Dipotong oleh Akta A382).
Kuasa untuk membuat peraturan
Perdana Menteri boleh membuat peraturan bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan perkara yang terdahulu, peraturan itu boleh, khususnya, mengadakan peruntukan bagiโ
sesuatu urusan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan mengeksplorasi, mengeksploit mendapatkan atau memperoleh petroleum;
sesuatu urusan yang melibatkan pengilangan dan pembekalan alat kelengkapan yang digunakan dalam perusahaan petroleum;
penalti berupa denda yang tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran mana-mana peraturan dan bagi ketidakpatuhan apa-apa terma atau
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 144
syarat sesuatu lesen, kebenaran atau kelulusan yang dikeluarkan atau diberikan di bawah peraturan itu;
pelucuthakan apa-apa benda yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan semasa melakukan pelanggaran atau ketidakpatuhan itu.
Pewakilan
Perdana Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, mewakilkan, tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu, penjalanan kuasanya atau pelaksanaan kewajipannya di bawah
Akta ini selain kuasa dan kewajipannya di bawah subseksyen 3(2), 5(1) dan seksyen 7 kepada mana-mana orang yang diperihalkan menurut nama atau jawatan.
Kesalahan oleh kumpulan orang dan oleh pekhidmat dan ejen
Apabila sahaja dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu pelanggaran peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh seseorang kerani, pekhidmat atau ejen yang bertindak dalam masa menjalankan pekerjaannya maka prinsipal juga bertanggungan terhadap pelanggaran itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan baginya:
Dengan syarat bahawa tiada apa pun dalam seksyen ini boleh disifatkan mengecualikan liabiliti kerani, pekhidmat atau ejen
Kemajuan Petroleum 11
berkenaan dengan apa-apa penalti yang diperuntukkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bagi apa-apa pelanggaran yang dibuktikan telah dilakukan olehnya.
Bidang kuasa mahkamah
Walau apapun apa-apa jua peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, sesuatu
Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan apabila disabitkan untuk mengenakan penalti penuh baginya.
Kecualian
Dalam pemakaian seksyen 14 Akta itu bagi Perbadanan, apa-apa sebutan mengenai pemegang lesen hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Perbadanan dan sebutan mengenai penjalanan apa-apa hak yang terkandung dalam lesen hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penjalanan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan pada
Perbadanan menurut subseksyen 2(1) Akta ini.
Peralihan
Jika tempoh enam bulan itu telah tamat dan tiada pelanjutan di bawah subseksyen (1) dibenarkan, lesen, pajakan atau perjanjian yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah tamat atau terhenti berkuat kuasa dan hendaklah dibayar kepada orang yang haknya di bawah lesen, pajakan atau perjanjian yang telah ditamatkan itu, pampasan yang mencukupi sama ada dengan cara bayaran sekaligus atau dengan cara bayaran berkala atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan atau di bawah apa-apa perkiraan yang dipersetujui antara orang itu dengan orang lain yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Takrif
Bagi maksud Akta ini, ungkapan โpetroleumโ ertinya apa-apa minyak galian atau hidrokarbon yang berkaitan dan gas asli yang berada dalam keadaan aslinya dan casinghead petroleum spirit termasuk syil bitumen dan lapisan mendak yang lain yang daripadanya minyak boleh didapati.
Kemajuan Petroleum 13
JADUAL
[Subseksyen 2(2)]
PEMBERIAN HAK, KUASA, KEBEBASAN DAN KEISTIMEWAAN
BERKENAAN DENGAN PETROLEUM
Saya, ....................................................................................................... bagi pihak
Kerajaan ......................................................................................................................, pada .............. hari bulan .......................................... 20.......... dengan ini memberi untuk selama-lamanya dan memindahhakkan dan meletakhakkan pada PETRONAS pemunyaan mengenai petroleum dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum yang berada sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia. Pemberian, pemindahhakan, dan peletakhakan yang dibuat di bawah ini tidak boleh dibatalkan dan hendaklah berjalan kuat kuasanya bagi faedah PETRONAS dan penggantinya.
Pada menyaksikan hal yang tersebut di atas saya bagi pihak Kerajaan
....................................... menurunkan tandatangan saya pada surat cara ini pada hari bulan dan tahun yang disebutkan terdahulu di atas.
.................................................................
.................................................................
bagi pihak Kerajaan
.................................................................
Tandatangan saksi:
.................................................................
.................................................................
Saya,
.............................................................................................
bagi pihak
PETRONAS dengan ini menyetuju terima pemberian, pemindahhakan dan peletakhakan yang dibuat di atas.
.................................................................
.................................................................
.................................................................
Tandatangan saksi
.................................................................
.................................................................
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 144
Diperbuat di
.................................................................................
pada
....................... hari bulan ................................................. 20..............
15
Akta 144
SENARAI PINDAAN
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Akta A290
Akta Kemajuan Petroleum
(Pindaan) 1975
01-10-1974;
kecuali perenggan 2(c), s.3
dan 5: 01-05-1975
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia
(Ringgit) 1975
29-08-1975
Akta A382
Akta Kemajuan Petroleum
(Pindaan) 1977 01-05-1975;
kecuali s.4: 01-10-1974
Akta A613
Akta Kemajuan Petroleum
(Pindaan) 1985
01-10-1974
Akta A842
Akta Kemajuan Petroleum
(Pindaan) 1993
Belum berkuat kuasa
Pembetulan 01-04-2010
16
Akta 144
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Tajuk panjang
3
Akta A613
01-10-1974
01-04-2010
3A
Akta A613 01-10-1974
6
Akta A290
01-10-1974
kecuali s. 2(c),
5 dan 6:
01-05-1975
6(3B)
01-04-2010
Akta A382 01-05-1975
6A
Akta A290 01-05-1975
Akta A382 01-05-1975
7
Akta A290 01-10-1974
7A
Akta A290 01-05-1975
7B
Akta A290 01-05-1975
7C
Akta A290 01-05-1975
8
Akta A290
01-10-1974
8(2)
01-04-2010 9
Akta A290 01-10-1974
Akta A382 01-10-1974