Seksyen 3A
Kuasa Perbadanan
of Akta Kemajuan Petroleum 1974
Sebagai tambahan kepada segala kuasa Perbadanan sebagaimana yang ditetapkan dalam Memorandum dan Perkara
Persatuannya, Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil alih atau memperoleh melalui perjanjian, penyerahhakan, pembelian atau dengan apa-apa cara lain keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada mana-mana pengusahaan perdagangan, perniagaan atau perusahaan dalam
Kemajuan Petroleum 7
apa jua bentuk kepunyaan mana-mana orang atau kumpulan orang
(diperbadankan atau tidak diperbadankan)
dan menjalankan atau membuat apa-apa kegiatan, sama ada yang disebut dalam Akta ini atau pun tidak, yang sebelum pengambilalihan atau pemerolehan itu telah dijalankan oleh, dan bagi maksud, pengusahaan, perniagaan atau perusahaan itu.
(2)
Kuasa yang diberikan kepada Perbadanan di bawah subseksyen (1) adalah sebagai tambahan kepada dan bukannya pengurangan mana-mana hak, kuasa, kebebasan, keistimewaan dan faedah yang diberikan kepada Perbadanan oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.