Skip to content

Seksyen 2

Pemunyaan

of Akta Kemajuan Petroleum 1974

ActIn forceProvision 2 of 15
Seksyen 2

(1)

Seluruh pemunyaan mengenai petroleum, dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia hendaklah diletakhakkan pada

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 144

suatu Perbadanan yang akan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat.

(2)

Peletakhakan pemunyaan, hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa apabila disempurnakan suatu surat cara dalam borang yang terkandung dalam Jadual Akta ini.

(3)

Pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif yang diletakhakkan sedemikian tidak boleh dibatalkan dan hendaklah berjalan kuat kuasanya bagi faedah Perbadanan itu dan penggantinya.