Seksyen 9
Peralihan
of Akta Kemajuan Petroleum 1974
(1)
Sesuatu lesen eksplorasi yang dikeluarkan dan apa-apa perjanjian petroleum yang dibuat menurut Akta Perlombongan
Petroleum 1966, dan sesuatu lesen, pajakan, dan perjanjian yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa yang berhubungan dengan mencari gali, mengeksplorasi atau melombong petroleum hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini atau selama sesuatu tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang dibenarkan oleh Perdana Menteri.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 144
(2)
Jika tempoh enam bulan itu telah tamat dan tiada pelanjutan di bawah subseksyen (1) dibenarkan, lesen, pajakan atau perjanjian yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah tamat atau terhenti berkuat kuasa dan hendaklah dibayar kepada orang yang haknya di bawah lesen, pajakan atau perjanjian yang telah ditamatkan itu, pampasan yang mencukupi sama ada dengan cara bayaran sekaligus atau dengan cara bayaran berkala atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan atau di bawah apa-apa perkiraan yang dipersetujui antara orang itu dengan orang lain yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.