8. Kecualian
Feedback & support(1)
Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95], tidak terpakai bagi Perbadanan, kecuali seksyen 14.
(2)
Dalam pemakaian seksyen 14 Akta itu bagi Perbadanan, apa-apa sebutan mengenai pemegang lesen hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Perbadanan dan sebutan mengenai penjalanan apa-apa hak yang terkandung dalam lesen hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penjalanan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan pada
Perbadanan menurut subseksyen 2(1) Akta ini.