Seksyen 7B
Kesalahan oleh kumpulan orang dan oleh pekhidmat dan ejen
of Akta Kemajuan Petroleum 1974
Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh sesuatu syarikat, firma, persatuan atau kumpulan orang yang lain, mana-mana orang yang pada masa melakukan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus atau pegawai seumpamanya yang lain atau seorang pekongsi syarikat, firma, persatuan atau kumpulan orang yang lain atau berupa bertindak atas sifatnya sebagai yang sedemikian hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu.
(2)
Apabila sahaja dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu pelanggaran peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh seseorang kerani, pekhidmat atau ejen yang bertindak dalam masa menjalankan pekerjaannya maka prinsipal juga bertanggungan terhadap pelanggaran itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan baginya:
Dengan syarat bahawa tiada apa pun dalam seksyen ini boleh disifatkan mengecualikan liabiliti kerani, pekhidmat atau ejen
Kemajuan Petroleum 11
berkenaan dengan apa-apa penalti yang diperuntukkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bagi apa-apa pelanggaran yang dibuktikan telah dilakukan olehnya.