Seksyen 3
Perbadanan
of Akta Kemajuan Petroleum 1974
ActIn forceProvision 3 of 15
Seksyen 3
(1)
Walau apapun peruntukan seksyen 22 Akta Syarikat 1965, yang berhubungan dengan nama syarikat, Perbadanan itu hendaklah dinamakan Petroleum Nasional Berhad atau ringkasnya PETRONAS.
(2)
Perbadanan itu hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut.
(3)
Walau apapun peruntukan Akta Syarikat 1965 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, arahan yang dikeluarkan sedemikian hendaklah mengikat Perbadanan itu.