Skip to content
ActRepealed

Akta Bank Islam 1983

Repealed by Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1983
Sections
61
Languages
MS · EN

Akta Bank Islam 1983 is Malaysia Act, cited as Act 276 1983, currently marked repealed and first recorded in 1983.

Front matterCover and publication detailsOpen

Investment amount M$

Akta 276

Tarikh Persetujuan Diraja ... 9hb Mac 1983

Tarikh diterbitkan dalam Warta ... 10hb Mac 1983

ib Mac 1983

Akta 276

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pelesenan dan pengawalan perniagaan bank Islam. [ 7 hb. April, 1983 ] Pu (B)182 MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Bahagian I

PERMULAAN

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Islam 1983 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam $ ^{} $ Warta.

Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"bank Islam" ertinya sesuatu syarikat yang menjalankan perniagaan bank Islam dan memegang sesuatu lesen yang sah; dan semua pejabat dan cawangan bank itu di Malaysia hendaklah disifatkan sebagai satu bank;

"Bank Negara" ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan oleh Ordinan Bank Negara Malaysia 1958;

"cawangan" berhubungan dengan sesuatu bank Islam termasuklah sesuatu cawangan bergerak bagi bank itu dan sesuatu cawangan yang ditubuhkan dan disenggarakan bagi sesuatu tempoh terhad sahaja;

lesen ertinya suatu lesen yang diberi di bawah seksyen 3;

"pejabat."

"pejabat" . . .

"liabiliti akaun pelaburan" berhubungan dengan sesuatu bank Islam ertinya liabiliti deposit di bank itu berkenaan dengan wang yang diletakkan oleh seseorang pendeposit di bank itu selama tempoh masa tetap di bawah suatu perjanjian untuk berkongsi keuntungan dan kerugian bank itu di atas pelaburan apa-apa wang itu;

"liabiliti akaun simpanan" berhubungan dengan sesuatu bank Islam ertinya jumlah deposit di bank itu yang biasanya menghendaki penyerahan buku simpanan atau apa-apa dokumen lain sebagai ganti buku simpanan sebagaimana yang diluluskan oleh Bank Negara bagi mendeposit atau mengeluarkan wang;

"liabiliti bermasa" berhubungan dengan sesuatu bank Islam ertinya jumlah deposit di bank itu yang kena dibayar lain daripada apabila diminta, tetapi tidak termasuk liabiliti akaun simpanan atau deposit manamana bank Islam lain, mana-mana bank berlesen di bawah Akta Bank 1973 atau Bank Negara;

"liabiliti deposit lain" berhubungan dengan sesuatu bank Islam ertinya liabiliti deposit di bank itu lain daripada akaun simpanan, akaun pelaburan, liabiliti semasa dan bermasa dan liabiliti deposit dari manamana bank Islam lain, mana-mana bank berlesen di bawah Akta Bank 1973 atau Bank Negara;

"liabiliti semasa" berhubungan dengan sesuatu bank Islam ertinya jumlah deposit di bank itu yang kena dibayar apabila diminta, tetapi tidak termasuk liabiliti akaun simpanan atau deposit mana-mana bank Islam lain, mana-mana bank berlesen di bawah Akta Bank 1973 atau Bank Negara;

"pendeposit" ertinya seseorang yang mempunyai sesuatu akaun di bank Islam, sama ada akaun itu adalah suatu akaun semasa, suatu akaun simpanan, suatu akaun pelaburan atau sesuatu akaun deposit lain;

"perbadanan" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh Akta Syarikat 1965;

"perniagaan bank Islam" ertinya perniagaan bank yang tujuan dan pengendaliannya tidak melibatkan apa-apa elemen yang tidak diluluskan oleh Agama Islam;

"perniagaan perbankan Islam antarabangsa ".

dengan bank itu uku sim-anti buku leh Bank wang;

sesuatu itu yang etapi tidak posit mana-erlesen di an sesuatu k itu lain in, liabiliti lari mana-perlesen di suatu bank yang kena suk liabiliti bank Islam Akta Bank mempunyai akaun itu simpanan deposit lain;

i kepadanya ngsa" ertinya selain ringgit sebagaimana an

"subsidiari" mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Syarikat 1965;

"syarikat" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh Akta Syarikat 1965;

"syarikat awam" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh Akta Syarikat 1965;

"syer" ertinya syer dalam modal syer bagi sesuatu perbadanan dan termasuklah stok, kecuali jika sesuatu perbezaan antara stok dan syer adalah dinyatakan atau difahamkan.

Bahagian II

PELESENAN BANK ISLAM

(1)

Perniagaan bank Islam tidak boleh diuruskan di Malaysia melainkan oleh sesuatu syarikat yang memiliki suatu lesen secara bertulis daripada Menteri yang membenarkannya berbuat demikian.

(2)

Sesuatu syarikat yang berkehendakkan kuasa untuk menjalankan perniagaan bank Islam di Malaysia hendaklah memohon secara bertulis kepada Menteri melalui Bank Negara bagi suatu lesen di bawah seksyen ini dan hendaklah mengemukakan—

(a)

suatu salinan memorandum persatuan dan artikel persatuan atau suratcara lain yang di bawahnya syarikat itu diperbadankan, diverifikasikan dengan sewajarnya melalui akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pegawai kanan syarikat; dan

(b)

apa-apa dokumen atau maklumat lain yang diminta oleh Menteri.

(3)

Apabila menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (2) Bank Negara hendaklah menimbangkan permohonan itu dan membuat syor kepada Menteri menyatakan sama ada suatu lesen patut diberi atau tidak, dan syarat-syarat, jika ada, yang akan dikenakan kepada lesen itu.

(4)

Apabila menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (2) dan syor Bank Negara di bawah subseksyen (3), Menteri boleh, tertakluk kepada seksyen 4, memberi suatu lesen, dengan syarat atau tanpa syarat, atau enggan memberi suatu lesen.

(5)

Bank Negara tidak boleh mengesyorkan pemberian lesen, dan Menteri tidak boleh memberi suatu lesen, melainkan Bank Negara atau Menteri, mengikut mana yang berkenaan, berpuas hati—

(a)

bahawa tujuan dan pengendalian perniagaan bank yang dia berhasrat menjalankan itu tidak akan melibatkan apa-apa elemen yang tidak diluluskan oleh Agama Islam; dan

(b)

bahawa ada terdapat, dalam artikel persatuan bank yang berkenaan, peruntukan bagi penubuhan suatu badan penasihat Syar'iah untuk menasihatkan bank mengenai pengendalian perniagaan banknya untuk menjamin ianya tidak melibatkan apa-apa elemen yang tidak diluluskan oleh Agama Islam.

(6)

Seseorang yang melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

(2)

Menteri hendaklah, sebelum mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (1), memberitahu secara bertulis tujuannya hendak mengambil tindakan itu kepada bank Islam yang berkenaan dan hendaklah memberi bank itu suatu peluang untuk mengemukakan dalam suatu tempoh, tidak kurang daripada empat belas hari, sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu sebab-sebab mengapa syarat lesen itu tidak patut diubah atau dibatalkan atau syarat atau syarat tambahan itu tidak patut dikenakan.

(1)

Menteri boleh pada bila-bila masa, atas syor Bank Negara, mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang sedia ada bagi sesuatu lesen atau mengenakan syarat-syarat atau syarat-syarat tambahan.

(3)

Jika sesuatu lesen adalah tertakluk kepada syarat-syarat, bank Islam itu hendaklah mematuhi syarat-syarat itu.

(4)

Sesuatu bank Islam yang tidak mematuhi manamana syarat lesennya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.

(1)

Tiada sesuatu syarikat boleh diberi sesuatu lesen di bawah seksyen 3 dan juga tiada sesuatu syarikat yang diberi lesen di bawah seksyen itu boleh menjalankan perniagaan di Malaysia tanpa kebenaran bertulis Menteri jika wang modalnya yang tidak tercacat oleh kerugian atau lain-lain adalah kurang daripada amaun minimum.

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen ini—

"amaun minimum" ertinya apa-apa amaun wang modal yang disenggarakan oleh bank Islam sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Bank Negara melalui pemberitahuan dalam Warta;

"wang modal" ertinya modal yang telah dibayar dan rizab dan apa-apa sumber modal lain sebagaimana ditakrifkan dan dikira mengikut apa-apa cara yang ditetapkan dengan notis secara bertulis dari semasa ke semasa oleh Bank Negara.

(3)

Penentuan amaun minimum yang disenggarakan di bawah subseksyen (2) hendaklah dipatuhi dalam tempoh tangguhan yang sama iaitu tidak kurang daripada tiga bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.

(1)

Tiada sesuatu syarikat boleh diberi atau boleh memegang lesen jika Menteri berpuas hati bahawa ia adalah atau telah menjadi syarikat yang dipunyai atau dikawal oleh negara asing.

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, sesuatu syarikat hendaklah disifatkan sebagai dipunyai atau dikawal oleh negara asing jika lima puluh peratus atau lebih daripada modalnya yang dikeluarkan dan dibayar adalah dipunyai oleh atau bagi pihak orang-orang yang bukan warganegara Malaysia, atau jika bilangan terbesar orang-orang yang berkuasa mengarah, mengawal atau mengurus syarikat itu bukan warganegara Malaysia.

Kecuali dengan persetujuan secara bertulis dari Bank Negara, tiada sesuatu bank Islam boleh membuka sesuatu cawangan, ejensi atau pejabat baru di manamana bahagian Malaysia atau luar Malaysia.

Kecuali dengan persetujuan secara bertulis Menteri, tiada sesuatu bank Islam boleh diberi lesen atas suatu nama yang termasuk mana-mana daripada perkataan "Kebangsaan", "Komanwel", "Malaysia", "Malaysia" sebagai kata sifat, "Negara", "Negeri", "Persekutuan", "Persekutuan" sebagai kata sifat atau "Rizab" sama ada dalam Bahasa Kebangsaan atau bahasa Inggeris atau dalam apa-apa bahasa lain.

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), tiap-tiap bank Islam boleh mengadakan pertalian bank koresponden dengan mana-mana bank di luar Malaysia.

(2)

Bank Negara boleh menetapkan dengan notis secara bertulis bahawa tiada sesuatu bank Islam boleh mengadakan, kecuali dengan persetujuan Menteri atas syor Bank Negara, pertalian bank koresponden dengan mana-mana bank yang ditubuhkan di mana-mana negara yang dinyatakan dalam pemberitahuan atau dengan mana-mana bank yang dipunyai atau dikawal oleh Kerajaan atau ejensi Kerajaan bagi mana-mana negara itu.

Tiap-tiap bank Islam hendaklah membayar kepada Bank Negara fee lesen tahunan yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Bank Negara, melalui pemberitahuan dalam Warta.

(a)

menuju matlamat, atau menjalankan pengendalian, yang melibatkan apa-apa elemen yang tidak diluluskan oleh Agama Islam;

(b)

menjalankan perniagaannya dengan cara yang memudaratkan kepentingan pendeposit-pendeposit dan pemiutang-pemiutang lain;

(c)

mempunyai aset-aset yang tidak mencukupi untuk meliputi liabilitinya kepada awam;

(e)

telah terhenti menjalankan perniagaan bank di Malaysia

Menteri boleh, atas syor Bank Negara, membatalkan mana-mana lesen yang telah dikeluarkan kepada bank itu.

2) , tiap-tiap bank bank koresponden laysia.

an dengan notis bank Islam boleh ian Menteri atas esponden dengan di mana-mana beritahuan atau ai atau dikawal agi mana-mana embayar kepada ditetapkan oleh i pemberitahuan pertulis Menteri lesen atas suatu pada perkataan a", "Malaysia" "Persekutuan"

"Rizab" sama pahasa Inggeris

2) , jika sesuatu ankan pengen-a elemen yang slam;

igan cara yang pendeposit-peng lain;

ik mencukupi a awam;

kan Akta ini;

istitusi anggota surans Deposit

(2)

Menteri hendaklah, sebelum pembatalan itu, memberitahu tujuannya hendak mengambil tindakan itu kepada bank Islam yang berkenaan dan hendaklah memberi bank itu suatu peluang untuk mengemukakan dalam suatu tempoh, tidak kurang daripada dua puluh satu hari, sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu sebab-sebab mengapa lesen itu tidak patut dibatalkan.

(4)

Bank Negara adalah berhak untuk didengari atas sesuatu rayuan itu.

(3)

Jika lesen sesuatu bank Islam telah dibatalkan di bawah subseksyen (1), bank itu boleh dalam tempoh tiga puluh hari dari pembatalan itu merayu terhadap pembatalan itu kepada Mahkamah Tinggi, yang boleh membuat apa-apa perintah mengenainya sebagaimana yang difikirkannya patut, termasuk apa-apa arahan tentang kos rayuan itu.

(5)

Membuat sesuatu rayuan di bawah seksyen ini tidak boleh dengan apa-apa cara menyentuh penjalanan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipan Bank Negara di bawah seksyen 37, 39 dan 40.

(1)

Jika sesuatu perintah pembatalan berkuatkuasa di bawah seksyen 11—

(a)

notis pembatalan itu hendaklah disiarkan dalam Warta; dan

(b)

bank Islam itu hendaklah mulai dari tarikh notis itu berhenti daripada menguruskan apaapa perniagaan bank di Malaysia kecuali sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri atas syor Bank Negara bagi maksud-maksud menggulung perniagaan banknya.

(2)

Peruntukan-peruntukan paragraf (b) subseksyen (1) tidak boleh menyentuh penguatkuasaan oleh seseorang akan sesuatu hak atau tuntutan terhadap bank atau oleh bank akan sesuatu hak atau tuntutan terhadap seseorang.

Bank Negara hendaklah mempastikan supaya disiarkan dalam Warta pada tiap-tiap tahun suatu senarai bagi semua bank Islam yang telah dikeluarkan lesen-lesen kepadanya di bawah Akta ini, dan jika sesuatu lesen dikeluarkan, dibatalkan atau diserahkan balik dalam lat tempoh antara penyiaran dua senarai itu, notis mengenainya hendaklah juga dipastikan supaya disiarkan dalam Warta.

Bahagian III

KEHENDAK-KEHENDAK KEWANGAN DAN KEWAJIPAN-KEWAJIPAN BANK ISLAM

(1)

Bank Negara boleh menghendaki sesuatu bank Islam supaya menyenggarakan wang modal, yang tidak tercacat oleh kerugian atau lain-lain, mengikut sekian kadar bagi aset cawangan-cawangan dan pejabat-pejabatnya di Malaysia dan di luar Malaysia atau hanya bagi cawangan-cawangan dan pejabatpejabatnya di Malaysia sahaja sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Bank Negara dengan notis secara bertulis.

(2)

"Wang modal" dalam subseksyen (1) hendaklah mempunyai erti yang diberi kepada ungkapan itu dalam subseksyen (2) seksyen 5 tetapi dengan apaapa ubahsuaian yang dinyatakan dari semasa ke semasa bagi maksud subseksyen (1) oleh Bank Negara dengan notis secara bertulis.

(1)

Tiap-tiap bank Islam—

(a)

hendaklah menyenggarakan suatu kumpulan wang rizab; dan

(b)

sebelum apa-apa dividen diisytiharkan hendak-lah memindahkan kepada kumpulan wang rizab daripada keuntungan bersih tiap-tiap satu tahun, selepas peruntukan yang sepatutnya diadakan untuk zakat atau cukai—

(i)

selagi amaun kumpulan wang rizab kurang daripada lima puluh peratus daripada modal yang telah dibayar, sejumlah wang yang sama banyaknya dengan tidak kurang daripada lima puluh peratus daripada keuntungan bersih itu;

kan nasihat Majlis ra Syariah yang an bank Islam itu hat Syariah.

at Syariah" ertinya buhkan di bawah ara Malaysia 1958.

uatu bank dal, yang mengikut igan dan Malaysia n hendak an wang tiap-tiap sepatuti—

ng rizab atus dari sejumlah dengan h peratus

(ii)

selagi amaun kumpulan wang rizab itu adalah lima puluh peratus tetapi kurang daripada seratus peratus daripada modal yang telah dibayar, sejumlah wang yang sama banyaknya dengan tidak kurang daripada dua puluh lima peratus daripada keuntungan bersih itu.

(2)

Jika Bank Negara berpuas hati bahawa agregat kumpulan wang rizab sesuatu bank Islam adalah mencukupi untuk perniagaannya, ia boleh dengan perintah secara bertulis mengecualikan bank itu daripada peruntukan-peruntukan subseksyen (1) bagi tempoh satu tahun.

(2)

Amaun atau amaun-amaun minimum aset yang sedemikian ditetapkan untuk dipegang hendaklah dinyatakan mengikut—

(a)

suatu atau beberapa peratusan daripada liabiliti semasa, liabiliti akaun simpanan, liabiliti bermasa dan liabiliti deposit lain bagi tiap-tiap bank Islam dan apa-apa liabilitinya yang lain yang ditentukan oleh Bank Negara, sama ada bersesama atau berasingan; dan

(b)

suatu peratusan daripada apa-apa aset bagi akaun pelaburan tiap-tiap bank Islam;

apa-apa peratusan atau peratru dan apa-apa peratusan atau peratusan-peratusan itu boleh diubah oleh Bank Negara dari semasa ke semasa dengan notis secara bertulis kepada bank.

(3)

Apabila Bank Negara mengeluarkan sesuatu notis di bawah subseksyen (1) tiap-tiap bank Islam hendaklah diberi sesuatu tempoh tangguhan yang sama, tidak kurang daripada satu minggu, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu untuk mematuhi peruntukan-peruntukannya.

(4)

Sesuatu bank Islam tidak boleh, tanpa kelulusan Bank Negara, meminjamkan atau mendahulukan apa-apa wang kepada seseorang dalam tempoh bank itu tidak mematuhi sesuatu notis di bawah subseksyen (1).

(5)

Bagi maksud mengira amaun atau amaun-amaun aset cair di bawah seksyen ini dan liabiliti-semasa, liabiliti-akaun-simpanan, liabiliti-akaun-pelaburan, liabiliti-bermasa dan liabiliti-deposit-lain bagi sesuatu bank Islam yang menjalankan perniagaan di Malaysia dan di tempat lain dan apa-apa liabiliti lain bank itu yang ditentukan oleh Bank Negara, pejabat-pejabat dan cawangan-cawangan bank itu di Malaysia hendaklah disifatkan sebagai menjadi suatu bank berasingan yang menjalankan perniagaan di Malaysia.

(6)

Bagi maksud-maksud seksyen ini aset-aset cair ialah—

(a)

wang kertas dan syiling yang sah diperlakukan di Malaysia;

(b)

baki di Bank Negara, tidak termasuk rizab yang dinyatakan dalam paragraf (c) subseksyen (1) seksyen 37 Ordinan Bank Negara Malaysia 1958;

(c)

sijil-sijil pelaburan yang dikeluarkan di bawah Akta Pelaburan Kerajaan 1983; dan

(d)

apa-apa aset lain yang diluluskan oleh Menteri atas syor Bank Negara.

(7)

Bank Negara boleh dengan notis secara bertulis menghendaki tiap-tiap bank Islam memberi apa-apa penyata atau penyata-penyata sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Bank Negara untuk pelaksanaan seksyen ini.

(8)

Sesuatu bank Islam yang tidak mematuhi manamana daripada peruntukan seksyen ini boleh kena membayar, apabila diminta berbuat demikian oleh Bank Negara, suatu penalti sebanyak tidak lebih daripada satu persepuluh daripada satu peratus daripada amaun kekurangan bagi tiap-tiap hari kekurangan itu berterusan.

(9)

Sesuatu bank Islam yang tidak atau enggan membayar sesuatu penalti di bawah subseksyen (8) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(1)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965, tiap-tiap bank Islam hendaklah melantik pada tiap-tiap tahun seorang juruaudit yang diluluskan oleh Menteri.

u amaun-amaun liabiliti—semasa, aun—pelaburan, ain bagi sesuatu aan di Malaysia iti lain bank itu abat-pejabat dan aysia hendaklah ank berasingan ysia.

ni aset-aset cair ah diperlakukan termasuk rizab ragraf (c) sub-n Bank Negara arkan di bawah 3; dan an oleh Menteri secara bertulis emberi apa-apa ana yang difikirksanaan seksyen ematuhi mana ini boleh kena demikian oleh idak lebih dari eratus daripada kekurangan itu c atau enggan subseksyen (8) li bawah Akta runtukan Akta hendaklah mejuruaudit yang

(2)

Menteri atas syor Bank Negara boleh melantik seorang juruaudit—

(a)

jika bank

(a)

jika bank Islam itu tidak melantik seorang juruaudit; atau

(b)

jika difikirkannya perlu supaya seorang lagi juruaudit bertindak bersama dengan juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1), dan boleh menetapkan saraan yang akan dibayar oleh bank Islam itu kepada juruaudit itu.

(3)

Kewajipan-kewajipan juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan (2) bagi bank Islam itu ialah—

(a)

untuk menjalankan bagi tahun yang dia dilantik pengauditan akaun-akaun bank itu; dan

(b)

membuat suatu laporan menurut seksyen 174 Akta Syarikat 1965 berkenaan dengan kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunan bank itu.

(4)

Laporan juruaudit yang tersebut dalam paragraf (b) subseksyen (3) hendaklah dibentangkan bersama dengan laporan pengarah-pengarah bank Islam itu di mesyuarat agung tahunan bank itu; dan suatu akuan berkanun yang dibuat oleh pegawai kanan bank itu yang bermaksud bahawa laporan itu telah sedemikian dibentangkan hendaklah menyertai dokumen-dokumen yang dihantarkan di bawah paragraf (c) subseksyen (1) seksyen 18.

(5)

Tiada seseorang yang mempunyai sesuatu kepentingan dalam sesuatu bank Islam lain daripada sebagai seorang pemegang syer, dan tiada seseorang pengarah atau pegawai bank itu layak dilantik sebagai juruaudit bagi bank itu; dan mana-mana orang yang dilantik sebagai juruaudit bagi sesuatu bank Islam yang selepas perlantikan itu memperolehi apa-apa kepentingan atau menjadi seorang pengarah atau seorang pegawai bank itu hendaklah serta-merta berhenti daripada menjadi juruaudit.

(6)

Kewajipan-kewajipan, kuasa-kuasa dan liabiliti liabiliti yang dikenakan dan diberi oleh seksyen 33 berhubungan dengan sesuatu penyiasatan oleh Bank Negara mengenai hal-ehwal sesuatu bank Islam di bawah seksyen 31 atau 32 adalah dengan ini dikenakan dan diberikan berhubungan dengan juruaudit-juruaudit yang dilantik di bawah seksyen ini.

(7)

Mana-mana bank Islam yang tidak mematuhi kehendak-kehendak subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.

(1)

Tiap-tiap bank Islam hendaklah—

(a)

menunjukkan di suatu tempat yang mudah dilihat di tiap-tiap pejabat atau tempat perniagaan di Malaysia—

(i)

satu salinan bagi tiap-tiap satu kunci kirakira, akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diaudit akhir sekali, bersama dengan apa-apa catatan mengenainya, dan laporan juruaudit;

(iii)

nama semua subsidiari bagi bank itu pada masa itu;

(b)

menyiarkan dalam masa empat belas hari selepas daripada dibentangkan akaunnya di mesyuarat agung tahunannya dalam sekurangkurangnya dua akhbar harian yang disiarkan di Malaysia dan diluluskan oleh Bank Negara, satu salinan bagi tiap-tiap satu kunci kira-kira, akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diaudit akhir sekali, bersama dengan apa-apa catatan mengenainya, dan laporan juruaudit; dan

(c)

dalam masa enam bulan selepas ditutup tiaptiap satu tahun kewangan atau apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang diluluskan oleh Bank Negara, menghantar kepada Bank Negara—

(i)

dua salinan bagi tiap-tiap satu kunci kira-kira, akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diaudit akhir sekali, bersama dengan apa-apa catatan mengenainya, dan laporan juruaudit dan pengarah-pengarah;

mudah di-mpat per-kunci kira

1 kerugian udit akhir pa catatan ruaudit;

iya; dan nk itu pada belas hari aunnya di sekurang-g disiarkan nk Negara, ei kira-kira, ahunannya ma dengan n laporan tutup tiap pa tempoh uskan oleh ada Bank kunci kira kerugian udit akhir pa catatan uaudit dan

(ii)

mengenai sesuatu bank Islam dengan mempunyai cawangan-cawangan di luar Malaysia, dua salinan bagi tiap-tiap satu kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diaudit akhir sekali berkenaan dengan pengendaliannya di Malaysia, dan dua salinan bagi tiap-tiap satu kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diaudit akhir sekali berkenaan dengan pengendaliannya dalam tiap-tiap satu negeri di luar Malaysia.

(2)

Bentuk dan kandungan kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian, bersama dengan laporan pengarah, hendaklah sebagaimana diluluskan oleh Bank Negara.

(3)

Bank Negara boleh menghendaki sesuatu bank Islam mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu sama ada dengan jalan penjelasan, penghuraian atau lain-lain berkenaan dengan kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian yang dihantar oleh bank itu di bawah paragraf (c) subseksyen (1) dan maklumat itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank Negara.

(4)

Sesuatu bank Islam yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.

(1)

Tiap-tiap bank Islam hendaklah menghantar kepada Bank Negara mengikut apa-apa bentuk sebagaimana ditetapkan oleh Bank Negara—

(a)

suatu penyata yang menunjukkan liabiliti dan aset bagi pejabat-pejabat dan cawangcawangan banknya di Malaysia pada penutupan perniagaan pada hari perniagaan akhir bagi tiap-tiap bulan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan dengan notis secara bertulis dari semasa ke semasa oleh Bank Negara;

(b)

suatu penyata memberi suatu analisis mengenai pinjaman-pinjaman, pendahuluan-pendahuluan dan pelaburan-pelaburan bagi pejabat-pejabat dan cawangan-cawangan banknya di Malaysia seperti pada apa-apa lat tempoh dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan dengan notis dari semasa ke semasa oleh Bank Negara;

(c)

tidak lewat daripada enam bulan selepas ditutup tahun kewangannya, suatu penyata yang menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan berkenaan dengan perniagaannya di Malaysia;

(d)

walau apa pun peruntukan subseksyen (3) seksyen 34, suatu penyata yang menunjukkan maklumat kredit pelanggan-pelanggannya sebagaimana yang dikehendaki bagi maksudmaksud biro kredit yang ditubuhkan di bawah seksyen 30 (1) (mmm) Ordinan Bank Negara Malaysia 1958 pada apa-apa lat tempoh dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan dengan notis secara bertulis dari semasa ke semasa oleh Bank Negara; dan

(e)

apa-apa maklumat perangkaan sebagaimana yang diminta oleh Bank Negara.

(2)

Kecuali bagi maksud-maksud paragraf—

(d)

sub-seksyen (1), apa-apa maklumat yang diterima daripada sesuatu bank di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai rahsia antara bank itu dan Bank Negara.

(3)

Sesuatu bank Islam yang tidak mematuhi sesuatu kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada empat ribu ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan.

(4)

Adalah menjadi tanggungjawab Bank Negara menyediakan dan menyiarkan penyata-penyata yang disatukan mengagregatkan angka-angka dalam penyata-penyata yang diberi di bawah paragraf (a) dan (b) subseksyen (1).

Sesuatu bank Islam yang mengendalikan pejabat pejabat cawangan atau ejensi-ejensi di luar Malaysia hendaklah memberi kepada Bank Negara apa-apa maklumat berhubungan dengan pengendalian pejabat pejabat atau ejensi-ejensi itu sebagaimana yang diminta oleh Bank Negara.

bat-pejabat di Malaysia dan dalam ditetapkan oleh Bank pas ditutup yang menjaan beralaysia;

eksyen (3)

nunjukkan anggannya i maksud di bawah kNegara hi sesuatu 1 (1) adalisabitkan mpat ribu erusan.

Negara ata yang penyatai (b) sub-pejabat Malaysia ap mak pejabat diminta

Bahagian IV

PEMUNYAAN, PENGAWALAN DAN PENGURUSAN BANK ISLAM

(1)

Apabila sesuatu perubahan hampir akan berlaku dalam pengawalan mana-mana bank Islam, bank itu hendaklah melaporkan perubahan yang dicadangkan itu kepada Bank Negara.

(2)

Apabila sesuatu pinjaman atau pendahuluan dibuat oleh mana-mana bank Islam yang agregatnya dijamin dengan dua puluh peratus atau lebih daripada syer modal yang telah dibayar bagi mana-mana bank Islam lain atau mana-mana bank berlesen di bawah Akta Bank 1973 yang diperbadankan di Malaysia atau bagi mana-mana syarikat kewangan yang dilesen di bawah Akta Syarikat Kewangan 1969, bank Islam hendaklah melaporkan fakta itu kepada Bank Negara.

(3)

Laporan yang dikehendaki dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah mengandungi yang berikut—

(4)

Laporan-laporan di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah menjadi tambahan kepada apa-apa laporan yang mungkin dikehendaki menurut peruntukan manama undang-undang bertulis yang lain.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, ungkapan "pengawalan" berhubungan dengan sesuatu bank Islam ertinya pemilikan secara langsung atau secara tak langsung kuasa untuk mengarahkan atau mempastikan pengarahan pengurusan dan dasar bank itu.

(6)

Mana-mana bank Islam yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak-kurang daripada dua puluh ribu ringgit.

(1)

Tiap-tiap bank Islam hendaklah memperoleh kelulusan Menteri mengenai apa-apa—

(a)

perkiraan atau perjanjian yang dicadangkan—

(i)

untuk menjual atau melupuskan syer-syer atau perniagaannya; atau

(ii)

mengenai kuasa mengundi, pengurusan atau perkara-perkara lain, yang akan mengakibatkan sesuatu perubahan dalam pengawalan atau pengurusan bank itu; dan

(i)

bagi membina semula bank itu; atau

(ii)

bagi menyatukan, mencantumkan atau selainnya antara bank itu dan manamana perbadanan lain, dalam mana kesemua atau mana-mana bahagian daripada pengusahaan atau harta bank itu akan dipindah milik kepada suatu perbadanan lain.

(2)

Menteri, atas syor Bank Negara, boleh meluluskan atau enggan membenarkan perkiraan, perjanjian atau skim yang dicadangkan itu, tetapi kelulusan Menteri itu janganlah hendaknya ditahan dengan tidak berpatutan.

(1)

Tanpa menyentuh apa-apa yang terkandung dalam Akta Syarikat 1965, seseorang yang menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang bersangkut-paut dengan pengurusan sesuatu bank Islam hendaklah berhenti daripada memegang jawatan—

(a)

jika dia menjadi bankrap, menggantung pembayaran atau mengkompaun dengan pemiutang-pemiutangnya; atau

(b)

jika dia disabitkan atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan kecurangan atau fraud.

(2)

Tiada seseorang yang telah menjadi seorang pengarah bagi, atau secara langsung bersangkut-paut dengan pengurusan, sesuatu bank Islam atau bank berlesen di bawah Akta Bank 1973 yang telah digulung oleh sesuatu mahkamah boleh, tanpa kebenaran nyata daripada Menteri, bertindak atau terus bertindak sebagai seorang pengarah bagi, atau secara langsung bersangkut-paut dengan pengurusan, sesuatu bank Islam.

emperolehi dangkan in syer-syer u; atau mkan atau dan mana-perubahan n bank itu;

pengurusan mana baharta bank itu perbadanan leh melulusi, perjanjian ulusan Men-na perkiraan a bank Islam ysia 2005."

vai lain yang u bank Islam watan—

antung pemengan pemi-esalahan berraud.

ijadi seorang rsangkut-paut tau bank ber-digulung oleh an nyata dari-indak sebagai sung bersang-ik Islam.

(3)

Seseorang yang bertindak dengan melanggar subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

Bahagian V

SEKATAN MENGENAI PERNIAGAAN

(1)

Tiada sesuatu bank Islam boleh—

(a)

membayar apa-apa dividen atas syer-syernya sehingga semua perbelanjaannya yang diper-modalkan (termasuk belanja permulaan, belanja penubuhan, komisen menjual syer, bayaran broker, amaun kerugian yang ditanggung dan apa-apa butiran perbelanjaan lain yang tidak berupa aset zahir) telah dihapuskan dengan sepenuhnya;

(b)

memberi sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit dengan cagaran syer-syernya sendiri; atau

(c)

memberi pendahuluan tak bercagar, pinjaman tak bercagar atau kemudahan kredit tak bercagar lebih daripada sepuluh ribu ringgit pada agregatnya dan belum dijelaskan pada manamana satu masa kepada mana-mana perbadanan yang disifatkan sebagai berkaitan dengan bank itu sebagaimana diperihalkan dalam seksyen 6 Akta Syarikat 1965, lain daripada sesuatu bank Islam, sesuatu bank berlesen di bawah Akta Bank 1973, sesuatu syarikat kewangan yang diberi lesen di bawah Akta Syarikat Kewangan 1969, atau mana-mana institusi kewangan lain yang diluluskan oleh Bank Negara.

(2)

Bagi maksud seksyen ini "pendahuluan tak bercagar", "pinjaman tak bercagar" dan "kemudahan kredit tak bercagar" masing-masing ertinya pendahuluan, pinjaman dan kemudahan kredit yang diberi tanpa cagaran, atau, berkenaan dengan apa-apa pendahuluan, pinjaman dan kemudahan kredit yang diberi dengan cagaran, mana-mana bahagiannya yang pada bila-bila masa lebih daripada nilai pasaran-bagi asetaset yang menjadi cagaran itu atau, jika Bank Negara berpuas hati bahawa tiada sesuatu nilai pasaran yang tertentu, nilai yang dibuat atas asas sesuatu penilaian yang diluluskan oleh Bank Negara.

(a)

mana-mana daripada pengarah, pegawai atau pekerjanya atau orang-orang lain iaitu orang yang menerima saraan daripada bank Islam itu (selain daripada akauntan, peguambela dan peguamcara, arkitek, ejen estet, doktor dan mana-mana orang lain yang menerima saraan daripada bank itu berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan profesional mereka);

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah-paragraf-

(e)

-subseksyen-

(1)

-seksyen-24 dan-subseksyen-

(2)

seksyen ini, tiada sesuatu bank Islam boleh memberi pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit kepada—

(b)

mana-mana firma yang mana-mana daripada pengarah, pegawai atau pekerjanya ada mempunyai kepentingan sebagai pekongsi, pengurus, ejen atau penggerenti;

(c)

mana-mana perbadanan yang mana-mana daripada pegawai atau pekerjanya adalah seorang pengarah, pengurus, ejen atau penggerenti, atau mana-mana perbadanan yang mana-mana daripada pegawai atau pekerjanya mempunyai apa-apa kepentingan material sebagaimana yang diputuskan oleh Bank Negara dalam syernya;

(d)

mana-mana perbadanan yang mana-mana daripada pengarahnya (yang bukannya seorang pengarah eksekutif, dia sebagai termasuk dalam lingkungan peruntukan-peruntukan paragraf (c) menurut subseksyen (3)) adalah seorang anggota, pengarah, pengurus, ejen atau penggerenti, atau mana-mana perbadanan yang mana-mana pengarah bank Islam itu mempunyai apa-apa kepentingan dalam syernya sama ada secara langsung atau secara tak langsung; atau ang pada bagi aset ik Negara aran yang penilaian gawai atau laitu orang k Islam itu mbela dan loktor dan ima saraan an perkhidereka);

Melainkan ra dengan iana yang iu subsek-a daripada ada mem si, pengurus, a-mana darinya seorang nasuk dalam paragraf (c) ah seorang atau pengdanan yang m itu memlam syernya secara tak i-mana dari ilah seorang gerenti, atau i-mana dari mempunyai sebagaimana gara dalam

(e)

mana-mana individu yang mana-mana daripada pengarah, pegawai atau pekerjanya adalah seorang penggerenti.

(2)

Sesuatu bank Islam boleh memberi pinjaman kepada mana-mana pegawai atau pekerjanya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah skim perkhidmatannya yang berkenaan dan, jika bank berpuas hati bahawa terdapatnya hal keadaan khas atau belas kasihan boleh memberi pinjaman tidak melebihi pada sesuatu masa enam bulan saraan pegawai atau pekerja itu atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh bank.

(3)

Peruntukan-peruntukan paragraf (c) subseksyen (1) dan subseksyen (2) adalah juga terpakai bagi pengarah-pengarah eksekutif bank Islam.

(4)

Peruntukan-peruntukan paragraf (d) subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi pemberian pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit oleh sesuatu bank Islam kepada—

(a)

perbadanan yang disenaraikan di bursa saham yang diakui dan yang mana pengarah bank Islam itu tidak mempunyai kepentingan material sebagaimana yang diputuskan oleh Bank Negara dalam syer perbadanan sama ada secara langsung atau secara tak langsung; dan

(b)

syarikat awam yang mana pengarah bank Islam itu tidak mempunyai apa-apa kepentingan atas sifat peribadinya sebagaimana yang diputuskan oleh Bank Negara:

Dengan syarat bahawa bagi maksud-maksud subseksyen ini pengarah yang berkenaan bukanlah seorang pengarah eksekutif bank Islam itu.

(5)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, "pengarah", "pegawai" atau "pekerja" termasuklah suami atau isteri, ibu atau bapa atau anak seseorang pengarah, pegawai atau pekerja.

Tiada sesuatu bank Islam boleh memberi sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit di bawah pengecualian yang disebutkan dalam subseksyen (4) seksyen 25 melainkan jika syarat-syarat yang berikut dipenuhi:

(a)

bahawa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit itu memenuhi standard-standard kelayakan-kredit yang dikehendaki dari peminjam-peminjam lain yang memohon;

(b)

bahawa terma-terma pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit tidak kurang baiknya kepada bank itu daripada yang ditawarkan kepada orang-orang lain;

(c)

bahawa pemberian pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit itu akan memberi manfaat yang paling baik kepada bank itu; dan

(d)

bahawa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit telah diluluskan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada semua pengarah lain bank itu dalam mesyuarat lembaga penuh pengarah-pengarah yang diadakan dengan sempurna dan kelulusan itu telah direkodkan dalam minit mesyuarat tersebut.

(1)

Tiada sesuatu bank Islam boleh memberi kepada mana-mana pelanggan apa-apa kemudahan kredit atau menanggung apa-apa liabiliti lain bagi pihak pelanggan sebanyak amaun agregat yang melebihi apa-apa peratusan sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Bank Negara berhubungan dengan wang modal bank itu yang tidak tercacat oleh kerugian atau lain-lain.

(2)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—

(a)

transaksi dengan bank-bank Islam lain, dengan bank-bank berlesen di bawah Akta Bank 1973 dan dengan syarikat-syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Syarikat Kewangan 1969;

(b)

apa-apa kemudahan yang diberi berkenaan dengan import ke dalam Malaysia atau eksport ke luar Malaysia atau perdagangan di dalam Malaysia berasaskan surat-surat kredit atau bil-bil pertukaran; atau eri sesuatu kredit. di subseksyen ang berikut pinjaman ng baiknya ditawarkan tau kemud-standard lari pemin-pinjaman n memberi ink itu; dan itau kemu-engan undi a daripada n mesyuarat yang diada-an itu telah tersebut.

h memberi kemudahan n bagi pihak elebihi apa-tukan dari erhubungan ercacat oleh lain, dengan Bank 1973 angan yang t Kewangan berkenaan atau eksport an di dalam kredit atau

(1)

Seseorang pengarah, pengurus atau pekerja sesuatu bank Islam tidaklah boleh memberi apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang melebihi had kuasanya atau berlawanan dengan mana-mana arahan yang dikenakan oleh bank Islam itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, Menteri dengan notis bertulis boleh mengarahkan sesuatu bank Islam supaya mengemukakan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan polisi dan prosedurnya mengenai pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit, khususnya had-had kuasa seseorang pengarah, pengurus atau pekerja bank Islam itu, atau apa-apa perubahan mengenainya dari semasa ke semasa:

Dengan syarat bahawa Menteri hendaklah mempunyai kuasa bagi mengarah sesuatu bank Islam supaya meminda prosedur yang diikuti oleh bank Islam itu dalam memberi apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit termasuk had-had kuasa berkenaan dengan pemberian tersebut.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar apa-apa peruntukan seksyen ini atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih dari tiga tahun atau denda dan penjara itu keduaduanya.

kepentingan di dalam sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang mungkin, selepas tarikh notis itu, diberi kepada firma atau perbadanan itu hendaklah disifatkan suatu pengisytiharan kepentingan yang cukup berhubungan dengan sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang sedemikian diberi jika—

(a)

notis itu menyatakan jenis dan takat kepentingannya di dalam sesuatu firma atau perbadanan tertentu;

(c)

apa-apa transaksi lain yang diluluskan oleh Bank Negara dari semasa ke semasa.

(3)

Bagi maksud-maksud subseksyen (1) ungkapan "wang modal" hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh subseksyen (2) seksyen 5. 27A.---

(1)

Tiap-tiap pengarah sesuatu bank Islam yang dengan apa cara jua pun, sama ada secara langsung atau secara tak langsung, ada kepentingan dalam sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit atau sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang dicadangkan daripada bank Islam itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik mengisytiharkan jenis kepentingannya kepada lembaga pengarah bank Islam itu dan setiausaha bank Islam itu hendaklah mempastikan supaya pengisytiharan itu diedarkan serta-merta kepada semua pengarah.

(2)

Kehendak-kehendak subseksyen (1) tidaklah terpakai dalam sesuatu hal jika kepentingan pengarah itu adalah terdiri hanya daripada menjadi seorang anggota atau pemiutang sesuatu perbadanan, yang ada kepentingan di dalam sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit atau pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang dicadangkan daripada bank Islam itu jika kepentingan pengarah itu boleh dengan sewajarnya dianggap sebagai bukan sesuatu kepentingan material.

(3)

Bagi maksud-maksud subseksyen (1), suatu notis am yang diberi kepada lembaga pengarah sesuatu bank Islam oleh seseorang pengarah yang bermaksud bahawa dia adalah seorang pegawai atau anggota sesuatu firma tertentu atau seorang anggota sesuatu perbadanan tertentu dan dianya hendaklah dianggap sebagai ada kepentingan di dalam sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang mungkin, selepas tarikh notis itu, diberi kepada firma atau perbadanan itu hendaklah disifatkan suatu pengisytiharan kepentingan yang cukup berhubungan dengan sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang sedemikian diberi jika—

(a)

notis itu menyatakan jenis dan takat kepentingannya di dalam sesuatu firma atau perbadanan tertentu;

(b)

kepentingannya tidaklah berlainan jenisnya atau lebih besar takatnya daripada jenis dan takat yang dinyatakan sedemikian dalam notis itu pada masa sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit diberi; dan

(c)

notis itu diberi pada mesyuarat pengarah-pengarah atau pengarah itu mengambil langkah yang munasabah untuk mempastikan supaya ia dikemukakan dan dibaca di mesyuarat pengarah-pengarah yang berikutnya selepas ia diberi.

(4)

Tiap-tiap pengarah sesuatu bank Islam yang memegang sesuatu jawatan atau memiliki apa-apa harta dengan mana sama ada secara langsung atau secara tak langsung kewajipan atau kepentingan mungkin diwujudkan bercanggah dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai seorang pengarah hendaklah mengisytiharkan di suatu mesyuarat pengarah-pengarah bank Islam itu fakta dan keadaan, jenis dan takat percanggahan itu.

(5)

Pengisytiharan yang tersebut dalam subseksyen (4) hendaklah dibuat pada mesyuarat pertama pengarahpengarah yang diadakan—

(a)

selepas dia menjadi seorang pengarah bank Islam itu; atau

(b)

(jika sudah pun menjadi seorang pengarah) selepas dia mula memegang jawatan atau memiliki harta, mengikut mana yang dikehendaki.

(6)

Setiausaha bank Islam itu hendaklah mempastikan supaya dikemukakan dan dibaca apa-apa pengisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (4) di mesyuarat pengarah yang berikut selepas ianya diberi, dan hendaklah merekod apa-apa pengisytiharan yang dibuat di bawah seksyen ini dalam minit mesyuarat di mana ianya telah dibuat atau di mana ianya telah dikemukakan dan dibaca.

(7)

Seseorang pengarah yang bertindak dengan melanggar subseksyen (1) atau (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

(1)

Sesuatu kemudahan kredit yang diberi oleh sesuatu bank Islam kepada mana-mana orang bagi maksud membiayai pembelian atau pemegangan syersyer tidaklah boleh melebihi apa-apa peratusan nilai pasar bagi syer-syer itu pada masa kemudahan kredit itu diberi, sebagaimana yang diarahkan oleh Bank Negara secara bertulis.

(2)

Sesuatu kemudahan kredit yang diberi di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang hendaklah diterangkan dalam suatu akaun yang berasingan daripada yang disimpan bagi apa-apa kemudahan kredit lain yang diberi kepadanya.

(3)

Bank Negara boleh memberi arahan secara bertulis kepada mana-mana bank Islam berkenaan dengan hal-hal yang berikut, iaitu—

(a)

asas dan cara bagi menentukan nilai pasaran syer-syer yang dipegang sebagai cagaran bagi kemudahan kredit itu;

(b)

pengeluaran wang atau syer-syer oleh orang yang kepadanya kemudahan kredit itu telah diberi;

(c)

penggantian syer-syer yang dipegang dengan syer-syer lain sebagai cagaran bagi lain-lain kemudahan kredit itu; dan

(d)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu.

(4)

Mana-mana bank Islam yang bertindak dengan melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini atau sesuatu arahan yang diberikan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Sesuatu bank Islam, jika pada bila-bila masa diminta secara bertulis oleh Bank Negara untuk berbuat demikian, hendaklah memuaskan hatinya dengan pengemukaan apa-apa keterangan atau maklumat sebagaimana yang dikehendakinya bahawa bank itu tidak bertindak dengan melanggar mana-mana peruntukan seksyen 24, 25, 26, 27 dan 29.

Bahagian VI

KUASA PENGAWASAN DAN PENGAWALAN KE ATAS BANK-BANK ISLAM

Bank Negara hendaklah dari semasa ke semasa menyiasat secara rahsia, buku-buku, akaun-akaun dan transaksi-transaksi bagi tiap-tiap bank Islam dan bagi mana-mana cawangan, ejensi atau pejabat di luar Malaysia yang dibuka oleh sesuatu bank Islam.

Menteri boleh pada bila-bila masa mengarahkan Bank Negara membuat sesuatu penyiasatan, secara rahsia, mengenai buku-buku, akaun-akaun dan transaksi-transaksi sesuatu bank Islam, jika dia ada sebab bagi mempercayai bank Islam itu adalah menjalankan perniagaannya dengan cara yang memudaratkan kepentingan pendeposit-pendepositnya dan pemiutang-pemiutangnya yang lain, atau mempunyai aset-aset yang tidak mencukupi untuk meliputi liabilitinya kepada awam, atau adalah melanggar peruntukan-peruntukan Akta ini atau peruntukan-peruntukan Ordinan Bank Negara Malaysia 1958.

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), bagi maksud sesuatu penyiasatan di bawah seksyen 31 atau 32, sesuatu bank Islam hendaklah membenarkan Bank Negara akses kepada buku-buku, akaun-akaun dan dokumen-dokumennya dan hendaklah memberikan apa-apa maklumat dan kemudahan sebagaimana yang dikehendaki untuk menjalankan penyiasatan itu.

(2)

Buku-buku, akaun-akaun dan dokumen-dokumen tidaklah dikehendaki dikemukakan pada sesuatu masa dan di mana-mana tempat yang akan mengganggu penjalanan wajar perniagaan harian biasa bank itu.

(3)

Sesuatu bank Islam yang tidak membenarkan akses kepada buku-buku, akaun-akaun dan dokumen-dokumennya atau tidak memberi maklumat dan kemudahan-kemudahan mengikut subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada empat ribu ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan.

e semasa kaun dan dan bagi di luar im.

igarahkan n, secara dan tran-ada sebab njalankan an kepen-ang-pemiaset yang a kepada eruntukan nan Bank gi maksud atau 32, kan Bank kaun dan emberikan nana yang itu.

-dokumen uatu masa engganggu ink itu.

abenarkan dokumen t dan ke

(4)

Bagi maksud sesuatu penyiasatan di bawah seksyen 31 atau 32, semua pegawai dan pekerja Bank Negara hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmatpengkhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan.

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 31 dan 32, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh memberi kuasa kepada Menteri untuk mengarahkan Bank Negara, atau boleh memberi kuasa kepada Bank Negara, menyiasat dengan tertentu mengenai hal-ehwal mana-mana pelanggan individu sesuatu bank Islam dan apa-apa maklumat bersampingan yang berhubungan dengan hal-ehwal pelanggan individu itu yang diperolehi oleh Bank Negara dalam pemeriksaan atau penyiasatan yang dibuat oleh Bank Negara di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah menjadi rahsia antara Bank Negara dan bank itu.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menghadkan apa-apa kuasa yang diberi kepada Mahkamah Tinggi atau seseorang Hakimnya oleh Akta Buku Bank (Keterangan) 1949 atau melarang pematuhan sesuatu perintah yang dibuat di bawah Akta ini.

(3)

Kecuali dengan kebenaran secara bertulis Bank Negara dan setakat yang dinyatakan di dalamnya, tiada seseorang pegawai sesuatu bank Islam dan tiada seseorang yang oleh kerana kedudukan atau jawatannya boleh dengan apa-apa cara jua mempunyai akses kepada rekod-rekod bank itu, daftar-daftar atau apa-apa persuratan atau bahan berkenaan dengan akaun manamana pelanggan individu bank itu boleh memberi, menzahirkan atau membuka apa-apa jua maklumat berkenaan dengan wang atau butir-butir lain yang berkaitan dengan akaun pelanggan itu melainkan jika—

(a)

pelanggan itu atau wakil peribadinya memberi kebenarannya untuk berbuat demikian;

(c)

maklumat itu dikehendaki untuk menilai kelayakan kredit pelanggan itu berkenaan dengan sesuatu transaksi perdagangan bona fide atau sesuatu transaksi perdagangan jangkaan.

(4)

Peruntukan-peruntukan subseksyen (3) tidaklah terpakai bagi pemberian maklumat kepada juruauditjuruaudit yang dilantik di bawah seksyen 17, pegawaipegawai dan pekerja-pekerja bank yang bermastautin di Malaysia.

(5)

Seseorang yang bertindak dengan melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada empat puluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

(1)

Tiap-tiap bank Islam hendaklah menghantar kepada Bank Negara dalam apa-apa tempoh yang ditentukan dengan notis secara bertulis dari semasa ke semasa oleh Bank Negara selepas hari akhir tiap-tiap satu bulan suatu kenyataan dalam bentuk yang akan ditetapkan oleh Bank Negara menunjukkan butir-butir mengenai semua pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang telah diberi olehnya kepada—

(a)

mana-mana perbadanan yang disifatkan berkaitan dengan bank itu sebagaimana yang diperihalkan dalam seksyen 6 Akta Syarikat 1965;

(b)

mana-mana perbadanan atau syarikat awam yang disebutkan dalam subseksyen (4) seksyen 25; dan

(c)

mana-mana individu yang mengenainya dan sesuatu firma atau perbadanan yang di dalamnya mana-mana daripada pengarahnya ada kepentingan, secara langsung atau secara tak langsung, sebagaimana diisytiharkan di bawah peruntukan seksyen 28, lain daripada pendahuluan-pendahuluan, pinjaman-pinjaman dan kemudahan-kemudahan kredit yang butirbutir mengenainya telahpun diberi menurut paragraf-paragraf yang lalu di atas.

(2)

Jika dalam pemeriksaan butir-butir yang diberi oleh sesuatu bank Islam di bawah subseksyen (1) Bank Negara berpendapat bahawa sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit itu adalah diberi dengan memudaratkan kepentingan pendeposit-pendeposit bank itu, Bank Negara boleh dengan perintah secara bertulis melarang bank itu daripada memberi an maklumat a atau ejen pas ini dalam anan") yang irans Deposit bagi maksud nunaian tugas rja atau ejen

17, pegawai alaysia."

semasa ke ir tiap-tiap yang akan butir-butir atau ke-epada—

atkan ber-ia yang di-rikat 1965;

ikat awam

(4)

seksyen nainya dang di dalamahnya ada tau secara iharkan di n daripada n-pinjaman yang butirri menurut yang diberi en (1) Bank endahuluan, alah diberi leposit-penan perintah la memberi apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit selanjutnya atau mengenakan apa-apa sekatan yang difikirkan patut oleh Bank Negara terhadap pemberiannya, dan boleh selanjutnya mengarahkan supaya bank itu mendapatkan pembayaran balik sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit itu dalam apa-apa tempoh dan setakat mana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(3)

Mana-mana bank Islam yang telahpun diberi sesuatu perintah oleh Bank Negara menurut seksyen ini boleh merayu secara bertulis kepada Menteri, dan Menteri boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, mengesahkan, mengubah atau membatalkan perintah Bank Negara itu.

Sesuatu bank Islam yang berpendapat bahawa ia mungkin tidak berupaya menjelaskan obligasi-obligasinya atau hampir hendak menggantung pembayaran hendaklah dengan serta-merta memberitahu Bank Negara akan fakta itu.

(1)

Jika----

(i)

bahawa ia berpendapat bahawa ia mungkin tidak berupaya menjelaskan obligasi-obligasinya; atau

(b)

sesuatu bank Islam menjadi tidak berupaya menjelaskan obligasi-obligasinya atau menggantung pembayaran; atau

(c)

selepas sesuatu penyiasatan dibuat di bawah seksyen 31 atau 32 Bank Negara berpendapat bahawa sesuatu bank Islam—

(i)

adalah menjalankan amalan yang tidak sempurna atau tidak wajar;

(ii)

mungkin tidak berupaya menjelaskan obligasi-obligasinya atau hampir hendak menggantung pembayaran;

(iii)

telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;

(iv)

telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan ke atas lesennya; atau

(v)

mungkin akan menjalankan perniagaannya secara yang memudaratkan kepentingan pendeposit-pendepositnya,

Bank Negara, dengan persetujuan Menteri, boleh menjalankan satu atau lebih daripada satu kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen (2) sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (1), Bank Negara boleh—

(a)

mengeluarkan perintah-perintah kepada bank supaya mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Bank Negara untuk membetulkan perkara itu dan bank itu hendaklah menjalankan perintah-perintah itu dalam apa-apa masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank Negara;

(b)

melarang bank itu daripada memberi apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit selanjutnya bagi apa-apa tempoh atau tempohtempoh sebagaimana yang dinyatakan dan tertakluk kepada apa-apa pengecualian, jika ada, dan syarat-syarat lain sebagaimana yang dikenakan oleh Bank Negara;

(c)

memecat dari jawatan mana-mana daripada pengarahnya atau melantik mana-mana orang sebagai pengarahnya;

(d)

melantik seseorang untuk menasihatkan bank itu tentang penjalanan wajar perniagaannya;

(e)

mengambil alih kawalan dan menjalankan perniagaan bank itu atau melantik seseorang lain untuk mengambil alih kawalan dan menjalankan perniagaan bank itu; atau

(f)

menyampaikan sesuatu petisyen kepada Mahkamah Tinggi meminta Mahkamah itu menggulung bank itu.

mematuhi ini;

nk Negara mematuhi enakan ke eri, boleh cuasa yang nana yang pada bank h sebagaink Negara n bank itu erintah itu yang di-erniagaan an kepenya, ri apa-apa ihan kredit u tempoh-akan dan alian, jika nana yang enjalankan seseorang valan dan tau daripada ana orang itkan bank gaannya;

BANK ISLAM pada Mahitu meng-

(3)

Jika Bank Negara telah melantik seseorang untuk—

(a)

menjadi seorang pengarah bank di bawah paragraf (c) subseksyen (2);

(b)

menasihatkan bank tentang penjalanan wajar perniagaannya di bawah paragraf (d) subseksyen (2); atau

(c)

mengambil alih kawalan dan menjalankan perniagaan bank itu di bawah paragraf (e) subseksyen (2),

Bank Negara boleh menetapkan saraan dan perbelanjaan yang akan dibayar kepada orang itu oleh bank.

Jika Bank Negara telah bertindak di bawah paragraf (c) subseksyen (2) seksyen 37 berkenaan dengan sesuatu bank Islam, peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah berkuatkuasa—

(a)

walau apa pun yang terkandung dalam Akta Syarikat 1965 dan artikel persatuan bank itu, hak-hak bagi anggota-anggota atau pemegang-pemegang syer untuk memilih pengarah-pengarah bank itu bagi menggantikan mereka yang telah dipecat dari jawatan oleh Bank Negara hendaklah terhenti daripada berkuat-kuasa;

(b)

seseorang pengarah yang dipecat dari jawatan di bawah paragraf itu hendaklah terhenti daripada memegang jawatan, dan tidaklah berhak menuntut apa-apa pampasan kerana kehilangan atau penamatan jawatan; dan

(c)

tiap-tiap pemecatan atau perlantikan di bawah paragraf itu adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh disoal dalam mana-mana Mahkamah.

(2)

Jika Bank Negara telah mengambil alih kawalan, atau telah melantik seorang lain untuk mengambil alih kawalan, perniagaan sesuatu bank Islam menurut paragraf (e) subseksyen (2) seksyen 37, maka Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan bank itu, memerintahkan supaya Bank Negara hendaklah berhenti mengawal perniagaan bank itu mulai dari suatu tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu jika Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa tidaklah lagi perlu bagi Bank Negara meneruskan kawalannya terhadap perniagaan bank itu untuk melindungi pendeposit-pendeposit bank itu.

(3)

Jika Bank Negara telah mengambil alih kawalan, atau telah melantik seorang lain untuk mengambil alih kawalan, perniagaan sesuatu bank Islam menurut paragraf (e) subseksyen (2) seksyen 37, atau telah berhenti mengawal perniagaan sesuatu bank Islam menurut seksyen ini, maka Bank Negara hendaklah memberitahu fakta itu dalam Warta.

(1)

Jika Bank Negara telah mengambil alih kawalan, atau telah melantik seorang lain untuk mengambil alih kawalan, perniagaan sesuatu bank Islam menurut paragraf (e) subseksyen (2) seksyen 37, maka bank Islam itu hendaklah menyerahkan perniagaannya kepada kawalan Bank Negara atau kepada orang itu dan hendaklah memberi Bank Negara apa-apa kemudahan sebagaimana yang dikehendakinya untuk menjalankan perniagaan bank itu.

(2)

Sesuatu bank Islam yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau mana-mana kehendak Bank Negara di bawah subseksyen itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit bagi tiaptiap satu hari keingkaran itu berterusan.

nya ia meng seorang lain lah tidak ada alih kawalan, ik mengambil slam menurut

,maka Mah-in bank itu, a hendaklah u mulai dari intah itu jika tidaklah lagi kawalannya

: melindungi alih kawalan, engambil alih lam menurut

7, atau telah bank Islam ra hendaklah ngambil alih lain untuk sesuatu bank

?) seksyen 37, menyerahkan

Negara atau

Bank Negara dikehendaki-itu.

ematuhi sub-bank Negara kukan suatu h dikenakan git bagi tiap-

Apa-apa sebutan dalam Bahagian ini mengenai sesuatu bank Islam hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai sesuatu subsidiari bank Islam.

(2)

Bank Negara boleh, dengan kelulusan Menteri, jika difikirkannya berfaedah kepada kepentingan pendeposit-pendeposit itu, memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah menahan permulaan atau penerusan mana-mana prosiding oleh atau terhadap bank itu berkenaan dengan apa-apa perniagaan bank itu. Sesuatu perintah itu adalah sah selama suatu tempoh tidak lebih daripada enam bulan.

(3)

Selagi sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) terus berkuatkuasa lesen yang diberi kepada bank di bawah Akta ini hendaklah digantung.

(4)

Jika sesuatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1), Bank Negara hendaklah memberitahu fakta itu dalam Warta.

(1)

Tiap-tiap bank Islam hendaklah, sebelum membuat apa-apa pindaan atau perubahan dalam memorandum persatuan atau artikel persatuan atau suratcara-suratcara lain yang di bawahnya ia diperbadankan, memberi kepada Bank Negara butir-butir secara bertulis mengenai pindaan atau perubahan yang dicadangkan itu untuk kelulusannya.

(2)

Tiap-tiap bank Islam hendaklah, dalam masa tiga bulan selepas dibuat apa-apa pindaan atau perubahan dalam memorandum persatuan dan artikel persatuan atau suratcara-suratcara lain yang di bawahnya ia diperbadankan, memberi kepada Menteri melalui Bank Negara butir-butir secara bertulis (diverifikasikan melalui akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pegawai kanan bank itu) mengenai pindaan atau perubahan itu.

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen ini seseorang Menteri dan mana-mana pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Kerajaan; dan Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara dan mana-mana pengarah atau pekerjanya dan mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan di dalamnya atau yang dilantik oleh Bank Negara di bawah paragraf $(c), (d)$ atau $(e)$ subseksyen (2) seksyen 37 hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Bank Negara.

(1)

Baik Kerajaan mahupun Bank Negara atau pun mana-mana pegawai salah satu daripadanya tidak boleh tertakluk kepada apa-apa tindakan, tuntutan atau permintaan oleh atau liabiliti kepada seseorang berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati menurut atau pada melaksanakan atau pelaksanaan yang dicadangkan atau berkaitan dengan pelaksanaan atau pelaksanaan yang dicadangkan, apa-apa kuasa yang diberi kepada Kerajaan, Bank Negara atau pegawai itu oleh Akta ini.

(3)

Sesuatu bank Islam yang tidak mematuhi kehendak-kehendak subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari keingkaran itu berterusan.

Bahagian VII

Jika sesuatu bank Islam tidak berupaya menjelaskan obligasinya atau menggantung pembayaran, asetaset bank itu di Malaysia hendaklah tersedia untuk menjelaskan semua liabiliti semasa dan liabiliti akaun simpanan bank itu di Malaysia; dan liabiliti itu hendaklah mendapat keutamaan mengatasi semua liabiliti lain bank itu.

(1)

Seseorang, sebagai pengarah atau pengurus bagi sesuatu bank Islam, yang—

(a)

tidak mengambil semua langkah yang munasabah supaya bank itu mematuhi kehendakkehendak Akta ini dan Ordinan Bank Negara Malaysia 1958 (kemudian dari ini dalam seksyen ini disebut "Ordinan itu"); atau perenggan

1, tertakluk

[Akta 359]

diutamakan

: cara yang in 37(2)(d)

atau suatu

(b)

tidak mengambil semua langkah yang munasabah untuk mempastikan kebetulan sesuatukenyataan yang dikemukakan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini atau Ordinan itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

(2)

Dalam sesuatu prosiding terhadap seseorang di bawah subseksyen (1) adalah menjadi suatu pembelaan untuk membuktikan bahawa dia ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seorang lain telah dipertanggungkan dengan kewajipan bagi mempastikan pematuhan kehendak-kehendak Akta ini atau Ordinan itu atau kewajipan bagi mempastikan bahawa kenyataan-kenyataan itu adalah tepat dan bahawa orang itu adalah layak dan boleh menunaikan kewajipan itu.

(3)

Seseorang tidak boleh dijatuhkan hukum penjara bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) melainkan jika pada pendapat Mahkamah, dia telah melakukan kesalahan itu dengan sengaja.

Seseorang pengarah, pengurus, pemegang amanah, juruaudit, pekerja atau ejen mana-mana bank Islam yang—

(a)

dengan sengaja membuat atau menyebabkan dibuat sesuatu catatan palsu dalam sesuatu buku rekod atau dalam sesuatu laporan, slip, dokumen atau penyata mengenai perniagaan, hal-ehwal, transaksi, keadaan, aset atau akaun bank itu; atau

(b)

dengan sengaja meninggalkan daripada membuat sesuatu catatan dalam sesuatu buku rekod atau dalam sesuatu laporan, slip, dokumen atau penyata mengenai perniagaan, hal-ehwal, transaksi, keadaan, aset atau akaun bank itu, atau dengan sengaja menyebabkan sesuatu catatan itu ditinggalkan daripada dicatatkan; atau

(c)

dengan sengaja mengubah, mengeluarkan, menyembunyi atau memusnahkan sesuatu catatan dalam sesuatu buku rekod atau dalam sesuatu laporan, slip, dokumen atau penyata mengenai perniagaan, hal-ehwal, transaksi, keadaan, aset atau akaun bank itu, atau dengan sengaja menyebabkan catatan itu diubah, dikeluarkan, disembunyikan atau dimusnahkan, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

(1)

Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh sesuatu perbadanan, firma, pertubuhan atau lain-lain kumpulan orang, mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau lain-lain pegawai seumpamanya atau berupa sebagai bertindak dalam jawatan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau tanpa dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah menjalankan semua usaha untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya dijalankan olehnya, memandangkan kepada jenis fungsinya dalam jawatan itu dan kepada semua hal keadaan.

(2)

Jika seseorang boleh dikenakan di bawah Akta ini apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiaptiap perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana kerani, pengkhidmat atau ejen atau kerani atau pengkhidmat ejen itu, dengan syarat bahawa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau pengkhidmat itu dalam masa pekerjaannya, atau oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu, atau oleh kerani atau pengkhidmat ejen itu apabila bertindak dalam masa pekerjaannya dalam sesuatu hal keadaan bahawa jika perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh ejen itu, maka prinsipalnya boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen ini.

ngeluarkan, mesesuatu catatan dalam sesuatu nyata mengenai, keadaan, aset dengan sengaja h, dikeluarkan, can, apabila disabit daripada lima suatu tempoh da dan penjara ap mana-mana oleh sesuatu-lain kumpulan asa berlakunya rah, pengurus, npamanya atau tan sedemikian atas kesalahan hawa kesalahan nya atau tanpa h menjalankan ya kesalahan itu n olehnya, me-lam jawatan itu bawah Akta ini apa perbuatan, an, dia boleh sama bagi tiaptau keingkaran jen atau kerani at bahawa pergkaran itu telah mat itu dalam babila bertindak u pengkhidmat a pekerjaannya ika perbuatan, tu telah dilaku oleh dikenakan

Seseorang pengarah, pegawai atau pekerja sesuatu bank Islam atau orang-orang lain iaitu orang-orang yang menerima saraan daripada bank Islam itu, yang meminta atau menerima, mengizinkan atau bersetuju menerima apa-apa hadiah, komisen, emolumen, perkhidmatan, ganjaran, wang, harta atau barang yang bernilai untuk faedah dan keuntungan dirinya sendiri atau untuk faedah atau keuntungan saudara-maranya, daripada mana-mana orang lain daripada bank itu, kerana mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan bagi mana-mana orang sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit dari bank itu atau pembelian atau diskaun bagi apa-apa overdraf, surat, cek, bil pertukaran atau obligasi-obligasi lain oleh bank itu, atau kerana membenarkan mana-mana orang mengeluarkan terlebih dari sesuatu akaunnya dengan bank itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

Sesuatu bank Islam yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang baginya tiada sesuatu penalti diperuntukkan dengan nyata adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit.

(1)

Gabenor Bank Negara, dengan persetujuan Menteri, boleh mengkompaun sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini dengan menerima apa-apa jumlah wang, sebagaimana yang difikirkannya patut, yang tidak melebihi amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu.

(2)

Apa-apa wang yang dibayar kepada Gabenor menurut peruntukan-peruntukan subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa persetujuan secara bertulis Pendakwa Raya.

Tanpa menyentuh keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—

(1)

Bank Negara boleh dengan kelulusan Menteri membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang dikehendaki dari semasa ke semasa untuk melaksanakan tujuan-tujuan Akta ini.

(a)

untuk mengadakan kawalan oleh Bank Negara berkenaan dengan pemerolehan atau pemegangan oleh sesuatu bank Islam akan syersyer sesuatu perbadanan atau pemerolehan atau pemajuan oleh bank itu akan apa-apa harta tak alih;

(b)

untuk mengadakan kawalan oleh Bank Negara berkenaan dengan sesuatu bank Islam menjadi suatu pekongsi atau tuan punya mana-mana firma dengan liabiliti tak berhad;

(c)

untuk mengadakan kawalan oleh Bank Negara berkenaan dengan pemberian apa-apa kemudahan kredit kepada mana-mana orang bagi maksud membiayai pemerolehan atau pemegangan harta tak alih, syer dan kontrak dalam kredit pengguna dan serahan hadapan komoditi;

(d)

untuk membuat peruntukan mengenai pengisytiharan oleh pengarah-pengarah bank Islam kepada lembaga pengarah bank-bank Islam itu masing-masing tentang bilangan dan perihal apa-apa syer dalam mana-mana perbadanan yang dipegang oleh mereka atau sebagai amanah bagi mereka atau yang mana mereka mempunyai apa-apa hak untuk menjadi pemegang (sama ada dengan bayaran atau tidak) atau yang di dalamnya mereka mempunyai, secara langsung atau secara tak langsung, apa-apa kepentingan benefisial, dan jenis kepentingan mereka sebagai pekongsi, pengarah, pengurus atau ejen dalam mana-mana firma atau perbadanan; dan h Bank Negara han atau pel lam akan syer u pemerolehan akan apa-apa ulusan Menteri nana yang di melaksanakan h Bank Negara c Islam menjadi iya mana-mana l;

na subseksyen h Bank Negara apa-apa ke-ana perbadanan atau sebagai g mana mereka untuk menjadi bayaran atau a mereka mem-au secara tak

(e)

untuk membuat peruntukan mengenai pengisytiharan oleh pengarah-pengarah eksekutif, pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja bank Islam kepada lembaga-lembaga pengarah bank Islam itu masing-masing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan tentang jenis-jenis kepentingan berikut yang dipegang oleh atau bagi pihak mana-mana antara mereka atau mana-mana antara suami atau isteri atau anak mereka:

(i)

bilangan dan perihal apa-apa syer dalam mana-mana perbadanan yang dipegang oleh atau sebagai amanah bagi pihak mana-mana pengarah eksekutif, pegawai, pekerja, suami atau isteri atau anak itu atau yang mana dia mempunyai apa-apa hak untuk menjadi pemegang (sama ada dengan bayaran atau tidak) atau yang di dalamnya dia mempunyai, secara langsung atau secara tak langsung, apa-apa kepentingan benefisial;

(ii)

jenis apa-apa kepentingan sebagai pekongsi, pengarah, pengurus atau ejen dalam mana-mana firma atau perbadanan; dan

Tiada sesuatu bank Islam boleh menguruskan apa-apa perniagaan dengan awam pada mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan bank di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 57 (1) Akta Bank 1973.

Sesuatu bank Islam yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta itu serta juga kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, kecuali bahawa jika ada apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan antara peruntukan-peruntukan Akta itu dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, maka peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.

Menteri boleh, dengan syarat atau tanpa syarat, mengecualikan mana-mana bank Islam dari mana-mana peruntukan Akta ini.

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII PINDAAN-PINDAAN BERBANGKIT

(1)

Seksyen 2 Akta Bank 1973 adalah dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas sahaja takrif "bank berlesen" takrif baru yang berikut:

"bank Islam" ertinya sesuatu bank yang dilesen di bawah Akta Bank Islam 1983; dan

(b)

dengan memasukkan selepas sahaja perkataan perkataan "bank berlesen yang lain" dalam takrif "lain-lain tanggungan deposit", "tanggungan bermasa", dan "tanggungan semasa" perkataan-perkataan ", mana-mana bank Islam".

(2)

Seksyen 9 Akta Bank 1973 adalah dipinda dengan menggantikan paragraf (b) subseksyen (1) dengan yang berikut:

“(b) tiada sesuatu bank boleh kemudian dari ini diberi lesen atas suatu nama yang termasuk—

(i)

mana-mana daripada perkataan-perkataan "Kebangsaan", "Komanwel", "Malaysia", "Malaysia" sebagai kata sifat, "Negara", "Negeri", "Persekutuan", "Persekutuan" sebagai kata sifat atau "Rizab";

(ii)

mana-mana perkataan "Islam" atau "Muslim" atau apa-apa perkataan lain yang boleh ditakrifkan sebagai bererti bahawa bank itu menguruskan perniagaan bank Islam, sama ada dalam Bahasa Kebangsaan atau bahasa Inggeris atau dalam apa-apa bahasa lain.".

(3)

Seksyen 59 Akta Bank 1973 adalah dipinda dengan memotong perkataan "dan" pada penghujung paragraf (b) subseksyen (1), menggantikan noktah pada akhir paragraf (c) subseksyen itu dengan koma bertitik dan memasukkan selepasnya perkataan "dan", dan memasukkan selepas sahaja paragraf itu paragraf baru (d) yang berikut:

“(d) mana-mana bank Islam.”

GKIT lah dipinda— sahaja takrif 1g berikut:

atu bank yang k Islam 1983;

haja perkataan ing lain" dalam leposit", "tangungan semasa" ia-mana bank dipinda dengan (1) dengan yang nudian dari ini ang termasuk—

perkataan-per-

"Komanwel", bagai kata sifat,

"Persekutuan", kata sifat atau

"Islam" atau perkataan lain sebagai bererti guruskan per-ebangsaan atau apa-apa bahasa adalah dipinda ada penghujung an noktah pada n koma bertitik an "dan", dan u paragraf baru

(1)

Seksyen 4 Akta Syarikat 1965 adalah dipinda dengan memasukkan selepas sahaja perkataan-perkataan "1973" dalam takrif "banking corporation" perkataan-perkataan "and an Islamic bank as defined in the Islamic Banking Act 1983".

(2)

Seksyen 218 Akta Syarikat 1965 adalah dipinda dengan menggantikan paragraf (j) subseksyen (1) dengan yang berikut:

(j)

the company has held a licence under the Banking Act 1973 or the Islamic Banking Act 1983, and that licence has been revoked or has expired and has not been renewed; or".

(1)

Seksyen 2 Ordinan Bank Negara Malaysia 1958, yang disebut "Ordinan" dalam seksyen ini, adalah dipinda—

(a)

dengan memasukkan sebelum sahaja koma bertitik pada penghujung takrif "bank" perkataan perkataan "or the Islamic Banking Act 1983";

(b)

dengan memasukkan selepas sahaja takrif "Governor" takrif baru yang berikut:

"investment account liabilities" in relation to an Islamic bank means the deposit liabilities at that bank in respect of funds placed by a depositor with that bank for a fixed period of time under an agreement to share the profits or losses of that bank on the investment of such funds;

"Islamic bank" means a bank licensed under the Islamic Banking Act 1983;"; dan

(c)

dengan memasukkan selepas sahaja perkataan-perkataan "in relation to a bank" dalam takrif "other deposit liabilities" perkataan-perkataan "other than an Islamic bank" dan dengan memasukkan selepas sahaja koma bertitik pada penghujung takrif itu perkataan-perkataan yang berikut:

"and in relation to an Islamic bank"

"and in relation to an Islamic bank means deposit liabilities at that bank other than savings account, investment account, sight and time liabilities and deposit liabilities from another bank or the Central Bank;".

(2)

Seksyen 37 Ordinan adalah dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas sahaja perkataan perkataan "payable to or by banks" dalam paragraf (b) subseksyen (1) perkataan-perkataan "other than Islamic banks";

(b)

dengan memasukkan selepas sahaja perkataan perkataan "each bank" dalam paragraf (c) subseksyen (1) perkataan-perkataan ", other than an Islamic bank," dan menggantikan noktah pada penghujung paragraf dengan koma bertitik;

(c)

dengan memasukkan selepas sahaja paragraf (c) subseksyen (1) paragraf baru (d) yang berikut:

"(d)a reserve to be held by each Islamic bank at the Central Bank comprising such amounts expressed as a percentage of each bank's sight, savings account, investment account, time and other deposit liabilities as may be approved by the Minister on the recommendation of the Board, whether denominated in Malaysian or foreign currency."; dan

(d)

dengan memasukkan selepas sahaja perkataan perkataan "paragraph (c)" dalam subseksyen (2) perkataan-perkataan "or (d)".

(3)

Seksyen 41 Ordinan adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "banks or groups of banks" dalam paragraf pertama dengan perkataanperkataan "banks other than Islamic banks or groups of such banks, nor shall it discriminate among Islamic banks or groups of Islamic banks,".

(4)

Seksyen 42 Ordinan adalah dipinda dengan memasukkan selepas sahaja perkataan-perkataan "Banking Act, 1973" perkataan-perkataan "or the Islamic Banking Act 1983."

(5)

Seksyen 51 Ordinan adalah dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan-perkataan "interest charge" dalam paragraf (a) subseksyen (4); dan

(b)

dengan memotong perkataan "interest" dalam paragraf (b) subseksyen (4).

1da—

ihaja perkataan banks" dalam ataan-perkataan haja perkataanaragraf (c) subn " , other thanantikan noktahgan koma ber-aja paragraf (c) yang berikut: th Islamic bank imprising such percentage of account, invest-other deposit proved by the indication of the ted in Malaydan aja perkataan m subseksyen dengan mengor groups of n perkataanks or groups mong Islamic inda dengan an-perkataan an "or the kataan "in subseksyen

Seksyen 2 Akta Syarikat Kewangan 1969 adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "untuk menjalankan perniagaan bank dalam Persekutuan" dalam takrif "bank" dengan perkataan-perkataan "di bawah Akta Bank 1973 atau sesuatu bank Islam yang dilesen di bawah Akta Bank Islam 1983".

Common questions

What is Akta Bank Islam 1983?
Akta Bank Islam 1983 is Malaysia Act, cited as Act 276 1983, currently marked repealed and first recorded in 1983.
Is Akta Bank Islam 1983 still in force?
No — Akta Bank Islam 1983 has been repealed.
When did Akta Bank Islam 1983 take effect?
Akta Bank Islam 1983 was first recorded in 1983.
How many sections does Akta Bank Islam 1983 have?
Akta Bank Islam 1983 contains 61 sections.
Where can I read the official version of Akta Bank Islam 1983?
The official text of Akta Bank Islam 1983 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.