/akn/my/act/act/1984/301

*AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1984
Last amended
2012
Sections
35
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 is Malaysia Act, cited as Act 301 1984, currently marked in force and first recorded in 1984.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengawal selia penggunaan mesin cetak dan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan dan pengedaran hasil penerbitan dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [1 September 1984; P.U. (B) 364/1984] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“akhbar” ertinya apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi berita, penerangan, laporan kejadian atau apa-apa pendapat, pemerhatian atau ulasan, berhubungan dengan apa-apa berita, penerangan atau kejadian, atau dengan apa-apa perkara lain, yang menarik minat orang ramai, atau apa-apa majalah, komik atau bentuk majalah berkala lain yang dicetak dalam apa-apa bahasa untuk dijual atau diedarkan dengan percuma pada lat tempoh yang kerap atau tidak

6 Undang-Undang Malaysia Akta 301

kerap, tetapi tidak termasuk apa-apa hasil penerbitan yang diterbitkan oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan

Negeri atau Kerajaan Singapura;

“dokumen” ertinya apa-apa kertas, kad atau bahan lain atau benda yang padanya ada dicetak, ditaip, ditulis atau ditandakan, huruf, angka, tanda, majalah bergambar atau apa-apa gambaran lain yang boleh dilihat dan termasuklah akhbar, buku dan risalah;

“lesen” ertinya lesen yang diberi di bawah subseksyen 3(3);

“orang” termasuklah pertubuhan perbadanan atau pertubuhan tidak diperbadankan;

“pegawai berkuasa” ertinya mana-mana pegawai polis, seseorang pegawai Kastam, pegawai Jabatan Perkhidmatan Pos dan mana-mana pegawai awam lain yang ditetapkan oleh Menteri sebagai pegawai berkuasa bagi maksud Akta ini;

“pegawai kanan berkuasa”ertinya—

(a)

mana-mana pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa;

Suggest a correction

(b)

mana-mana pegawai Kastam berpangkat tidak rendah daripada Penguasa;

Suggest a correction

(c)

mana-mana pegawai

Jabatan

Perkhidmatan

Pos berpangkat tidak rendah daripada Pegawai Kanan Pos;

Suggest a correction

(d)

mana-mana pegawai awam lain yang ditetapkan oleh

Menteri sebagai pegawai kanan berkuasa bagi maksud

Akta ini;

“penerbitan” termasuklah—

Suggest a correction

(b)

semua bahan bertulis atau bercetak dan segala-galanya sama ada sifatnya yang serupa dengan bahan bertulis atau bercetak atau tidak mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat;

Mesin Cetak dan Penerbitan 7

Suggest a correction

(c)

apa-apa jua yang mengikut rupa, bentuknya atau dengan apa jua cara boleh membayangkan kata-kata atau idea;

dan

Suggest a correction

(d)

rakaman suara;

“hasil penerbitan larangan” ertinya apa-apa hasil penerbitan yang telah dilarang di bawah subseksyen 7(1) dan termasuk apa-apa salinan, penghasilan semula, cabutan atau apa-apa terjemahan, ringkasan karangan atau parafrasanya;

“permit” ertinya permit yang diberi di bawah perenggan 6(1)(a)

atau (b);

“rakaman suara” ertinya apa-apa bahan yang padanya direkodkan suara manusia atau muzik instrumental atau bunyi lain dan termasuklah piring hitam, pita dan ceper laser;

“tuan punya” ertinya tuan punya tunggal mana-mana akhbar dan juga orang yang, sebagai pekongsi atau selainnya, mewakili dan bertanggungjawab atas apa-apa syer atau kepentingan dalam akhbar antara mereka sendiri dan orang yang dengan cara serupa itu mewakili atau bertanggungjawab atas syer atau kepentingan lain di dalamnya dan bukan orang lain.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PELESENAN MESIN CETAK

Suggest a correction

Lesen untuk mengguna mesin cetak

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “mesin cetak” ertinya mesin, perkakas atau benda untuk mencetak, menyalin atau menghasil semula apa-apa dokumen yang diperihalkan dalam Jadual I.

8 Undang-Undang Malaysia Akta 301

Suggest a correction

(3)

Menteri boleh memberi kepada mana-mana orang suatu lesen bagi menyimpan mesin cetak untuk digunakan atau menggunakan mesin cetak dan dia boleh menolak mana-mana permohonan untuk mendapatkan lesen sedemikian atau boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung lesen itu selama apa-apa tempoh yang difikirkannya wajar.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang menyimpan untuk digunakan atau menggunan mesin cetak tanpa lesen sah yang diberi di bawah subseksyen (3), atau berlanggaran dengan mana-mana syarat yang dikenakan di dalamnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya dan deposit yang disimpan di bawah seksyen 10 boleh dilucut hak.

Suggest a correction

(5)

Mesin cetak yang disimpan untuk digunakan atau digunakan yang berkenaan dengannya tiada lesen telah diberi boleh diperintahkan supaya dilucut hak oleh mahkamah walau tiada seorang pun disabitkan atas sesuatu kesalahan dan jika tidak ada pendakwaan maka mesin cetak itu boleh dilupuskan mengikut seksyen 19.

Suggest a correction

(6)

Bagi maksud seksyen ini pemunya, penduduk dan mana-mana orang yang mempunyai penjagaan atau pengurusan atau membantu dalam pengurusan mana-mana premis dalam mana mesin cetak itu terjumpa hendaklah disifatkan telah menyimpannya untuk digunakan sehingga dia membuktikan sebaliknya.

Suggest a correction

(7)

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual I.

Suggest a correction

(8)

Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh meliputi perteraan apa-apa ukiran atau pencetakan apa-apa kad kunjungan atau kad niaga, kepala bil atau kepala surat, atau apa-apa jua surat, memorandum atau dokumen, yang ditaip, dicetak, atau dihasil semula mengikut perjalanan biasa perniagaan, iaitu bukannya perniagaan percetakan atau penerbitan, atau bagi apa-apa jua tujuan atau maksud lain yang sah.

Mesin Cetak dan Penerbitan 9

Mesin cetak yang digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang lucah atau selainnya bertentangan dengan kesopanan awam; atau

Suggest a correction

(b)

yang mengandungi perkara pengapian terhadap orang atau harta, menggalakkan pencabulan undang-undang atau terhadap apa-apa perintah yang sah di sisi undang-undang atau yang melakukan pecah keamanan atau yang mungkin membawa kepada pecah keamanan atau menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian, ketidakharmonian atau pecah belah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(2)

Walaupun terdapat mana-mana undang-undang yang berlawanan, mana-mana mesin cetak atau mesin yang digunakan untuk mencetak apa-apa hasil penerbitan atau dokumen yang menjadi hal perkara sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual II boleh diperintahkan supaya dilucut hak oleh mahkamah walaupun tiada seorangpun disabitkan atas sesuatu kesalahan.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PERMIT UNTUK MENERBITKAN AKHBAR

Suggest a correction

Kesalahan untuk mencetak, mengimport, menerbit dsb. akhbar tanpa permit

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang —

(a)

mencetak apa-apa akhbar yang berkenaan dengannya permit telah tidak diberi atau yang berkenaan dengannya permit telah dibatalkan atau digantung; atau

Suggest a correction

(b)

mengimport, menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar, atau menawar untuk menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar, atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu, apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau Singapura yang berkenaan dengannya tiada permit telah diberi atau yang berkenaan dengannya permit telah dibatalkan atau digantung, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Pemberian permit

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(a)

kepada mana-mana orang suatu permit untuk mencetak dan menerbitkan akhbar di Malaysia; atau

Suggest a correction

(b)

kepada mana-mana tuan punya mana-mana akhbar di

Singapura suatu permit membenarkan akhbar itu diimport, dijual, dikelilingi atau diedar di Malaysia.

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung sesuatu permit selama sesuatu tempoh yang difikirkannya wajar.

Suggest a correction

(3)

Menteri boleh mengenakan sebagai satu syarat pemberian permit yang tuan punya akhbar di Singapura hendaklah menubuhkan

Mesin Cetak dan Penerbitan 11

dan menyenggara suatu tempat perniagaan di dalam Malaysia atau hendaklah melantik orang di dalam Malaysia yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian apa-apa notis atau proses undang-undang bagi pihak tuan punya dan hendaklah memberi kepada Menteri senarai yang mengandungi nama dan alamat orang itu dan menyebabkan disiarkannya mengikut apa-apa cara sebagaimana diarahkan oleh Menteri.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

KAWALAN HASIL PENERBITAN TIDAK DIINGINI

Suggest a correction

Hasil penerbitan tidak diingini

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Berkenaan dengan hasil penerbitan yang bermula di mana-mana negara di luar Malaysia, suatu perintah di bawah subseksyen

Suggest a correction

(1)

boleh, jika perintah itu memperuntukkan sedemikian —

(a)

melarang pengimportan mana-mana atau semua hasil penerbitan sama ada sebelum atau selepas tarikh perintah itu, dengan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan di dalamnya;

Suggest a correction

(b)

berkenaan dengan hasil penerbitan berkala, melarang pengimportan mana-mana keluaran masa lalu atau masa depan;

12 Undang-Undang Malaysia Akta 301

Suggest a correction

(c)

berkenaan dengan hasil penerbitan yang telah dikeluarkan atau nampaknya atau berupa sebagai telah dikeluarkan dari mana-mana gedung penerbitan, agensi penerbitan atau sumber lain yang dinyatakan dalam perintah itu, melarang pengimportan apa-apa hasil penerbitan lain yang mungkin pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas tarikh perintah itu telah dikeluarkan, atau nampaknya atau berupa telah dikeluarkan, dari gedung penerbitan, agensi penerbitan atau sumber lain yang dinyatakan itu;

Suggest a correction

(d)

menghendaki penerbitnya supaya membuat apa-apa deposit sebanyak amaun dan mengikut apa-apa cara sebagaimana ditetapkan di dalamnya sebelum apa-apa hasil penerbitan itu boleh diimport.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika Menteri berpuas hati bahawa penerbit mana-mana hasil penerbitan telah bertindak bersalahan dengan Akta ini atau mana-mana kaedah atau perintah yang dibuat di bawahnya atau mana-mana syarat lesen atau permit atau mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasutan atau fitnah, maka setelah memberikan peluang kepada penerbit itu untuk menunjukkan sebab mengapa deposit yang dibuat di bawah perenggan (2)(d) tidak patut dilucuthakkan, dia boleh memerintahkan supaya deposit itu atau sebahagian daripadanya dilucut hak.

Suggest a correction

(4)

Sama ada atau tidak suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (3) mahkamah boleh memerintahkan deposit itu atau apa-apa bakinya, jika ada —

(a)

dilucuthakkan jika penerbit tidak hadir di mahkamah untuk menjawab apa-apa pertuduhan jenayah atau tindakan sivil berhubungan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan hasil penerbitan itu; atau

Suggest a correction

(b)

dibayar sebagai penyelesaian apa-apa penghakiman yang didapatinya terhadap penerbit yang berbangkit daripada apa-apa prosiding yang berkaitan dengan hasil penerbitan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika deposit yang dibuat di bawah perenggan (2)(d)

diperintahkan supaya dilucut hak atau digunakan sebagai

Mesin Cetak dan Penerbitan 13

penyelesaian apa-apa ganti rugi di bawah subseksyen (3) atau (4), perintah larangan di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi mutlak melainkan jika penerbit membuat deposit selanjutnya sebagaimana dikehendaki oleh Menteri.

Suggest a correction

(6)

Seseorang penerbit tempatan atau asing adalah bertanggungjawab dan bertanggungan atas apa-apa tindakan berkenaan dengan apa-apa bahan yang disiarkan dalam hasil penerbitannya.

Kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kesalahan kerana menyiarkan berita yang tidak benar

Suggest a correction

Seksyen 8A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, hendaklah dianggap ada niat jahat sekiranya tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa sebelum penerbitannya tertuduh telah mengambil langkah yang munasabah untuk menentusahkan kebenaran berita itu.

Suggest a correction

(3)

Tiada pendakwaan kerana sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh dimulakan tanpa keiznan bertulis Pendakwa Raya.

14 Undang-Undang Malaysia Akta 301

Pengharaman hasil penerbitan

Suggest a correction

Seksyen 8B

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana orang telah didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah atas apa-apa kesalahan berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan dalam apa-apa hasil penerbitan, adalah sah bagi mahkamah, atas permohonan Pendakwa Raya, memerintahkan supaya diharamkan hasil penerbitan itu selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan dari penerbitan itu.

Seksyen 8C

Penggantungan hasil penerbitan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika rayuan dibuat terhadap perintah pembebasan mana-mana orang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan dalam apa-apa hasil penerbitan, adalah sah bagi mahkamah yang akan mendengar rayuan itu, atas permohonan

Pendakwa Raya, memerintahkan supaya hasil penerbitan itu digantung selanjutnya sementara menanti pemberesan muktamad rayuan itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Hasil penerbitan tidak diingini boleh ditolak daripada diimport

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Menteri boleh membenarkan pengimportan atau penyerahhantaran apa-apa hasil penerbitan setelah mana-mana bahagian daripada hasil penerbitan yang difikirkannya tidak diingini mengikut apa jua alasan seperti dinyatakan dalam subseksyen (1) itu telah dihapus, dipotong, dipadam atau dibuangkan hingga memuaskan hatinya.

Suggest a correction

(3)

(Dipotong oleh Akta A684).

Menahan penghantarserahan sementara menanti keputusan

Menteri

Suggest a correction

Seksyen 9A

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang pegawai kanan berkuasa dengan munasabahnya mengesyaki bahawa sesuatu hasil penerbitan mengandungi apa-apa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, atau yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara, dia boleh menahan penghantarserahan hasil penerbitan itu sementara menanti keputusan Menteri untuk memperlakukannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 9.

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang diberi lesen atau permit di bawah Akta ini mungkin dikehendaki oleh Menteri, sebelum dikeluarkan lesen atau permit itu, supaya mendeposit dengan Kerajaan sekian amaun sebagaimana ditetapkan secara khas atau am melalui kaedah-kaedah dan amaun itu atau mana-mana bahagiannya boleh dilucut hak oleh

16 Undang-Undang Malaysia Akta 301

mahkamah apabila berlakunya apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atau sekiranya berlaku pemelanggaran terhadap mana-mana syarat lesen itu.

Seksyen 11

Dokumen bercetak hendaklah mengandungi nama pencetak dan penerbit

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh menerbit, menghasil semula, menjual, mengeliling atau mengedar, atau menawarkan untuk menerbit, menghasil semula, menjual, mengeliling atau mengedar apa-apa hasil penerbitan yang tidak mempunyai nama dan alamat pencetak dan penerbit, atau berkenaan dengan rakaman suara, nama dan alamat pengeluar dicetak dengan jelasnya pada kulit atau bekas dan mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Berkenaan dengan hasil penerbitan yang diimport ke dalam

Malaysia maka adalah menjadi pematuhan yang cukup akan seksyen ini kiranya nama pencetak, penerbit atau pengeluar dicetak dengan jelas pada mana-mana bahagian hasil penerbitan atau bekas itu.

Kesahan lesen dan permit

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Suatu lesen atau permit yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang diendorskan dalam lesen atau permit itu dan hendaklah kekal sah selagi lesen atau permit itu tidak dibatalkan.

Seksyen 13

Pembatalan, penggantungan dan pemindahan lesen atau permit

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), tiada lesen atau permit boleh dengan apa jua cara dipindah, diserah hak atau selainnya diletakkan di bawah kawalan mana-mana orang lain daripada orang yang lesen atau permit itu pada mula-mulanya diberi melainkan jika Menteri membenarkan sedemikian dan mana-mana pemegang yang melanggar subseksyen ini boleh, dibatalkan atau digantung lesen atau permitnya.

Suggest a correction

(3)

Jika sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, penyelesaian ke atas pemegang lesen atau permit itu, atau jika seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan pemegang lesen itu, atau jika kerana apa jua sebab Menteri berpuas hati bahawa tidak patut tidak melakukan sedemikian, Menteri boleh membenarkan lesen atau permit itu dipindahkan.

Keputusan Menteri adalah muktamad

Suggest a correction

Seksyen 13A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini “keputusan” termasuklah apa-apa perintah atau arahan yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini.

Hak untuk didengar

Suggest a correction

Seksyen 13B

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang diberikan suatu lesen atau permit di bawah Akta ini hendaklah diberi suatu peluang untuk didengar sebelum suatu keputusan untuk membatalkan atau menggantung lesen atau permit itu dibuat di bawah subseksyen 3(3), 6(2) atau 13(1), mengikut mana-mana yang berkenaan.

18 Undang-Undang Malaysia Akta 301

Seksyen 14

Anggapan

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini mana-mana orang yang didapati ada dalam milikan, jagaan atau kawalannya—

(a)

apa-apa akhbar yang berlawanan dengan subseksyen 5(1)

atau (2); atau

Suggest a correction

(b)

dua naskhah atau lebih mana-mana keluaran, edisi atau cetakan tertentu mana-mana hasil penerbitan, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, berada dalam milikannya apa-apa akhbar atau hasil penerbitan bagi maksud penjualan, pengelilingan atau pengedaran.

Anggapan pencetak dan penerbit

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Pencetak, penerbit atau pengeluar yang nama atau alamatnya dicetak pada mana-mana hasil penerbitan atau bekasnya hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah mencetak, menerbitkan atau menghasilkan penerbitan itu di tempat yang dinyatakan dalamnya.

Seksyen 16

Waran geledah

Open as pageSuggest a correction

(a)

mesin cetak yang disimpan atau digunakan dengan melanggar seksyen 3;

Suggest a correction

(b)

apa-apa akhbar yang dicetak atau diimport atau diterbitkan dengan melanggar seksyen 5; atau

Suggest a correction

(2)

Bila-bila masa didapati oleh mana-mana pegawai kanan berkuasa bahawa adanya alasan yang munasabah bagi mempercayai

Mesin Cetak dan Penerbitan 19

bahawa ada tersembunyi atau disimpan dalam mana-mana premis apa-apa hasil penerbitan larangan, dan bahawa oleh sebab kelambatan mendapatkan waran geledah yang menjadi tujuan geledah itu mungkin terkecewa, dia boleh memasuki dan menggeledah premis itu seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian mengikut suatu waran yang dikeluarkan dibawah subseksyen (1).

Kuasa untuk membuka bungkusan

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana pegawai berkuasa boleh menahan, membuka dan memeriksa mana-mana bungkusan atau artikel yang disyakinya mengandungi apa-apa hasil penerbitan larangan atau apa-apa hasil penerbitan yang boleh dikenakan larangan di bawah subseksyen 7(1).

Seksyen 18

Kuasa menyita dan menahan

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana pegawai yang bertindak menurut seksyen 16 atau 17 adalah diberi kuasa untuk menyita dan menahan —

(a)

mana-mana mesin cetak atau hasil penerbitan atau apa-apa makalah lain yang dia ada sebab mempercayai sebagai bukti berlakunya apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya;

Suggest a correction

(b)

apa-apa hasil penerbitan yang dia syaki sebagai hasil penerbitan yang boleh dikenakan larangan di bawah subseksyen 7(1) atau boleh ditolak pengimportan, menahan daripada menyerah hantar atau mengembalikan kepada pengirim di bawah subseksyen 9(1).

Semua benda yang disita kena dilucut hak

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika tidak ada pendakwaan berhubungan dengan mana-mana mesin cetak, hasil penerbitan atau makalah lain yang disita di bawah

Akta ini, maka mesin cetak, hasil penerbitan atau makalah lain itu hendaklah dikira dan disifat dilucuthakkan apabila tamatnya tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian suatu notis bertulis tentang penyitaan itu melainkan jika suatu tuntutan mengenainya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan selepas ini.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang menuntut bahawa dia ialah pemunya mesin cetak, hasil penerbitan atau makalah lain itu dan bahawa ia tidak boleh dilucut hak bolehlah, dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberi notis bertulis kepada pegawai kanan berkuasa bahawa dia membuat tuntutan ke atas kesemuanya itu.

Suggest a correction

(4)

Apabila diterima notis itu pegawai kanan berkuasa hendaklah merujuk tuntutan itu kepada Menteri yang boleh mengarahkan supaya mesin cetak, hasil penerbitan atau makalah lain itu dilepaskan kepada pihak menuntut atau selainnya dilupuskan atau boleh mengarahkan pegawai kanan berkuasa supaya merujuk perkara itu kepada mahkamah untuk keputusannya.

Tangkapan tanpa waran

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang didapati melakukan atau dengan munasabahnya disyaki melakukan atau telah melakukan atau cuba melakukan atau mendapatkan atau bersubahat dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Seksyen 21

Perbadanan dan firma

Open as pageSuggest a correction

Bagi apa-apa jua maksud Akta ini, sesuatu perbadanan boleh bertindak melalui seorang pengarah atau setiausahanya, dan firma boleh bertindak melalui mana-mana pekongsinya.

Mesin Cetak dan Penerbitan 21

Liabiliti pengarah, dsb.

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bila-bila masa mana-mana ejen atau pekhidmat semasa dia menjalankan kerjanya melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan yang melakukannya atau tidak melakukan perbuatan itu oleh prinsipal atau majikannya tetap menjadi suatu kesalahan, maka ejen atau pekhidmat adalah melakukan kesalahan itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang tetap bersalah melakukan suatu kesalahan kiranya apa-apa jua telah dilakukan atau tidak dilakukan olehnya sendiri melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang itu juga jika perkara itu telah dilakukan atau tidak dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya semasa dia sedang menjalankan perniagaan perkongsian atau semasa dia sedang menjalankan kerjanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika dia membuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau keizinannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah pengawasan yang munasabah untuk mencegah berlakunya atau tidak melakukan perkara itu.

Suggest a correction

(4)

Peruntukan seksyen ini hendaklah dikira tambahan kepada dan bukannya mengurangkan daripada mana-mana peruntukan lain dalam

Akta ini.

Penyampaian notis, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana notis, dokumen atau surat-menyurat lain hendaklah disifat disampaikan dengan secukupnya kepada pemegang suatu lesen, permit atau perakuan jika notis, dokumen atau surat-menyurat itu—

(a)

disampaikan sendiri kepada orang yang menjaga premis di mana mesin cetak itu ditempatkan, di mana hasil

22 Undang-Undang Malaysia Akta 301

penerbitan itu disiarkan, atau kepada ejen yang dilantik di bawah subseksyen 6(3);

Suggest a correction

(b)

dihantar melalui pos berdaftar kepada alamat pemegang seperti yang diberi dalam lesen atau permit atau alamat ejen yang dilantik di bawah subseksyen 6(3); atau

Suggest a correction

(c)

disiarkan dalam Warta.

Halangan kepada prosiding undang-undang

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua prosiding undang-undang boleh diambil atau dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah kerana atau disebabkan apa-apa kerugian, atau kerosakan kepada, apa-apa jua yang disita, ditahan, dirampas atau dimusnahkan di bawah Akta ini atau kerana atau disebabkan apa-apa kerosakan yang ditanggung akibat penyitaan, penahanan, perampasan, pemusnahan atau perkembalian apa-apa jua di bawah Akta ini atau apa-apa kelengahan untuk menyerah hantar atau mengembalikan apa-apa jua kepada orang yang kepadanya benda itu tetap telah diserah hantar atau dikembalikan kalau tidak kerana penahanannya di bawah Akta ini.

Seksyen 25

Pengecualian

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan mana-mana orang, mesin cetak atau hasil penerbitan daripada pemakaian semua atau mana-mana peruntukan Akta ini.

Kaedah-kaedah

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh keluasan kuasa yang diberi oleh subseksyen

Suggest a correction

(1)

, kaedah-kaedah itu boleh membuat peruntukan mengenai —

(a)

jenis dan bentuk mana-mana dokumen yang perlu bagi maksud Akta ini;

Suggest a correction

(b)

butir-butir yang hendak diberikan semasa membuat permohonan untuk suatu lesen atau permit dan caranya menyenggarakan rekod;

Suggest a correction

(d)

tatacara memohon lesen atau permit, fi untuk lesen atau permit dan syarat yang dikenakan kepada lesen atau permit, pembayaran deposit apabila dikeluarkan lesen atau permit dan hal keadaannya deposit itu boleh dilucut hak;

Suggest a correction

(e)

amaunnya deposit yang dikehendaki dibuat di bawah perenggan 7(2)(d) atau seksyen 10 dan caranya membuat pelucuthakan atau pembayaran daripada deposit itu sebagai ganti rugi; dan

Suggest a correction

(f)

tatacara membuat dan mendengar rayuan.

Pemansuhan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 27

Mesin Cetak dan Penerbitan 23

Open as pageSuggest a correction

Diimport 1958 [Akta 63] adalah dimansuhkan.

24 Undang-Undang Malaysia Akta 301

Jadual

Suggest a correction

JADUAL I

[Subseksyen 3(2)]

Ceparas, Litografi, Gravur, Intaglio atau apa-apa proses percetakan lain yang boleh mencetak dengan kadar 1,000 teraan sejam atau lebih.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL II

[Subseksyen 4(2)]

Kanun Keseksaan

Seksyen 255

Melancung cap Kerajaan.

Seksyen 292

Menjual, dsb. buku lucah, dsb.

Seksyen 298A

Menyebabkan, dsb. ketidakharmonian, perpecahan atau perasaan benci, marah, niat jahat atau memudaratkan, dsb. pengekalan keharmonian atau perpaduan atas alasan agama.

Seksyen 464

Membuat dokumen palsu.

Seksyen 466

Pemalsuan rekod mahkamah, atau Daftar Beranak awam, dsb.

Seksyen 467

Pemalsuan cagaran berharga atau wasiat.

Seksyen 468

Pemalsuan bagi maksud menipu.

Seksyen 469

Pemalsuan bagi maksud merosakkan reputasi mana-mana orang.

Seksyen 489A

Memalsu atau melancung wang kertas mata wang atau wang kertas bank.

Seksyen 499

Fitnah.

Seksyen 501

Mencetak atau mengukir perkara yang diketahui memfitnahkan.

Akta Hasutan 1948

Perenggan 4(1)(c)

Mencetak apa-apa penerbitan menghasut.

Mesin Cetak dan Penerbitan 25

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

Seksyen 24

Mencetak dokumen tegahan.

26

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A684

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

(Pindaan) 1987

08-01-1988

Akta A1436

Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan

(Pindaan) 2012 15-07-2012

27

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

3

Akta A684 08-01-1988

Akta A1436 15-07-2012

6

Akta A1436 15-07-2012

7

Akta A684 08-01-1988

8A

Akta A684 08-01-1988

8B

Akta A684 08-01-1988

8C

Akta A684 08-01-1988

9

Akta A684 08-01-1988

9A

Akta A684 08-01-1988

12

Akta A684 08-01-1988

Akta A1436

15-07-2012

13

Akta A684 08-01-1988

13A

Akta A684 08-01-1988

Akta A1436

15-07-2012

13B

Akta A684

08-01-1988

Akta A1436

15-07-2012

Common questions

What is AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984?
*AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 is Malaysia Act, cited as Act 301 1984, currently marked in force and first recorded in 1984.
Is AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 still in force?
Yes — AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 is currently in force.
When did AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 take effect?
AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 was first recorded in 1984.
How many sections does AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 have?
AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 contains 33 sections.
What amends AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984?
AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 has been amended by AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN (PINDAAN) 2012.
Where can I read the official version of AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984?
The official text of AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 (No. 301) | mylaw.my