/akn/my/act/act/2001/610

*AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2001
Last amended
2025
Sections
14
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001 is Malaysia Act, cited as Act 610 2001, currently marked in force and first recorded in 2001.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Tenaga yang mempunyai kuasa untuk mengawal selia aktiviti pembekalan tenaga di Malaysia, dan menguatkuasakan undang-undang pembekalan tenaga, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [1 Mei 2001, P.U. (B) 124/2001] DI PERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Suggest a correction

(3)

Akta ini terpakai di seluruh Malaysia.

*(4) Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan

Akta ini di mana-mana bahagian dalam Malaysia.

* CATATAN—Kuat kuasa keseluruhan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610] digantung di Negeri

Sarawak mulai dari 1 Mei 2001–lihat P.U. (A) 120/2001.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 610

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“aktiviti pembekalan tenaga” termasuklah—

(i)

pembekalan dan penggunaan elektrik yang baginya undang-undang pembekalan elektrik terpakai; dan

(ii)

penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik untuk pembekalan dan penggunaan elektrik di bawah subperenggan (i);

Suggest a correction
Suggest a correction

(i)

pembekalan dan penggunaan gas yang baginya undang-undang pembekalan gas terpakai; dan

(ii)

penghantaran, pengangkutan, pengagihan dan peretikulasian gas untuk pembekalan dan penggunaan gas di bawah subperenggan (i); dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

apa-apa aktiviti lain yang dikawal selia di bawah undang-undang pembekalan tenaga;

“anggota” ertinya Pengerusi dan anggota lain Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 5;

“elektrik” ertinya tenaga elektrik atau kuasa elektrik apabila dijana, dikeluarkan, dihantar, diagihkan, dibekalkan atau digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud penghantaran apa-apa komunikasi atau isyarat;

“gas” ertinya metana, etana, propana, butana atau hidrokarbon yang mungkin mengandungi satu atau lebih daripada satu mana-mana gas itu, sama ada dalam bentuk gas atau cecair;

“hari ditetapkan” ertinya hari Akta ini mula berkuat kuasa;

Suruhanjaya Tenaga 9

“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 12;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif

Suruhanjaya yang mempunyai tugas yang diperihalkan dalam seksyen 18;

“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 24;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan elektrik atau pembekalan gas, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali—

Suggest a correction

(a)

dalam Bahagian II dan IV, berhubung dengan pelantikan, pembatalan pelantikan atau peletakan jawatan Pengerusi,

Ketua Pegawai Eksekutif dan anggota Suruhanjaya, ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan elektrik dengan persetujuan Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan gas; dan

Suggest a correction

(b)

dalam Bahagian V, ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan elektrik;

“Menteri Kewangan” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“pegawai” ertinya mana-mana pegawai, pekhidmat atau pekerja

Suruhanjaya yang dilantik di bawah Akta ini;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah perenggan 5(l)(a);

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 610

“pepasangan—

Suggest a correction

(a)

berhubung dengan elektrik, mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh undang-undang pembekalan elektrik; dan

Suggest a correction

(b)

berhubung dengan gas, mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh undang-undang pembekalan gas;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“tenaga dapat dibaharui” ertinya tenaga yang tidak habis apabila digunakan dan termasuk tenaga yang diperoleh daripada sumber tenaga seperti biojisim, kuasa hidro, kuasa suria, kuasa haba bumi, kuasa angin, ombak dan air pasang surut;

“tenaga tidak dapat dibaharui” ertinya tenaga yang habis apabila digunakan dan termasuk tenaga daripada sumber tenaga seperti arang batu, syal minyak, pasir tar, minyak mentah, minyak, gas asli dan kuasa nuklear;

“undang-undang pembekalan elektrik” ertinya Akta Bekalan

Elektrik 1990 [Akta 447] dan termasuk—

Suggest a correction

(a)

mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta Bekalan Elektrik 1990; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana perundangan lain yang berhubungan dengan elektrik yang di bawahnya Suruhanjaya dikehendaki menjalankan apa-apa fungsi, termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah perundangan itu;

“undang-undang pembekalan gas” ertinya Akta Bekalan Gas 1993

[Akta 501] dan termasuk—

Suggest a correction

(a)

mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta Bekalan Gas 1993; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana perundangan lain yang berhubungan dengan gas yang di bawahnya

Suruhanjaya dikehendaki

Suruhanjaya Tenaga 11

menjalankan apa-apa fungsi, termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah perundangan itu;

“undang-undang pembekalan tenaga” ertinya—

Suggest a correction

(a)

Akta ini dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

mana-mana undang-undang bertulis lain yang di bawahnya Suruhanjaya dikehendaki menjalankan apa-apa fungsi.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tidak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tidak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada

Suruhanjaya atas terma yang disifatkan patut oleh Suruhanjaya.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 610

Meterai perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Tenaga” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan

Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.

Suggest a correction

(4)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu dan disahkan sewajarnya hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota

Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya bagi pihak Suruhanjaya.

Suggest a correction

(6)

Meterai perbadanan

Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Keanggotaan Suruhanjaya

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(d)

tidak lebih daripada enam orang anggota, yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman dan telah menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan kewangan, kejuruteraan, perniagaan atau pentadbiran, atau adalah selainnya sesuai bagi pelantikan oleh sebab pengetahuan dan pengalaman mereka yang khusus.

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota

Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai Eksekutif, untuk bertindak sebagai Pengerusi dalam tempoh—

(b)

apabila Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di

Malaysia; atau

Suggest a correction

(c)

apabila Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan tugas jawatannya.

Kelulusan untuk memegang jawatan lain

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Pengerusi tidak boleh, semasa memegang jawatan itu, memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain, sama ada yang dibayar saraan atau tidak, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri.

Seksyen 7

Tempoh jawatan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang anggota Suruhanjaya layak untuk dilantik semula tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan selama lebih daripada tiga tempoh.

Suggest a correction

(3)

Seksyen ini tidak terpakai bagi Ketua Pegawai Eksekutif.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 610

Saraan dan elaun

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua anggota lain Suruhanjaya hendaklah dibayar apa-apa elaun pada kadar yang ditentukan oleh Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan.

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang anggota Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai

Eksekutif, boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 10

Jawatan seseorang anggota Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai

Open as pageSuggest a correction

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

Suruhanjaya Tenaga 15

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang anggota Suruhanjaya atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama

Suruhanjaya;

Suggest a correction

(e)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan tugasnya;

Suggest a correction

(f)

dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat

Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran

Menteri;

Suggest a correction

(g)

dalam hal seseorang anggota

Suruhanjaya selain

Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat

Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran

Pengerusi;

Suggest a correction

(h)

jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau

Suggest a correction

(i)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.

Akuan berkanun oleh anggota Suruhanjaya

Suggest a correction

Seksyen 11

Eksekutif, hendaklah menjadi kosong—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika seseorang anggota Suruhanjaya memperoleh apa-apa kepentingan, dari segi kewangan atau selainnya, dalam apa-apa usaha yang melibatkan aktiviti pembekalan tenaga dia hendaklah, dalam masa satu bulan selepas pemerolehan itu, memberikan notis secara bertulis kepada Menteri dengan menyatakan kepentingan yang diperoleh itu, dan Menteri boleh, selepas menimbangkan perkara itu, jika difikirkannya patut, mengisytiharkan bahawa orang itu telah mengosongkan jawatannya.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 610

Suruhanjaya boleh menubuhkan jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh melantik mana-mana orang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(5)

Suruhanjaya boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

Suggest a correction

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.

Suggest a correction

(7)

Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

(8)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Suggest a correction

(9)

Sesuatu jawatankuasa adalah tertakluk kepada, dan hendaklah bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh

Suruhanjaya.

Suggest a correction

(10)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

Suggest a correction

(11)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

Suruhanjaya Tenaga 17

Suggest a correction

(12)

Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (11) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual

13. (1) Jadual terpakai bagi anggota Suruhanjaya.

(2)

Menteri boleh meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

BAHAGIAN III

FUNGSI DAN KUASA SURUHANJAYA

Fungsi dan kuasa Suruhanjaya

14. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala fungsi yang dipertanggungkan ke atasnya di bawah undang-undang pembekalan tenaga dan hendaklah juga mempunyai fungsi-fungsi yang berikut:

(a)

menasihati Menteri tentang segala perkara yang berkenaan dengan objektif dasar kebangsaan bagi aktiviti pembekalan tenaga;

(b)

menasihati

Menteri tentang segala perkara yang berhubungan dengan penjanaan, pengeluaran, penghantaran, pengagihan, pembekalan dan penggunaan elektrik sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang pembekalan elektrik;

(c)

menasihati

Menteri tentang segala perkara yang berhubungan dengan pembekalan gas melalui talian paip dan penggunaan gas sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang pembekalan gas;

(d)

melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang pembekalan tenaga;

(e)

mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan industri pembekalan elektrik dan melindungi mana-mana

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 610

orang daripada bahaya yang berbangkit daripada penjanaan, pengeluaran, penghantaran, pengagihan, pembekalan dan penggunaan elektrik sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang pembekalan elektrik;

(f)

mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan pembekalan gas melalui talian paip dan melindungi mana-mana orang daripada bahaya yang berbangkit daripada pembekalan gas melalui talian paip dan penggunaan gas sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang pembekalan gas;

(g)

menggalakkan kecekapan, keekonomian dan keselamatan dalam penjanaan, pengeluaran, penghantaran, pengagihan, pembekalan dan penggunaan elektrik dan dalam pembekalan gas melalui talian paip dan penggunaan gas yang dibekalkan melalui talian paip;

(h)

menggalakkan dan melindungi persaingan dan pengendalian pasaran yang adil dan cekap atau, dalam ketiadaan pasaran bersaingan, mencegah penyalahgunaan monopoli atau kuasa pasaran berkenaan dengan penjanaan, pengeluaran, penghantaran, pengagihan dan pembekalan elektrik dan pembekalan gas melalui talian paip;

(i)

menggalakkan penggunaan tenaga dapat dibaharui dan penjimatan tenaga tidak dapat dibaharui;

(j)

menggalakkan penyelidikan tentang, dan pembangunan dan penggunaan, teknik baru berhubung dengan—

(i)

penjanaan, pengeluaran, penghantaran, pengagihan, pembekalan dan penggunaan elektrik; dan

(ii)

pembekalan gas melalui talian paip dan penggunaan gas yang dibekalkan melalui talian paip;

Suruhanjaya Tenaga 19

(k)

mendorong dan menggalakkan pembangunan industri pembekalan elektrik dan pembekalan gas melalui talian paip termasuklah dalam bidang latihan;

(l)

mendorong dan menggalakkan pengawalseliaan sendiri dalam industri pembekalan elektrik dan pembekalan gas melalui talian paip;

(m)

menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang pembekalan tenaga;

(n)

mengkaji semula undang-undang pembekalan tenaga dan membuat syor yang perlu kepada Menteri; dan

(o)

menjalankan segala aktiviti yang didapati oleh

Suruhanjaya dikehendaki, berfaedah atau mudah bagi maksud menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah undang-undang pembekalan tenaga.

(2)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah undang-undang pembekalan tenaga.

Pewakilan fungsi atau kuasa Suruhanjaya

15. (1) Suruhanjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanya, selain kuasanya untuk membuat perundangan subsidiari, kepada—

(a)

Pengerusi Suruhanjaya;

(b)

seseorang anggota Suruhanjaya;

(c)

sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya; atau

(d)

seseorang pegawai Suruhanjaya.

(2)

Orang atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang kepadanya diwakilkan fungsi atau kuasa sedemikian

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 610

adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya dan segala keperluan, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.

(3)

Fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak

Suruhanjaya.

(4)

Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang

Suruhanjaya daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.

Arahan Menteri

16. (1) Suruhanjaya hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri.

(2)

Menteri boleh memberi Suruhanjaya arahan yang bersifat am, yang selaras dengan peruntukan undang-undang pembekalan tenaga, berhubung dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Suruhanjaya dan

Suruhanjaya hendaklah melaksanakan arahan itu.

Suruhanjaya hendaklah memberikan maklumat

17. Suruhanjaya hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktivitinya, keadaan kewangannya dan dasar yang sedang diikuti atau yang dicadangkan untuk diikutinya dalam pelaksanaan mana-mana fungsinya di bawah undang-undang pembekalan tenaga sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Sekatan ke atas penggunaan lambang atau representasi

Suruhanjaya

17A. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan apa-apa lambang atau representasi yang dipilih atau direka oleh Suruhanjaya dan selepas itu dipamerkan atau ditunjukkan berkaitan dengan aktiviti atau hal ehwalnya.

(2)

Lambang atau representasi yang dipilih atau direka oleh

Suruhanjaya hendaklah disiarkan dalam Warta.

Suruhanjaya Tenaga 21

(3)

Mana-mana orang yang menggunakan sesuatu lambang atau representasi Suruhanjaya atau apa-apa yang menyerupainya, atau mencipta apa-apa lambang atau representasi yang merujuk kepada

Suruhanjaya hingga memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, atau berkemungkinan memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

BAHAGIAN IV

PEGAWAI SURUHANJAYA

Ketua Pegawai Eksekutif

18. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai

Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya wajar.

(2)

Suruhanjaya hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pegawai

Eksekutif apa-apa kuasa dan mempertanggungkan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif adalah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari

Suruhanjaya pada keseluruhannya.

(4)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai lain Suruhanjaya.

(5)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Menteri dan Suruhanjaya dari semasa ke semasa.

(6)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan mengikut arahan am

Suruhanjaya.

Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif

18A. Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana pegawai

Suruhanjaya untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selama tempoh apabila—

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 610

(a)

jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong;

(b)

Ketua Pegawai Eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau

(c)

Ketua Pegawai Eksekutif, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan tugas jawatannya.

Pelantikan pegawai Suruhanjaya

19. Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai yang difikirkannya wajar dan perlu yang hendaklah dibayar saraan, elaun dan faedah, dan yang pelantikannya hendaklah dibuat, atas terma yang pada pendapat Suruhanjaya adalah sesuai bagi menjalankan maksud undang-undang pembekalan tenaga.

Syarat perkhidmatan

20. Suruhanjaya hendaklah, dengan kelulusan Menteri, menentukan syarat perkhidmatan pegawai-pegawainya.

Pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan

21. Suruhanjaya boleh memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pegawai-pegawainya bagi apa-apa maksud dan atas terma yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Pembayaran faedah persaraan, dsb.

22. Suruhanjaya boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pegawai-pegawainya dan orang tanggungan mereka faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Suruhanjaya boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb.

23. Dalam membuat apa-apa peraturan di bawah Bahagian ini,

Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, menerima pakai dengan membuat apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut mana-mana peraturan, kaedah, dasar, surat pekeliling dan arahan yang dibuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Suruhanjaya Tenaga 23

BAHAGIAN V

KEWANGAN

Kumpulan Wang

24. (1) Maka dengan ini tertubuhlah, bagi maksud undang-undang pembekalan tenaga, suatu Kumpulan Wang yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Suruhanjaya.

(2)

Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud undang-undang pembekalan tenaga dari semasa ke semasa;

(b)

semua atau mana-mana bahagian fi lesen atau fi lain, bayaran pentadbiran, levi atau bayaran lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada

Suruhanjaya di bawah undang-undang pembekalan tenaga;

(c)

segala wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Suruhanjaya;

(d)

segala wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau pemberisewaan, atau apa-apa urusan lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Suruhanjaya;

(e)

segala wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Suruhanjaya;

(f)

segala wang dan harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada

Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya;

(g)

wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 29; dan 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 610

(h)

segala wang lain yang diterima secara sah oleh

Suruhanjaya, termasuklah bunga.

(3)

Bagi maksud perenggan 24(2)(b), segala wang yang dikutip yang melebihi keperluan kewangan Suruhanjaya untuk melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini bolehlah dibayar ke dalam Kumpulan

Wang Disatukan.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang

25. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Suruhanjaya termasuklah fi dan kos guaman dan fi serta kos lain;

(b)

membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota

Suruhanjaya, anggota jawatankuasa dan pegawai

Suruhanjaya, termasuklah pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan, pencen dan ganjaran;

(c)

membayar apa-apa belanja, kos, perbelanjaan, pemberian kewangan atau bayaran lain yang dilakukan, diterima atau dianggap wajar oleh Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsi atau menjalankan kuasanya di bawah undang-undang pembekalan tenaga;

(d)

membeli atau menyewa kelengkapan, mesin dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan apa-apa aset, dan membina bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam melaksanakan fungsi atau menjalankan kuasanya di bawah undang-undang pembekalan tenaga;

(e)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 29 dan bunga yang kena dibayar atasnya;

(ea) memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pegawai-pegawainya di bawah seksyen 21; dan

Suruhanjaya Tenaga 25

(f)

pada amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan undang-undang pembekalan tenaga.

Pemeliharaan Kumpulan Wang

26. Maka menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk memelihara

Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Suruhanjaya mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuklah susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

27. (1) Perbelanjaan Suruhanjaya setakat amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada

Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum 1 September setiap tahun, Suruhanjaya hendaklah mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan

(termasuklah perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan) kepada

Menteri bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri.

(3)

Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Suruhanjaya amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).

(4)

Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan tambahannya bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 610

Akaun bank

28. Suruhanjaya hendaklah membuka dan menyenggara suatu akaun atau akaun-akaun dengan mana-mana institusi atau institusi-institusi kewangan di Malaysia yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, selepas berunding dengan Menteri; dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan seberapa yang boleh melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang atau orang-orang yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya dari semasa ke semasa.

Kuasa untuk meminjam

29. Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, meminjam dalam apa-apa bentuk dan pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan, apa-apa wang yang diperlukan oleh Suruhanjaya bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana kewajipannya.

Pelaburan

30. Wang Suruhanjaya hendaklah, setakat yang tidak diperlukan untuk dibelanjakan dengan segera oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, dilaburkan dengan apa-apa cara sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Had kontrak

30A. Suruhanjaya tidak boleh, tanpa kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, membuat apa-apa kontrak yang di bawahnya Suruhanjaya dikehendaki membayar atau menerima suatu amaun yang melebihi sepuluh juta ringgit.

Tatacara kewangan

31. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan kelulusan Menteri,

Suruhanjaya hendaklah menentukan tatacara kewangannya sendiri.

Suruhanjaya Tenaga 27

Tahun kewangan

32. Tahun kewangan Suruhanjaya hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Akaun dan laporan

33. (1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan aktivitinya yang sepatutnya disimpan dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—

(a)

suatu penyata akaun Suruhanjaya yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan

(b)

suatu pernyataan mengenai aktivitinya.

(2)

Suruhanjaya hendaklah dengan secepat yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

(3)

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan)

1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya.

34. (Dipotong oleh Akta A1371).

BAHAGIAN VI

AM

Pendakwaan

35. Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini tanpa kebenaran secara bertulis daripada Pendakwa Raya.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 610

Pekhidmat awam

36. Semua anggota Suruhanjaya dan mana-mana jawatankuasanya, dan semua pegawai dan ejen Suruhunjaya, semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah Akta ini sebagai anggota, pegawai atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Aka 574].

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

37. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Suruhanjaya atau seseorang anggota Suruhanjaya, seseorang anggota jawatankuasa, dan seseorang pegawai atau ejen

Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.

Kuasa untuk mengambil kerja

38. Suruhanjaya boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat-penasihat teknikal, termasuklah peguam bela dan peguam cara dan orang lain, pada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.

Kewajipan kerahsiaan

39. (1) Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Suruhanjaya—

(a)

tiada anggota

Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai atau ejen

Suruhanjaya atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada dalam tempoh jawatannya atau dalam tempoh pekerjaannya atau selepas itu, boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan fungsinya dan yang tidak disiarkan menurut

Akta ini; dan

Suruhanjaya Tenaga 29

(b)

tiada seorang pun orang lain yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal

Suruhanjaya boleh mendedahkan maklumat atau dokumen itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pewakilan dalam prosiding sivil

40. Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain—

(a)

dalam apa-apa prosiding sivil oleh atau terhadap

Suruhanjaya; atau

(b)

dalam apa-apa prosiding sivil yang lain yang dalamnya

Suruhanjaya dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya bagi maksud itu boleh, bagi pihak Suruhanjaya, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan segala perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Suruhanjaya.

Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat

41. Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa awam bagi pihak Suruhanjaya sebagai persediaan dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, pada menjangkakan pembuatan Akta ini hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau kewajipan yang ditanggung bagi pihak Suruhanjaya daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan kewajipan Suruhanjaya.

_______________________________________

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 610

Jadual

Suggest a correction

Jadual

[Seksyen 13]

Masa dan tempat mesyuarat

1. (1) Suruhanjaya hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di tempat dan pada masa yang diputuskan oleh Pengerusi, dengan syarat bahawa

Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada dua bulan berlalu antara mesyuarat.

(2)

Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri atau oleh sekurang-kurangnya dua orang anggota

Suruhanjaya.

Kuorum

2. Kuorum Suruhanjaya ialah separuh atau lebih separuh daripada bilangan anggota Suruhanjaya.

Undi pemutus

3. Jika mengenai apa-apa soal yang hendak ditentukan oleh Suruhanjaya terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

Suruhanjaya boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

4. (1) Suruhanjaya boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Suruhanjaya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkannya, tetapi orang yang hadir itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

(2)

Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (l) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Ketetapan tanpa bermesyuarat

5. (1) Sesuatu ketetapan dianggap telah diluluskan dalam sesuatu mesyuarat

Suruhanjaya jika—

(a)

semua anggota Suruhanjaya telah diberitahu tentang ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah dibuat untuk memberitahu semua anggota Suruhanjaya tentang ketetapan yang dicadangkan itu; dan

(b)

tanpa bermesyuarat, majoriti anggota

Suruhanjaya menandakan persetujuan tentang ketetapan itu mengikut cara yang ditentukan oleh

Suruhanjaya di bawah subperenggan (2).

Suruhanjaya Tenaga 31

(2)

Subperenggan (1) terpakai hanya jika Suruhanjaya—

(a)

memutuskan bahawa subperenggan (1) terpakai; dan

(b)

memutuskan cara yang dengannya anggota Suruhanjaya boleh menandakan persetujuan tentang ketetapan.

Minit

6. (1) Suruhanjaya dan tiap-tiap jawatankuasa hendaklah menyebabkan minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan salinan minit kesemua mesyuaratnya dikemukakan kepada Suruhanjaya dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(3)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Suruhanjaya atau sesuatu jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah diterima dalam mana-mana prosiding undang-undang sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan di dalamnya tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat

Suruhanjaya atau jawatankuasa yang berkenaan dengan prosidingnya minit sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Tatacara

7. Suruhanjaya boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Penzahiran kepentingan

8. (1) Seseorang anggota Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasa yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Suruhanjaya atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada

Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat dan jenis kepentingannya itu.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1), seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa itu hendaklah disifatkan mempunyai kepentingan dalam perkara yang dibincangkan jika dia mempunyai kepentingan dalam mana-mana syarikat yang menjalankan aktiviti yang serupa atau berhubung dengan perkara yang dibincangkan.

(3)

Sesuatu penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan, selepas penzahiran itu, anggota yang mempunyai kepentingan dalam perkara itu—

(a)

tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 610

(b)

tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasa boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa itu telah melanggar peruntukan perenggan ini.

Kesahan perbuatan dan prosiding

9. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a)

ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Suruhanjaya;

(b)

ada pelanggaran peruntukan perenggan 8 oleh mana-mana anggota

Suruhanjaya atau sesuatu jawatankuasa; atau

(c)

ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.

Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Suruhanjaya

10. Anggota Suruhanjaya hendaklah menumpukan masa kepada urusan

Suruhanjaya sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan.

__________________________________

33

Akta 610

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A1371

Akta Suruhanjaya Tenaga

15-03-2010

(Pindaan) 2010

____________

34

Akta 610

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

Akta A1371

15-03-2010

5

Akta A1371

15-03-2010

7

Akta A1371

15-03-2010

9

Akta A1371

15-03-2010

10

Akta A1371

15-03-2010

17A

Akta A1371

15-03-2010

18

Akta A1371

15-03-2010

18A

Akta A1371

15-03-2010

21

Akta A1371

15-03-2010

25

Akta A1371

15-03-2010

30A

Akta A1371

15-03-2010

33

Akta A1371

15-03-2010

34

Akta A1371

15-03-2010

____________

Common questions

What is AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001?
*AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001 is Malaysia Act, cited as Act 610 2001, currently marked in force and first recorded in 2001.
Is AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001 still in force?
Yes — AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001 is currently in force.
When did AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001 take effect?
AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001 was first recorded in 2001.
How many sections does AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001 have?
AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001 contains 12 sections.
What amends AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001?
AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001 has been amended by AKTA SURUHANJAYA TENAGA (PINDAAN) 2025.
Where can I read the official version of AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001?
The official text of AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001 (No. 610) | mylaw.my