/akn/my/act/act/2007/675

AKTA SISTEM PENGUKURAN KEBANGSAAN 2007

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2007
Sections
9
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA SISTEM PENGUKURAN KEBANGSAAN 2007 is Malaysia Act, cited as Act 675 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penyeragaman unit pengukuran berasaskan Unit Sistem Antarabangsa, pewujudan standard pengukuran dan kebolehkesanan pengukuran dan penyelarasan sistem pengukuran kebangsaan Malaysia, dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [15 Februari 2008, P.U. (B) 44/2008] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Suggest a correction

(3)

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menangguh kuat kuasa kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini berkenaan dengan mana-mana agensi, jabatan atau organisasi atau berkenaan dengan bidang pengukuran tertentu.

Pemakaian

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini tidak terpakai bagi penggunaan unit pengukuran dalam—

(b)

mana-mana perjanjian antara kerajaan dalam bidang pengemudian melalui laut, trafik udara dan pengangkutan landasan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 3

Akta 675

Open as pageSuggest a correction

“alat pengukur” ertinya apa-apa alat yang digunakan untuk mengukur kuantiti yang boleh ukur fizikal;

“bahan rujukan” ertinya apa-apa bahan yang sifatnya digunakan bagi tentukuran alat pengukur atau penilaian kaedah pengukuran, atau penetapan nilai kepada bahan;

“bahan rujukan diperakui” ertinya suatu bahan rujukan yang dikeluarkan oleh Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan atau oleh mana-mana orang atau badan lain, yang diiktiraf oleh Makmal

Standard Pengukuran Kebangsaan;

“Kementerian” ertinya Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi standard dan akreditasi;

“kuantiti yang boleh ukur” ertinya sifat badan yang berfenomena atau bahan yang boleh dibezakan secara kualitatif dan ditentukan secara kuantitatif;

“Majlis” ertinya Majlis Pengukuran Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;

“Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan” ertinya makmal yang ditubuhkan di bawah seksyen 9;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi standard dan akreditasi;

Sistem Pengukuran Kebangsaan 7

“sistem pengukuran kebangsaan” ertinya infrastruktur teknikal dan organisasi berhubungan dengan pengukuran di dalam Malaysia yang membolehkan individu dan organisasi di Malaysia membuat pengukuran secara berwibawa dan tepat dan yang boleh dikesan kepada Standard Pengukuran Kebangsaan;

“standard pengukuran” ertinya suatu bahan pengukur, alat pengukur, atau sistem pengukur yang disasarkan untuk mentakrifkan, merealisasikan, memulihara atau menghasilkan semula unit atau satu atau lebih nilai kuantiti untuk digunakan sebagai rujukan dalam pengukuran kuantiti yang boleh ukur itu;

“Standard Pengukuran Kebangsaan” ertinya suatu standard pengukuran atau bahan rujukan yang diwujudkan, disenggarakan atau disebabkan supaya disenggarakan oleh Makmal Standard

Pengukuran Kebangsaan atau organisasi yang dilantik di bawah subseksyen 12(1) untuk digunakan sebagai asas bagi memberikan nilai kepada sesuatu kuantiti yang boleh ukur;

“unit asas” ertinya salah satu daripada tujuh unit pengukuran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang berasaskan

Unit Sistem Antarabangsa;

“unit pengukuran” ertinya suatu kuantiti yang boleh ukur tertentu, yang ditakrifkan dan diguna pakai dalam konvensyen, yang dengannya kuantiti lain yang sama jenis dibandingkan bagi menyatakan magnitud relatif pada kuantiti itu;

“unit perolehan” ertinya suatu unit pengukuran yang diperoleh daripada gabungan unit asas;

“Unit Sistem Antarabangsa” ertinya unit sistem pengukuran yang koheren sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen 4(2)

dan singkatan “SI” di mana-mana jua disebut dalam Akta ini hendaklah diiktiraf sebagai sebutan mengenai Unit Sistem

Antarabangsa;

“waktu seragam sejagat” ertinya skala waktu yang disenggarakan oleh Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan dan singkatan

“UTC” di mana-mana jua disebut dalam Akta ini hendaklah diiktiraf sebagai sebutan mengenai waktu seragam sejagat itu;

“Waktu Standard Malaysia” ertinya waktu yang diberikan oleh waktu seragam sejagat ditambah lapan jam berasaskan zon waktu

Garis Bujur 120º Timur.

8

Undang-Undang Malaysia

Akta 675

Bahagian II

Bahagian II

UNIT PENGUKURAN

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama;

(b)

unit perolehan sebagaimana yang dinyatakan dalam

Bahagian 2 Jadual Pertama; dan

(c)

semua penggandaan dan subgandaan unit asas sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian 3 Jadual Pertama.

(3)

Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen (1), unit pengukuran lain yang dibenarkan untuk digunakan bersama Unit

Sistem Antarabangsa adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua.

(4)

Waktu Standard Malaysia hendaklah menjadi asas bagi pengukuran waktu sivil.

Pengukuran hendaklah dinyatakan dalam unit pengukuran

5. (1) Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, tiap-tiap pengukuran kuantiti yang boleh ukur hendaklah dibuat dengan mematuhi kehendak di bawah Akta ini, dan jika tidak dibuat sedemikian pengukuran itu hendaklah dianggap batal.

(2)

Jika—

(a)

sebutan dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai unit pengukuran kuantiti yang boleh ukur; dan

Sistem Pengukuran Kebangsaan 9

(b)

terdapat unit pengukuran kuantiti yang boleh ukur lain yang mempunyai nama yang sama, sebutan itu hendaklah, melainkan jika didapati tujuan yang berlawanan, disifatkan sebagai sebutan mengenai unit pengukuran di bawah Akta ini.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menyentuh kesahan apa-apa pengukuran yang dibuat dalam unit pengukuran kuantiti yang boleh ukur yang, pada masa pengukuran itu dibuat, merupakan unit pengukuran kuantiti yang boleh ukur itu.

Realisasi dan penyenggaraan Standard Pengukuran Kebangsaan

6. (1) Standard Pengukuran Kebangsaan hendaklah direalisasikan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 14.

(2)

Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan hendaklah menyenggarakan atau menyebabkan supaya disenggarakan Standard

Pengukuran Kebangsaan sebagaimana yang didapati perlu oleh

Menteri bagi memperuntukkan cara yang dengannya pengukuran kuantiti yang boleh ukur boleh dibuat berkenaan dengan unit pengukuran kuantiti yang boleh ukur itu.

(3)

Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan hendaklah menyenggarakan atau menyebabkan supaya disenggarakan bahan rujukan diperakui sebagaimana yang perlu bagi memperuntukkan cara yang dengannya pengukuran kuantiti yang boleh ukur boleh dibuat berkenaan dengan unit pengukuran kuantiti yang boleh ukur itu.

Kebolehkesanan pengukuran

7. (1) Apa-apa pengukuran yang dibuat bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis hendaklah boleh dikesan kepada Standard

Pengukuran Kebangsaan sebagaimana yang dinyatakan dalam

Akta ini.

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 675

(2)

Kebolehkesanan pengukuran kepada Standard Pengukuran

Kebangsaan boleh dicapai dengan rujukan kepada, perbandingan dengan atau perolehan daripada Standard Pengukuran Kebangsaan sama ada secara langsung atau tidak langsung, melalui suatu siri yang berterusan dengan mana-mana satu, atau gabungan mana-mana cara itu yang melibatkan penggunaan satu atau lebih standard pengukuran yang sesuai dan Standard Pengukuran

Kebangsaan.

(3)

Jika kewujudan kebolehkesanan bagi Standard Pengukuran

Kebangsaan adalah tidak mungkin atau tidak berkaitan, cara lain bagi mewujudkan keyakinan tentang keputusan apa-apa pengukuran hendaklah dijalankan melalui kaedah yang bersesuaian yang diwujudkan mengikut tatacara yang selaras dengan standard bertulis yang digunakan pada masa ini sebagaimana yang diwujudkan oleh Makmal Standard Pengukuran

Kebangsaan.

Kebolehkesanan pengukuran di luar Malaysia

8. (1) Jika tidak terdapat kebolehkesanan kepada Standard

Pengukuran Kebangsaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta ini yang diwujudkan di dalam Malaysia bagi apa-apa pengukuran yang dibuat bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis, pengukuran itu boleh dikesan kepada makmal standard pengukuran negara lain atau kepada makmal tentukuran di negara lain yang diiktiraf di bawah subseksyen (2).

(2)

Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan boleh mengiktiraf mana-mana makmal standard pengukuran atau mana-mana makmal tentukuran di luar Malaysia sebagai makmal bagi maksud kebolehkesanan di bawah subseksyen (1).

(3)

Sebelum mengiktiraf mana-mana makmal di bawah subseksyen (2), Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan hendaklah berpuas hati dengan kebolehan pengukuran makmal itu dan bahawa standard pengukuran atau bahan rujukan yang disenggara oleh makmal itu adalah pada ketepatan yang cukup bagi maksud kebolehkesanan.

Sistem Pengukuran Kebangsaan 11

Bahagian III

MAKMAL STANDARD PENGUKURAN KEBANGSAAN

Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan

9. (1) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta menetapkan suatu makmal sebagai Makmal Standard Pengukuran

Kebangsaan.

(2)

Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Fungsi Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan

10. Fungsi Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan adalah—

(a)

untuk merealisasikan, mewujudkan dan menyenggarakan atau menyebabkan supaya disenggarakan Standard

Pengukuran Kebangsaan bagi maksud seksyen 6;

(b)

untuk menyebarkan unit pengukuran yang boleh dikesan kepada Standard Pengukuran Kebangsaan;

(c)

untuk menyenggarakan atau menyebabkan supaya disenggarakan waktu seragam sejagat;

(d)

untuk menjalankan penyelidikan dan membangunkan teknologi pengukuran dan standard pengukuran;

(e)

untuk meluluskan reka bentuk alat pengukur;

(f)

untuk menyelaraskan dan menggalakkan sistem pengukuran kebangsaan;

(g)

untuk membantu Majlis dalam perkara yang berhubungan dengan teknologi pengukuran dan standard pengukuran;

(h)

untuk menerbitkan dan menyebarkan maklumat teknikal yang berhubungan dengan teknologi pengukuran dan standard pengukuran; dan

(i)

untuk melaksanakan mana-mana fungsi lain sebagaimana yang dikehendaki dan didapati perlu oleh Menteri.

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 675

Kuasa Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan

11. (1) Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu atau suai manfaat bagi, atau bersampingan dengan penjalanan fungsinya.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Makmal

Standard Pengukuran Kebangsaan hendaklah termasuk kuasa—

(a)

untuk melakukan perbandingan antarabangsa bagi standard pengukuran;

(b)

untuk bekerjasama dan berusaha sama dengan makmal pengukuran lain dan institusi pengajian tinggi dalam bidang pengukuran;

(c)

untuk mewakili Malaysia dalam aktiviti pengukuran antarabangsa;

(d)

untuk mengenakan fi dan caj lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan;

(e)

untuk mengeluarkan suatu perakuan berkenaan dengan mana-mana bahan rujukan atau mengiktiraf suatu perakuan berkenaan dengan mana-mana bahan rujukan yang dikeluarkan oleh mana-mana orang atau badan lain; dan

(f)

untuk melaksanakan mana-mana fungsi lain yang dikehendaki oleh Menteri.

Kuasa Menteri untuk melantik organisasi berkenaan dengan unit pengukuran yang khusus, dsb.

12. (1) Menteri boleh, dengan nasihat Majlis, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melantik mana-mana organisasi di dalam Malaysia untuk menjalankan tugas sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subperenggan 14(2)(f)(i) berkenaan dengan—

(a)

unit khusus pengukuran;

(b)

bahan rujukan diperakui khusus;

(c)

kategori khusus unit pengukuran; dan

(d)

kategori khusus bahan rujukan diperakui.

Sistem Pengukuran Kebangsaan 13

(2)

Kuasa Menteri di bawah subseksyen (1) hanya boleh dijalankan sekiranya Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan tidak dapat menjalankan mana-mana fungsinya di bawah seksyen 10.

(3)

Organisasi yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah di bawah pengawasan teknikal Makmal Standard Pengukuran

Kebangsaan dan hendaklah tertakluk kepada tugas dan kuasa dan terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen 14(2).

Bahagian IV

MAJLIS PENGUKURAN KEBANGSAAN

Penubuhan Majlis Pengukuran Kebangsaan

13. (1) Suatu Majlis yang dikenali sebagai “Majlis Pengukuran

Kebangsaan” ditubuhkan yang terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

seorang wakil daripada Kementerian;

(c)

seorang wakil daripada Makmal Standard Pengukuran

Kebangsaan;

(d)

dua orang lain yang mewakili Kerajaan, yang hendaklah dilantik daripada kalangan mereka yang terlibat dalam standard pengukuran dan teknologi pengukuran; dan

(e)

tidak lebih daripada lima orang anggota lain yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang bersesuaian dalam perkara yang berhubungan dengan standard pengukuran dan teknologi pengukuran.

(2)

Menteri hendaklah melantik seorang Timbalan Pengerusi daripada kalangan anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(b)

hingga (e).

(3)

Fungsi Majlis adalah—

(a)

untuk menasihati Menteri tentang segala perkara yang berkenaan dengan objektif dasar kebangsaan bagi aktiviti sistem pengukuran; dan 14

Undang-Undang Malaysia

Akta 675

(b)

untuk menasihati Menteri dan mengemukakan syor untuk pertimbangan dan kelulusan Menteri berkenaan dengan perkara pengukuran yang—

(i)

boleh mempertingkatkan keyakinan antarabangsa dalam sistem pengukuran kebangsaan di Malaysia;

(ii)

boleh menyokong obligasi Malaysia di peringkat antarabangsa berkenaan dengan aktiviti pengukuran;

(iii)

boleh memudahkan dasar kerajaan dalam perdagangan negara dan antarabangsa, perkara perundangan atau hubungan antarabangsa;

(iv)

boleh menjaga kepentingan awam dalam bidang kesihatan, keselamatan dan alam sekitar;

(v)

membolehkan penyelidikan dan pembangunan saintifik dijalankan; dan

(vi)

memudahkan pembangunan ekonomi yang bermanfaat kepada Malaysia.

(4)

Peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi Majlis.

Bahagian V

AM

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

14. (1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kuat kuasa yang sepenuhnya kepada atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan nama, simbol, takrif dan penggunaan unit perolehan pengukuran;

(b)

untuk menetapkan nama, simbol, takrif dan penggunaan gandaan dan subgandaan untuk digunakan bersama dengan unit asas dan unit perolehan pengukuran;

(c)

untuk menetapkan penggunaan unit sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;

Sistem Pengukuran Kebangsaan 15

(d)

untuk menetapkan kehendak dan tafsiran kebolehkesanan pengukuran;

(e)

untuk menetapkan kehendak bagi kelulusan sesuatu alat pengukur;

(f)

untuk menetapkan berkenaan dengan suatu organisasi yang dilantik di bawah subseksyen 12(1)—

(i)

tugas dan kuasa organisasi itu;

(ii)

terma dan syarat organisasi itu; dan

(iii)

apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pelantikan organisasi itu;

(g)

untuk menetapkan fi dan caj lain;

(h)

untuk memperuntukkan secara amnya pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Makmal Standard

Pengukuran Kebangsaan di bawah peruntukan Akta ini.

Kuasa untuk meminda Jadual

15. Menteri boleh, dengan nasihat Majlis, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda, menukar, mengubah, menambah kepada, memotong daripada atau menggantikan Jadual kepada

Akta ini, dan Jadual yang dipinda, ditukar, diubah dan ditambah, dipotong atau diganti sedemikian, hendaklah mula berkuat kuasa dan hendaklah disifatkan sebagai bahagian penting Akta ini mulai dari tarikh apa-apa penyiaran, atau dari apa-apa tarikh yang lebih awal atau terkemudian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

Kecualian

16. (1) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan kesahan apa-apa pengukuran yang telah dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau oleh apa-apa kelengkapan, peranti, alat atau mesin yang telah ditetapkan sebagai alat pengukur di bawah mana-mana undang-undang sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini.

(2)

Jika pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini prosiding yang melibatkan pengukuran telah bermula atau belum selesai, prosiding itu hendaklah diteruskan di bawah Akta yang di bawahnya prosiding itu dimulakan seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

16

Undang-Undang Malaysia

Akta 675

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

[Subseksyen 4(2)]

Unit Sistem Antarabangsa (SI)

Bahagian 1

UNIT ASAS

Unit asas, Nama dan Simbol:

Kuantiti

Unit dan Simbol

Takrif panjang meter

(m)

Meter ialah panjang laluan yang direntasi cahaya dalam vakum pada lat masa 1/299 792 458 sesaat.

jisim kilogram

(kg)

Kilogram ialah unit bagi jisim; ia bersamaan dengan jisim prototaip antarabangsa kilogram.

lat masa saat

(s)

Saat ialah jangkasama tempoh 9 192 631 770 kala pancaran yang dihasilkan bersamaan dengan peralihan di antara dua aras hiperhalus pada keadaan dasar atom caesium 133.

arus elektrik ampere

(A)

Ampere ialah arus malar yang, jika disenggara dalam dua konduktor lurus yang selari, panjangnya tidak terhingga, keratan rentas terlalu kecil dan terletak 1

meter jarak dalam vakum akan menghasilkan antara dua konduktor ini daya yang bersamaan dengan 2 x 10–7

newton per meter panjang.

suhu termodinamik kelvin

(K)

Kelvin ialah pecahan 1/273.16

daripada suhu termodinamik takat tigaan air.

Sistem Pengukuran Kebangsaan 17

Kuantiti

Unit dan Simbol

Takrif keamatan berluminositi kandela

(cd)

Kandela ialah keamatan berluminositi, dalam arah yang diberikan, daripada sumber yang memancarkan pancaran monokiomatik pada frekuensi 540 x 1012 hertz dan mempunyai keamatan sinaran dalam arah itu bersamaan

(1/683) watt per steradian.

amaun bahan mol

(mol)

1. Mol ialah amaun bahan suatu sistem yang mengandungi entiti asas yang sama banyak dengan bilangan atom dalam 0.012 kilogram atom karbon 12.

2. Apabila mol digunakan, entiti asas mestilah dinyatakan dan boleh jadi atom, molekul, ion, elektron, zarah lain atau kumpulan zarah tersebut yang dinyatakan.

Bahagian 2

UNIT PEROLEHAN SI

1. Unit perolehan SI, Nama dan Simbol:

Kuantiti

Nama

Simbol

Dinyatakan dalam sebutan unit asas SI

Dinyatakan dalam sebutan unit SI lain 1.1  Ruang dan Masa sudut satah radian rad m · m-1=1

sudut pepejal steradian sr m2 · m-2=1

luas meter persegi m2

m2

isipadu meter padu m3

m3

laju, halaju meter per saat m/s m · s-1

pecutan meter per saat kuasa dua m/s2

m · s-2

nombor gelombang salingan meter m-1

m-1

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 675

Kuantiti

Nama

Simbol

Dinyatakan dalam sebutan unit asas SI

Dinyatakan dalam sebutan unit SI lain isi padu tentu meter padu per kilogram m3/kg m3 · kg-1

frekuensi hertz

Hz s-1

halaju sudut radian persaat rad/s m · m-1 ·s-1= s-1

pecutan sudut radian per-saat kuasa dua rad/s2

m · m-1 . s-2= s-2 1.2  Mekanik jisim linear, ketumpatan linear kilogram per meter kg/m kg · m-1

jisim ruang, ketumpatan permukaan kilogram persegi kg/m2

kg · m-2

ketumpatan, ketumpatan jisim kilogram per meter padu kg/m3

kg · m-3

daya newton

N m · kg · s-2

tekanan, tegasan pascal

Pa m-1 · kg · s-2

N/m2

kerja, tenaga, kuantiti haba joule

J m2 · kg . s-2

N · m kuasa, fluks sinaran kadar aliran tenaga, kadar aliran haba watt

W m2 · kg · s-3

J/s kelikatan dinamik pascal saat

Pa · s m-1 · kg · s-1

kelikatan kinetik meter persegi per saat m2/s m2 · s-1

momen daya newton meter

N · m m2 · kg · s-2

tegangan permukaan newton per meter

N/m kg · s-2

kadar aliran isipadu meter padu per saat m3/s m3 · s-1

kadar aliran jisim kilogram per saat kg/s kg · s-1 1.3  Keelektrikan dan Kemagnetan ketumpatan arus ampere per meter persegi

A/m2

A . m-2

cas elektrik, kuantiti keletrikan coulomb

C s . A keupayaan elektrik, beza tegangan elektrik, daya gerak elektrik volt

V m2 . kg . s-3 . A-1

W/A kekuatan medan elektrik volt per meter

V/m m . kg . s-3 . A-1

Sistem Pengukuran Kebangsaan 19

Kuantiti

Nama

Simbol

Dinyatakan dalam sebutan unit asas SI

Dinyatakan dalam sebutan unit SI lain ketumpatan cas elektrik coulomb per meter padu

C/m³

m-3 . s . A ketumpatan fluks elektrik coulomb per meter persegi

C/m-2

m-2 . s . A rintangan elektrik ohm

Ω m² . kg . s-3 . A-2

V/A kapasitans farad

F m-2 . kg-1 . s4 . A2

C/V konduktans elektrik siemens

S m-2 . kg-1 . s3 . A2

A/V fluks magnet weber

Wb m2 . kg . s-2 . A-1

V . s ketumpatan fluks magnet tesla

T kg . s-2 . A-1

Wb/m²

kekuatan medan magnet ampere per meter

A/m

A . m-1

induktans henry

H m2 . kg . s-2 . A-2

Wb/A ketelapan ruang bebas henry per meter

H/m m . kg . s-2 . A-2

ketelusan ruang bebas farad per meter

F/m m-3 . kg-1 . s4 .A2 1.4  Haba suhu celsius darjah celsius ºC

K ketumpatan fluks haba, dedahan pancar watt per meter

W/m2

kg . s-3

muatan haba, entropi joule per kilogram kelvin

J/K m2 . kg . s-2 . K-1

muatan haba tentu, entropy tentu, muatan jasa jisim joule per kilogram kelvin

J/(kg . K)

m2 . s-2 . K-1

haba tentu joule per kilogram

J/kg m2 . s-2

kekonduksian terma watt per meter kelvin

W/(m . K)

m . kg . s-3 . K-1

ketumpatan tenaga haba joule per meter padu

J/m3

m-1 . kg . s-2 1.5  Kimia Fizikal dan Fizik Molekul kepekatan (amaun bahan)

mol meterpadu mol/m3

mol . m-3

tenaga molar joule per mol

J/mol m2 . kg . s-2 . mol-1

entropy molar, muatan haba molar joule per mol kelvin

J/(mol . K)

m2 kg . s-2 K-1. mol-1

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 675

Kuantiti

Nama

Simbol

Dinyatakan dalam sebutan unit asas SI

Dinyatakan dalam sebutan unit SI lain 1.6  Pancaran dan Cahaya luminans candela per meter persegi cd/m2

cd . m-2

indeks biasan

(nombor) satu 1 1

fluks berluminosti lumen lm cd cd . sr kecahayaan luks lx m-2 . cd lm/m2

keamatan sinaran watt per steradian

W/sr m2 . kg . s-3

sinaran watt per meter per segi steradian

W/(m2 . sr)

kg . s-3 1.7  Radiasi Mengion keaktifan

(radionuklid)

becquerel

Bq s-1

dos terserap, tenaga tentu, kerma gray

Gy m2 . s-2

J/kg dos setara, dos setara persekitaran, dos setara terarah, dos setara tunggal, dos setara organ sievert

Sv m2 . s-2

J/kg dedahan (sinar x dan y)

coulomb per kilogram

C/kg kg-1 . s . A kadar dos terserap gray per saat

Gy/s m2 . s-3

2. Unit perolehan hendaklah termasuk mana-mana unit lain yang boleh dinyatakan secara algebra dalam unit asas SI atau dalam sebutan kombinasi unit asas SI dengan unit perolehan lain dengan cara simbol matematik pendaraban atau pembahagian.

Sistem Pengukuran Kebangsaan 21

Bahagian 3

GANDAAN DAN SUBGANDAAN UNIT SI

Nama dan simbol gandaan dan subgandaan unit SI:

Faktor

Singkatan

Simbol 1024

yotta

Y

1021

zetta

Z

1018

exa

E

1015

peta

P

1012

tera

T

109

giga

G

106

mega

M

103

kilo k 102

hekto h 101

deka da 10-1

desi d 10-2

senti c 10-3

mili m 10-6

micro µ 10-9

nano n 10-12

piko p 10-15

femto f 10-18

atto a 10-21

zepto z 10-24

yokto y

22

Undang-Undang Malaysia

Akta 675

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

[Subseksyen 4(3)]

Unit pengukuran lain yang dibenarkan

Bahagian 1

Unit yang diterima di peringkat antarabangsa untuk digunakan dengan Unit

Sistem Antarabangsa (SI):

Nama

Simbol

Nilai dalam unit SI minit min 1 min = 60 s jam h 1 h = 60 min = 3600 s hari d 1 d = 24 h = 86 400 s darjah º 1º = ( л/180) rad minit

1’ = (1/60)° = (л /10 800) rad saat

1’’ = (1/60)’ = (л /648 000) rad liter l, L

1 l = 1 dm3 = 10-3 m3

tan t 1 t = 103 kg neper

Np 1 Np = 1

bel

B

1 B = (1/2) In 10 (Np)

Bahagian 2

Unit yang diterima untuk digunakan dengan Unit Sistem Antarabangsa (SI), yang nilainya diperoleh secara eksperimen—

Nama

Simbol

Nilai dalam SI unit

Nota elektronvolt eV

1 eV = 1.60217653 (14) x 10-19 J

(a)

unit jisim atom disatukan u 1 ua = 1.66053886 (28) x (10) -27 kg

(b)

unit astronomi ua 1 ua = 1.49597870691 (6) x 1011 m

(c)

(a)

Elektronvolt adalah tenaga kinetik yang diperoleh oleh elektron dalam merentasi beza keupayaan 1 V dalam vakum.

(b)

Unit jisim atom disatukan bersamaan dengan 1/12 daripada jisim unsur nuklid 12C, yang tiada ikatan, pada keadaan rehat dan dalam keadaan dasarnya. Unit jisim atom juga dipanggil sebagai dalton (Da), dalam bidang biokimia.

(c)

Unit astronomi adalah unit panjang; ia adalah anggaran bersamaan dengan jarak purata dengan Bumi-Matahari. Nilainya yang adalah, bila digunakan untuk menggambarkan pergerakan sesuatu jisim dalam sistem solar, pemalar graviti heliosentrik adalah (0.017 207 098 95)2 ua3 . d–2.

Sistem Pengukuran Kebangsaan 23

Bahagian 3

Unit pengukuran dan kelas unit pengukuran yang boleh digunakan secara sementara:

Nama

Simbol

Nilai 1.

Luas barn

(kegunaannya hanya dibenarkan dalam fizik atom dan nuklear)

b 1 b = 100 fm2 = 10-28 m2 2.

Kelikatan dinamik poise

P

1 P = 0.1 Pa . s = 10-1 Pa . s sentipoise cP

1 cP = 1 mPa . s = 10-3 Pa . s 3.

Kelikatan kinematik stokes

St 1 St = 100 mm2/s = 10-4 m2/s sentistokes cSt 1 cSt = 1 mm2/s = 10-6 m2/s 4.

Keaktifan (sumber radioaktif)

curie dan gandaan dan subgandaan curie

Ci 1 Ci = 37 GBq = 3.7 x 1010 Bq 5.

Dos terserap rad dan gandaan dan subgandaan rad rad 1 rad = 0.01 Gy = 10-2 Gy 6.

Dedahan roentgen dan gandaan dan subgandaan roentgen

R

1 R = 0.258 mC/kg = 2.58 x 10-4 C/kg 7.

Tekanan millimeter merkuri

(Kegunaannya hanya dibenarkan dalam bidang yang khusus)

mmHg 1 mmHg = 133.322 Pa bar dan gandaannya dan subgandaan bar bar 1 bar = 100 kPa = 105 Pa 8.

Sudut satah kitaran (pusingan)

R

1 r = 2л rad 9.

Sistem-sistem optikal terarah diopter 1 diopter = 1 m-1

10. Keluasan tanah dan ladang ternakan are a 1 a = 100 m2 = 102 m2

hektar ha 1 ha = 0.01 km2 = 104 m2

24

Undang-Undang Malaysia

Akta 675

Nama

Simbol

Nilai

11. Karat metrik

Karat metrik

(Kegunaannya hanya dibenarkan untuk menunjukkan jisim mutiara dan batu-batu berharga)

ct 1 ct = 0.2 g = 2 x 10-4 kg

12. Panjang angstrom

Å

1 Å = 0.1 nm = 10-10 m batu nautika 1 batu nautika = 1852 m knot 1 batu nautika per jam = (1852/3600) m/s

13. Isipadu

(pengurusan perhutanan dan perdagangan balak)

stere st 1 st = 1 m3

14. Jisim quintal q 1 q = 100 kg = 102 kg

15. Daya kilogram-daya kgf 1 kgf = 1 kp = 9.806 65 N kilopond dan gandaan desimal dan subgandaan kp

16. Tekanan atmosfera standard atm 1 atm = 101.325 kPa = 1.01325 x 105 Pa atmosfera teknikal at 1 at = 98.066 5 kPa = 0.9806 65 x 105 Pa torr

Torr 1 Torr = 101 325 Pa

760

meter air mH2O

1 mH2 O = 9.806 65 kPa = 9.806 65 x 105 Pa

17. Kerja, tenaga, kuantiti haba kilogram daya meter =

kilopond meter kgf . m kp . m 1 kgf . m=1kp . m=9.80665 J kalori dan desimal gandaan dan subgandaan cal 1 cal = 4.186 8 J

18. Kuasa kuasa kuda metrik (cheval-vapeur)

1 kuasa kuda metrik

=0.735 498 75 kW=735.498 75W

19. Luminans stilb sb 1 sb = 10 kcd/m2 = 104 cd/m2

Sistem Pengukuran Kebangsaan 25

Jadual

Suggest a correction

Jadual Ketiga

[Subseksyen 13(4)]

Mesyuarat

1. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya setahun sekali pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi.

(2)

Notis secara bertulis mengenai mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Majlis tidak kurang daripada empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat itu.

(3)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan tiap-tiap mesyuarat Majlis tetapi semasa ketiadaan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, atau semasa ketiadaan

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, seorang anggota Majlis yang dilantik oleh anggota Majlis yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(4)

Lima anggota Majlis hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Majlis.

(5)

Tiap-tiap anggota Majlis yang hadir berhak kepada satu undi.

(6)

Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Majlis terdapat bilangan undi yang sama banyak, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.

Tempoh jawatan

2. Seseorang anggota Majlis hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak dilantik semula.

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan

3. (1) Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis tanpa memberi apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(2)

Seseorang anggota Majlis boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberi notis secara bertulis kepada Menteri.

Pengosongan jawatan

4. Jawatan seseorang anggota Majlis hendaklah menjadi kosong—

(a)

jika dia mati;

26

Undang-Undang Malaysia

Akta 675

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika dia menjadi bankrap;

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan tugasnya;

(e)

dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali terturut-turut tanpa kebenaran Menteri;

(f)

dalam hal seseorang anggota Majlis selain Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran

Pengerusi;

(g)

jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau

(h)

jika dia meletakkan jawatan dan peletakan jawatannya diterima oleh

Menteri.

Elaun

5. Anggota Majlis boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Majlis boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

6. (1) Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Majlis bagi maksud menasihati

Majlis mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang yang diundang itu tidak mempunyai hak untuk mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan itu.

(2)

Seorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa elaun atau fi sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

Sistem Pengukuran Kebangsaan 27

Minit

7. (1) Majlis hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Majlis hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

(3)

Tiap-tiap mesyuarat Majlis yang berkenaan dengan penjalanannya minit telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Tatacara

8. Tertakluk kepada Akta ini, Majlis hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Majlis

9. Tiap-tiap anggota Majlis hendaklah menumpukan masa kepada urusan

Majlis sebagaimana yang perlu untuk menunaikan tugasnya secara berkesan.

Urus setia Majlis 10.

Urus setia Majlis ialah Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan.

28

Undang-Undang Malaysia

Akta 675

AKTA 675

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

—TIADA—

Sistem Pengukuran Kebangsaan 29

AKTA 675

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

—TIADA—

Common questions

What is NATIONAL MEASUREMENT SYSTEM ACT 2007?
AKTA SISTEM PENGUKURAN KEBANGSAAN 2007 is Malaysia Act, cited as Act 675 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.
Is NATIONAL MEASUREMENT SYSTEM ACT 2007 still in force?
Yes — NATIONAL MEASUREMENT SYSTEM ACT 2007 is currently in force.
When did NATIONAL MEASUREMENT SYSTEM ACT 2007 take effect?
NATIONAL MEASUREMENT SYSTEM ACT 2007 was first recorded in 2007.
How many schedules does NATIONAL MEASUREMENT SYSTEM ACT 2007 have?
NATIONAL MEASUREMENT SYSTEM ACT 2007 contains 5 schedules.
Where can I read the official version of NATIONAL MEASUREMENT SYSTEM ACT 2007?
The official text of NATIONAL MEASUREMENT SYSTEM ACT 2007 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA SISTEM PENGUKURAN KEBANGSAAN 2007 (No. 675) | mylaw.my