Skip to content
ActIn force

Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2024
Sections
33
Languages
MS · EN

Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 is Malaysia Act, cited as Act 853 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.

Front matterCover and publication detailsOpen

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta 853

Undang-Undang Malaysia 2

Akta 853

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

14 Mei 2024

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

24 Mei 2024

Hakcipta Pencetak H

Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 853

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi kekebalan Negara asing dan hartanya, ketua Negara dan ketua Kerajaan Negara asing daripada bidang kuasa mahkamah Malaysia; hal keadaan bagi penepian kekebalan; had kekebalan; penubuhan Majlis Kekebalan Negara Asing; penarikan balik kekebalan apabila tiada layanan salingan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kekebalan Bidang Kuasa

Negara Asing 2024.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Perdana Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 853

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 853

Ketidakpakaian Akta

Undang-undang yang terpakai

Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan misi diplomatik, jawatan konsular, misi khas, misi organisasi antarabangsa, agen, atau delegasi organ organisasi antarabangsa atau kepada persidangan antarabangsa.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ketua Kerajaan” ertinya seseorang yang mengetuai kabinet atau apa-apa badan yang serupa sifatnya bagi sesuatu Negara asing;

“ketua Negara” ertinya seseorang yang memegang jawatan rasmi tertinggi dalam sesuatu Negara asing;

“mahkamah” ertinya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten di Malaysia;

“Majlis” ertinya Majlis Kekebalan Negara Asing yang ditubuhkan di bawah seksyen 20;

“Negara asing” ertinya mana-mana negara atau wilayah di luar

Malaysia, dan termasuklah—

(a)

suatu jabatan atau pelbagai organ kerajaan sesuatu Negara asing;

Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 9

(b)

suatu unit keanggotaan persekutuan Negara asing atau subbahagian politik Negara asing itu; dan

(c)

agensi, badan atau entiti lain sesuatu Negara asing yang ditubuhkan di bawah suatu undang-undang bertulis atau sebaliknya oleh Negara asing itu;

“transaksi komersial” ertinya—

(a)

apa-apa kontrak atau transaksi komersial bagi penjualan barang atau pembekalan perkhidmatan;

(b)

apa-apa kontrak bagi suatu pinjaman atau transaksi lain yang bersifat kewangan, termasuk apa-apa obligasi jaminan atau tanggung rugi berkenaan dengan apa-apa pinjaman atau transaksi itu; dan

(c)

apa-apa kontrak atau transaksi yang bersifat komersial, perindustrian, perdagangan atau profesional yang lain, tetapi tidak termasuk suatu kontrak kerja.

Bahagian II

KEKEBALAN BIDANG KUASA NEGARA ASING

Kekebalan am daripada bidang kuasa

Kekebalan Negara asing

Tertakluk kepada Bab II dan III Bahagian ini dan Bahagian III,—

(a)

sesuatu Negara asing berkenaan dengan dirinya sendiri atas kapasiti rasminya dan hartanya;

(b)

seseorang ketua Negara atas kapasiti rasminya; dan

(c)

seseorang ketua Kerajaan atas kapasiti rasminya, hendaklah menikmati kekebalan daripada bidang kuasa mahkamah dan tiada prosiding boleh dimulakan terhadap mereka oleh mana-mana pihak.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 853

Prosiding terhadap Negara asing, ketua Negara dan ketua Kerajaan

(1)

Sesuatu prosiding di hadapan mana-mana mahkamah hendaklah disifatkan telah dimulakan terhadap sesuatu Negara asing dan hartanya, jika Negara asing itu dan hartanya—

(a)

dinamakan sebagai pihak kepada prosiding itu; atau

(b)

tidak dinamakan sebagai pihak kepada prosiding tetapi prosiding itu memberikan kesan yang menyentuh harta, hak, kepentingan atau aktiviti Negara asing itu.

(2)

Sesuatu prosiding di hadapan mana-mana mahkamah hendaklah disifatkan telah dimulakan terhadap seseorang ketua Negara atau seseorang ketua Kerajaan jika ketua Negara atau ketua Kerajaan itu dinamakan sebagai pihak kepada prosiding itu.

Penepian kekebalan

(1)

Sesuatu Negara asing, seseorang ketua Negara dan seseorang ketua Kerajaan hendaklah disifatkan telah mengetepikan kekebalan mereka daripada bidang kuasa mahkamah jika mana-mana daripada mereka—

(a)

telah secara nyata bersetuju dengan penjalanan bidang kuasa mahkamah;

(c)

telah memulakan, mencelah atau mengambil apa-apa langkah dalam prosiding mahkamah; atau

(d)

telah memfailkan apa-apa tuntutan balas yang timbul daripada hubungan di sisi undang-undang atau fakta yang sama dengan tuntutan prinsipal dalam mana-mana mahkamah.

Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 11

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu Negara asing, seseorang ketua Negara dan seseorang ketua Kerajaan tidak disifatkan telah mengetepikan kekebalan mereka daripada bidang kuasa mahkamah jika—

(a)

Negara asing, ketua Negara dan ketua Kerajaan itu, memasukkan kehadiran, mencelah atau mengambil apa-apa langkah lain dalam sesuatu prosiding di hadapan mahkamah hanya bagi maksud—

(i)

memohon kekebalan; atau

(ii)

menuntut hak atau kepentingan dalam harta yang menjadi isu dalam prosiding; dan

(b)

Negara asing itu atau wakilnya, ketua Negara atau ketua Kerajaan itu hadir sebagai saksi dalam mana-mana mahkamah.

(3)

Bagi maksud perenggan 1(a), mana-mana peruntukan dalam perjanjian yang dibuat oleh sesuatu Negara asing, seseorang ketua Negara atau seseorang ketua Kerajaan yang memperuntukkan bahawa perjanjian itu hendaklah tertakluk kepada dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia tidak boleh ditafsirkan sebagai persetujuan kepada penjalanan bidang kuasa mahkamah.

Had kekebalan daripada bidang kuasa

Had kekebalan dalam prosiding yang timbul daripada transaksi komersial

(1)

Sesuatu Negara asing tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam apa-apa prosiding yang timbul daripada transaksi komersial yang dijalankan oleh Negara asing itu dengan mana-mana orang di Malaysia.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), kekebalan yang dinikmati oleh Negara asing tidak terjejas jika—

(a)

pihak-pihak kepada transaksi komersial itu telah secara nyata bersetuju bahawa Negara asing itu tidak tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah; dan

(b)

transaksi komersial itu adalah antara Negara asing.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 853

(3)

Jika sesuatu perusahaan Negara asing atau entiti lain yang ditubuhkan oleh sesuatu Negara asing yang mempunyai keperibadian undang-undang yang bebas dan berupaya untuk—

(b)

memperoleh, memiliki atau memegang dan melupuskan harta, termasuk harta yang Negara asing itu telah memberikan kebenaran kepadanya untuk mengendalikan atau menguruskan, terlibat dalam suatu prosiding yang berhubungan dengan transaksi komersial yang entiti itu terlibat, kekebalan yang dinikmati oleh

Negara asing itu tidak terjejas.

(4)

Seseorang ketua Negara dan ketua Kerajaan tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam apa-apa prosiding yang timbul daripada transaksi komersial yang dijalankan olehnya dengan mana-mana orang di Malaysia dalam kapasiti peribadinya.

Had kekebalan dalam prosiding yang berhubungan dengan kontrak kerja

(1)

Sesuatu Negara asing tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan kontrak kerja antara Negara asing dengan orang perseorangan bagi apa-apa kerja yang dilaksanakan atau akan dilaksanakan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, di Malaysia.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), kekebalan yang dinikmati oleh Negara asing itu tidak terjejas jika—

(a)

pekerja itu telah direkrut untuk melaksanakan fungsi tertentu dalam penjalanan kuasa kerajaan Negara asing itu;

(i)

agen diplomatik atau pegawai konsular masing-masing sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen

Vienna) 1966 [Akta 636] dan Akta Hubungan

Konsular (Konvensyen Vienna) 1999 [Akta 595];

Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 13

(ii)

anggota kakitangan diplomatik sesuatu misi tetap kepada organisasi antarabangsa atau misi khas, atau yang direkrut untuk mewakili Negara asing di persidangan antarabangsa; atau

(iii)

mana-mana orang yang menikmati kekebalan diplomatik;

(c)

hal perkara prosiding itu merupakan perekrutan, pembaharuan kerja atau pengembalian kerja seseorang individu;

(d)

hal perkara prosiding itu merupakan pemberhentian atau penamatan kerja seseorang individu dan, sebagaimana yang ditentukan oleh ketua Negara, ketua Kerajaan atau

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri bagi majikan Negara asing itu, prosiding itu akan mengganggu kepentingan keselamatan Negara asing itu;

(e)

pada masa prosiding itu dimulakan, pekerja itu merupakan warganegara majikan Negara asing itu melainkan jika pekerja itu merupakan pemastautin tetap Malaysia; atau

(f)

majikan Negara asing itu dan pekerja itu telah bersetuju secara bertulis bahawa kekebalan yang dinikmati oleh

Negara asing itu tidak terjejas, tertakluk kepada apa-apa dasar awam yang memberikan bidang kuasa mahkamah atas sebab hal perkara prosiding itu.

(3)

Seseorang ketua Negara dan ketua Kerajaan tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan kontrak kerja dengan mana-mana orang di Malaysia dalam kapasiti peribadinya.

Had kekebalan dalam prosiding yang berhubungan dengan tuntutan kecederaan diri, dsb.

Sesuatu Negara asing, seseorang ketua Negara dan seseorang ketua Kerajaan tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan—

(b)

apa-apa kerosakan kepada harta, yang berlaku di Malaysia.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 853

Had kekebalan dalam prosiding yang berhubungan dengan penentuan hak, dsb., terhadap harta

Sesuatu Negara asing tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam mana-mana prosiding untuk menentukan—

(a)

apa-apa hak, kepentingan atau obligasi Negara asing itu dalam harta tidak alih yang berada di Malaysia;

(b)

apa-apa hak, kepentingan atau obligasi Negara asing dalam harta alih atau tidak alih yang timbul daripada pewarisan, hadiah atau bona vacantia; atau

(c)

apa-apa hak, kepentingan atau obligasi Negara asing dalam pentadbiran harta seperti harta amanah, estet seorang bankrap atau harta syarikat apabila syarikat itu digulung.

Had kekebalan dalam prosiding yang berhubungan dengan harta intelek, dsb.

Sesuatu Negara asing tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan—

(a)

penentuan apa-apa hak Negara asing dalam sesuatu paten, reka bentuk industri, nama dagang atau nama perniagaan, cap dagang, hak cipta, petunjuk geografi, reka bentuk susun atur litar bersepadu atau apa-apa bentuk lain harta intelek atau industri; atau

(b)

suatu dakwaan pelanggaran oleh Negara asing, terhadap hak daripada jenis yang disebut dalam perenggan (a)

yang dimiliki oleh pihak ketiga dan dilindungi, didaftarkan atau diberikan di Malaysia.

Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 15

Had kekebalan dalam prosiding yang berhubungan dengan penyertaan dalam syarikat, dsb.

(1)

Sesuatu Negara asing tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan penyertaannya dalam sesuatu syarikat atau badan kolektif yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang merupakan prosiding berkenaan dengan hubungan antara

Negara asing itu dengan syarikat atau badan kolektif lain itu atau peserta lain dalam syarikat atau badan kolektif itu, dengan syarat syarikat atau badan kolektif lain itu—

(a)

mempunyai peserta selain Negara asing itu atau organisasi antarabangsa; dan

(b)

diperbadankan atau ditubuhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undang Malaysia atau mempunyai alamat berdaftar atau tempat perniagaan utamanya di Malaysia.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), kekebalan yang dinikmati oleh Negara asing itu tidak terjejas jika Negara asing itu dan pihak-pihak kepada pertikaian telah bersetuju untuk tidak tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah atau surat cara yang menubuhkan atau mengawal selia syarikat atau badan kolektif itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengandungi peruntukan yang memberikan kesan sedemikian.

Had kekebalan dalam prosiding yang berhubungan dengan kapal yang dimiliki atau dikendalikan oleh Negara asing

(1)

Sesuatu Negara asing tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan—

(a)

pengendalian kapal yang dimiliki atau dikendalikan oleh

Negara asing itu; dan

(b)

pengangkutan kargo di atas kapal yang dimiliki atau dikendalikan oleh Negara asing itu, jika pada masa kausa tindakan berbangkit, kapal itu digunakan selain bagi maksud bukan komersial kerajaan.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 853

(2)

Sesuatu Negara asing boleh membuat pli semua langkah pembelaan, preskripsi dan batas liabiliti yang terpakai bagi kapal dan kargo persendirian dan pemiliknya dalam prosiding yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), kekebalan bidang kuasa

Negara asing tidak akan terjejas jika, pada masa itu, kapal atau kargo yang dipertikaikan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, merupakan—

(a)

suatu kapal perang atau tentera laut bantuan yang digunakan hanya bagi perkhidmatan bukan komersial kerajaan;

(b)

suatu kapal yang dimiliki atau dikendalikan oleh sesuatu

Negara asing dan digunakan hanya bagi perkhidmatan bukan komersial kerajaan; atau

(c)

suatu kargo yang dibawa di atas kapal yang disebut dalam perenggan (a), atau suatu kargo yang dimiliki oleh Negara asing itu dan digunakan atau dihasratkan digunakan semata-mata bagi maksud bukan komersial kerajaan.

(4)

Jika dalam sesuatu prosiding timbul persoalan yang berhubungan dengan sifat bukan komersial kerajaan bagi sesebuah kapal yang dimiliki atau dikendalikan oleh sesuatu Negara asing atau kargo yang dimiliki oleh Negara asing, suatu perakuan yang ditandatangani oleh wakil diplomatik atau pihak berkuasa yang berwibawa yang lain bagi Negara asing itu dan dikemukakan kepada mahkamah hendaklah menjadi keterangan mengenai sifat kapal atau kargo itu.

Had kekebalan dalam prosiding yang berhubungan dengan mendapatkan balik cukai

(1)

Sesuatu Negara asing, seseorang ketua Negara dan seseorang ketua Kerajaan tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan mendapatkan balik cukai yang dikuatkuasakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 17

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “cukai” termasuklah apa-apa caj, duti, eksais, ses, dues atau impos wajib yang lain yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Had kekebalan jika ada perjanjian mengenai timbang tara

Jika wujud suatu perjanjian antara sesuatu Negara asing, seseorang ketua Negara atau seseorang ketua Kerajaan dengan mana-mana orang untuk mengemukakan kepada timbang tara di Malaysia apa-apa pertikaian yang berhubungan dengan transaksi komersial, Negara asing, ketua Negara atau ketua Kerajaan itu tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan—

(a)

kesahan, tafsiran atau pemakaian perjanjian timbang tara;

Bahagian III

KEKEBALAN DARIPADA TINDAKAN ATAU PENGHAKIMAN

TERHADAP HARTA NEGARA ASING

Tindakan praperbicaraan terhadap harta Negara asing

Tiada tindakan praperbicaraan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap harta sesuatu Negara asing di hadapan mana-mana mahkamah melainkan jika—

(a)

Negara asing itu telah secara nyata bersetuju dengan pengambilan tindakan itu sebagaimana yang diperuntukkan—

(i)

dalam suatu perjanjian antarabangsa;

(ii)

dalam suatu perjanjian timbang tara atau dalam suatu kontrak bertulis; atau

(iii)

dalam suatu perisytiharan di hadapan mahkamah atau dalam suatu komunikasi bertulis selepas pertikaian antara pihak-pihak timbul; atau

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 853

(b)

Negara asing itu telah memperuntukkan harta itu bagi menunaikan tuntutan yang menjadi matlamat prosiding itu.

Penguatkuasaan penghakiman dan perintah terhadap harta

Negara asing

(1)

Tiada penguatkuasaan penghakiman dan perintah boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap harta sesuatu Negara asing di hadapan mana-mana mahkamah melainkan jika—

(a)

Negara asing itu telah secara nyata bersetuju dengan pengambilan langkah itu sebagaimana yang diperuntukkan—

(i)

dalam suatu perjanjian antarabangsa;

(ii)

dalam suatu perjanjian timbang tara atau dalam suatu kontrak bertulis; atau

(iii)

dalam suatu perisytiharan di hadapan mahkamah atau dalam suatu komunikasi bertulis selepas pertikaian antara pihak-pihak timbul;

(b)

Negara asing itu telah memperuntukkan harta itu bagi menunaikan tuntutan yang menjadi matlamat prosiding itu; atau

(c)

telah pun dipastikan bahawa harta itu secara khususnya telah digunakan atau dihasratkan untuk digunakan oleh

Negara asing selain bagi maksud bukan komersial kerajaan dan terletak di Malaysia.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(c), harta yang berikut tidak disifatkan sebagai harta yang secara khususnya telah digunakan atau dihasratkan untuk digunakan oleh Negara asing selain bagi maksud bukan komersial kerajaan:

(a)

harta, termasuk apa-apa akaun bank, yang digunakan atau dihasratkan untuk digunakan dalam pelaksanaan fungsi misi diplomatik Negara asing itu atau jawatan konsularnya, misi khas, misi kepada organisasi antarabangsa atau delegasi organ organisasi antarabangsa atau kepada persidangan antarabangsa;

Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 19

(b)

harta bersifat ketenteraan atau digunakan atau dihasratkan untuk digunakan dalam pelaksanaan fungsi ketenteraan;

(c)

harta bank pusat atau pihak berkuasa kewangan lain

Negara asing itu;

(d)

harta yang merupakan sebahagian daripada warisan kebudayaan Negara asing itu atau sebahagian daripada arkibnya dan tidak diletakkan atau dihasratkan untuk diletakkan untuk jualan; dan

(e)

harta yang merupakan sebahagian daripada pameran objek saintifik, kebudayaan atau kepentingan sejarah dan tidak diletakkan atau dihasratkan untuk diletakkan untuk jualan.

Kesan persetujuan kepada bidang kuasa bagi tindakan praperbicaraan atau penguatkuasaan penghakiman dan perintah terhadap harta Negara asing

Persetujuan terhadap penjalanan bidang kuasa di bawah perenggan 7(1)(a) tidak boleh disifatkan sebagai persetujuan kepada pengambilan tindakan atau penguatkuasaan penghakiman dan perintah masing-masing di bawah seksyen 17 dan 18.

Bahagian IV

MAJLIS KEKEBALAN NEGARA ASING

Penubuhan Majlis Kekebalan Negara Asing

Fungsi Majlis

Majlis hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menimbang teliti dan memutuskan semua perkara berkenaan dengan kekebalan Negara asing yang timbul daripada pelaksanaan Akta ini;

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 853

(b)

untuk mengeluarkan dasar, garis panduan dan surat arahan kepada agensi Kerajaan bagi maksud Akta ini;

(c)

untuk mengawasi pelaksanaan dasar, garis panduan dan surat arahan oleh agensi Kerajaan mengenai perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan Akta ini; dan

(d)

untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Majlis di bawah Akta ini yang konsisten dengan maksud Akta ini.

Kuasa Majlis

Majlis hendaklah mempunyai kuasa dan boleh melakukan segala perkara yang perlu bagi atau berkaitan dengan atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini termasuk—

(a)

untuk memperakui secara bertulis apa-apa fakta yang berhubungan dengan persoalan sama ada sesuatu negara atau seseorang, mengikut mana-mana yang berkenaan, ialah sesuatu Negara asing, seseorang ketua Negara atau seseorang ketua Kerajaan mengikut pengertian Akta ini;

(b)

untuk memperakui secara bertulis apa-apa perkara yang berhubungan dengan kekebalan Negara asing;

(c)

untuk mengawal dan menyelaras agensi Kerajaan yang berhubungan dengan penyampaian apa-apa kertas kausa atau dokumen lain yang timbul daripada mana-mana prosiding; dan

(d)

untuk melantik apa-apa jawatankuasa yang difikirkan perlu dan suai manfaat oleh Majlis untuk membantu Majlis dalam melaksanakan mana-mana fungsinya dan dalam penjalanan kuasanya.

Keanggotaan Majlis

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Perdana Menteri sebagai Pengerusi;

Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 21

(b)

Timbalan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengerusi;

(c)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang;

(d)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri;

(e)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelaburan, perdagangan dan industri;

(f)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

(g)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;

(h)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;

(i)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;

(j)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan;

(k)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri;

(l)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi tanah; dan

Mesyuarat

(1)

Majlis hendaklah mengadakan mesyuaratnya seberapa kerap yang perlu.

(2)

Mesyuarat hendaklah diadakan pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 853

(3)

Pengerusi boleh membenarkan penggunaan suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain bagi maksud apa-apa mesyuarat Majlis.

Tatacara mesyuarat

(1)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Majlis.

(2)

Jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Majlis, dia boleh melantik Timbalan Pengerusi untuk menggantikannya sebagai pengerusi mesyuarat itu atau, dalam ketidakhadiran

Timbalan Pengerusi, mana-mana anggota Majlis yang lain, untuk menggantikannya sebagai pengerusi mesyuarat itu.

(3)

Kuorum Majlis ialah tujuh termasuk pengerusi mesyuarat.

(4)

Tiap-tiap anggota Majlis yang hadir berhak mendapat satu undi dan jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh Majlis terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

(1)

Timbalan Pengerusi hendaklah bertindak sebagai Pengerusi selama tempoh apabila—

(b)

Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak berada di Malaysia; atau

(c)

Pengerusi, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat menjalankan fungsinya.

(2)

Timbalan Pengerusi hendaklah, dalam tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 23

Majlis boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

Majlis boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota Majlis untuk menghadiri mesyuaratnya bagi menasihati

Majlis mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.

Setiausaha Majlis

(1)

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

Jabatan Perdana Menteri hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.

(2)

Setiausaha hendaklah bertanggungjawab—

(a)

bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal harian Majlis; dan

(b)

bagi penjalanan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis.

(3)

Setiausaha hendaklah, dalam menjalankan tanggungjawabnya, bertindak di bawah arahan Majlis.

Bahagian V

LAYANAN SALINGAN

Penarikan balik kekebalan Negara asing apabila tiada layanan salingan

Jika Perdana Menteri berpuas hati bahawa Malaysia tidak menerima, dalam mana-mana Negara asing, apa-apa kekebalan yang bersamaan dengan yang diberikan oleh Malaysia di bawah

Akta ini, Perdana Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menarik balik semua atau mana-mana kekebalan di bawah Akta ini terhadap Negara asing itu.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 853

Bahagian VI

Semua prosiding melibatkan mana-mana Negara asing dan hartanya, ketua Negara dan ketua Kerajaan hendaklah dijalankan mengikut kaedah-kaedah Mahkamah yang terpakai di Malaysia.

Kuasa untuk mengecualikan

Perdana Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, mengecualikan mana-mana Negara asing daripada mana-mana peruntukan Akta ini tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk dikenakan.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1)

Perdana Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Perdana Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi perkara yang berikut:

(a)

untuk menetapkan cara bagi permohonan perakuan atau dokumen dan pengeluaran apa-apa perakuan rasmi atau dokumen yang berhubungan dengan kekebalan

Negara asing; dan

(b)

untuk menetapkan cara atau tatacara komunikasi dengan

Negara asing yang berhubungan dengan kekebalan

Negara asing.

Common questions

What is Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024?
Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 is Malaysia Act, cited as Act 853 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Is Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 still in force?
Yes — Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 is currently in force.
When did Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 take effect?
Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 was first recorded in 2024.
How many sections does Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 have?
Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 contains 33 sections.
Where can I read the official version of Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024?
The official text of Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.