Skip to content

Seksyen 7

Perjanjian pengendalian dan konsesi sedia ada

of Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024

ActIn forceProvision 7 of 14
Seksyen 7
(1)

Seseorang yang diberi kuasa untuk menjalankan perkhidmatan dan aktiviti yang dinyatakan dalam sesuatu perjanjian berkenaan dengan apa-apa perjanjian pengendalian atau konsesi yang wujud sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah menjalankan perkhidmatan dan aktiviti itu sehingga tarikh habis tempoh perjanjian itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikaitkan dengan perjanjian itu.

(2)

Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melanjutkan tempoh atau jangka masa sesuatu perjanjian yang dinyatakan dalam subseksyen (1) melampaui tarikh habis tempohnya.