Skip to content
In forceUpdated to 25 Sep 2024Read it in English

11. Keanggotaan Suruhanjaya, dsb

Feedback & support
(1)

Anggota Suruhanjaya yang memegang jawatan dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah

Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terhenti daripada memegang jawatan atau terhenti daripada menjadi anggota jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Mana-mana anggota Suruhanjaya, kecuali Ketua Setiausaha

Kementerian Pengangkutan tidak boleh, dalam masa dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, membuat apa-apa kontrak perkhidmatan atau menjalankan atau terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan, dalam atau yang berhubungan dengan, penerbangan, melainkan jika dengan kelulusan bertulis Menteri.

(3)

Mana-mana anggota Suruhanjaya yang, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah terhenti menjadi anggota

Suruhanjaya, hendaklah terus tidak membuat apa-apa kontrak perkhidmatan atau menjalankan atau terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan, dalam atau yang berhubungan dengan, penerbangan sehingga tarikh habis tempoh dua tahun dari tarikh pemberhentiannya, melainkan jika dengan kelulusan bertulis Menteri.

Report