2. Tafsiran
Feedback & supportDalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Kumpulan Wang Perkhidmatan Awam” ertinya Kumpulan
Wang Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 27
Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015;
6
Undang-Undang Malaysia
“Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia”
ertinya Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 26 Akta Pihak Berkuasa
Penerbangan Awam Malaysia 2017;
“Kumpulan Wang Suruhanjaya Penerbangan” ertinya
Kumpulan Wang Suruhanjaya Penerbangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 25 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;
“Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Penerbangan Awam
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Pihak Berkuasa
Penerbangan Awam Malaysia 2017;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Penerbangan
Malaysia 2015.