Seksyen 9
Kecualian bagi lesen, permit dan hak trafik udara
of Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024
Tiap-tiap orang yang, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, memegang suatu lesen atau permit yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta Penerbangan Awam 1969
[Akta 3] atau Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 856
[P.U. (A) 97/2016], atau Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, atau diuntukkan kepadanya apa-apa hak trafik udara bagi laluan domestik atau antarabangsa oleh Kerajaan, atau Suruhanjaya di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan sebagai pemegang lesen atau permit yang sah, atau telah diuntukkan kepadanya apa-apa hak trafik udara bagi laluan domestik atau antarabangsa di bawah Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam
Malaysia 2017 sehingga tarikh habis tempoh lesen, permit atau hak itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikaitkan dengan lesen, permit atau hak itu.
(2)
Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melanjutkan tempoh atau jangka masa lesen, permit atau hak yang dinyatakan dalam subseksyen (1) melampaui tarikh habis tempohnya.
(3)
Pihak Berkuasa boleh mengubah terma dan syarat yang dikaitkan dengan lesen, permit atau hak yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) bagi maksud menyelaraskan lesen, permit atau hak itu dengan Akta Pihak Berkuasa Penerbangan
Awam Malaysia 2017.
(4)
Peruntukan yang berhubungan dengan pembatalan lesen, permit atau hak di bawah Akta Pihak Berkuasa Penerbangan
Awam Malaysia 2017 hendaklah terpakai bagi orang yang disebut dalam subseksyen (1).
Kecualian bagi perintah, dsb.