Skip to content

Seksyen 14

of Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024

ActIn forceProvision 14 of 14

Seksyen 14

(1)

Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu semua harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti Suruhanjaya yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan kepada dan terletak hak pada

Pihak Berkuasa tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.

(2)

Tiap-tiap harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Suruhanjaya hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Pihak Berkuasa dengan hakmilik, estet atau kepentingan yang serupa dan dengan tempoh pemegangan yang serupa sebagaimana harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu terletak hak atau dipegang sebelum tarikh peletakhakan itu.

(3)

Mana-mana tanah yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Suruhanjaya hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada Pihak Berkuasa.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran)

(4)

Jika menurut kuasa subseksyen (1), apa-apa harta yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Pihak Berkuasa, peruntukan

Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 828] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi Pihak Berkuasa.

(5)

Mana-mana harta dan aset selain tanah yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Suruhanjaya hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada

Pihak Berkuasa.

(6)

Dalam hal harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada

Pihak Berkuasa pada tarikh peletakhakan, Pihak Berkuasa boleh membuat perjanjian atau perkiraan mengenai harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu dengan mana-mana orang lain.