Skip to content
In forceUpdated to 25 Sep 2024Read it in English

12. Penerusan prosiding

Feedback & support
(1)

Apa-apa prosiding atau kausa tindakan oleh atau terhadap

Suruhanjaya yang belum selesai atau yang wujud sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Pihak Berkuasa sebagaimana prosiding atau kausa tindakan itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Suruhanjaya jika Akta ini tidak diluluskan.

(2)

Apa-apa rayuan yang dibawa, atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dalam mana-mana prosiding

10

Undang-Undang Malaysia

undang-undang yang Suruhanjaya menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Pihak Berkuasa sebagaimana rayuan atau kebenaran untuk merayu itu boleh dibawa atau dimohon oleh atau terhadap Suruhanjaya jika Akta ini tidak diluluskan.

Report