Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 4 · Penggal 4
346B. Maklumat bagi maksud risiko sistemik
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, walau apa pun peruntukan di bawah mana-mana undang-undang sekuriti, dengan notis bertulis meminta mana-mana orang untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat atau dokumen—
yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi maksud mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal; atau
jika Suruhanjaya menerima suatu permintaan daripada
Bank Negara di bawah seksyen 30 Akta Bank Negara
Malaysia 2009.
Bagi maksud subseksyen (1), jika orang yang berkenaan adalah semata-mata di bawah penyeliaan atau pengawasan
Bank Negara, notis itu hendaklah dikeluarkan melalui Bank
Negara.
Mana-mana orang yang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen di bawah seksyen ini hendaklah memberikan maklumat atau dokumen itu walau apa pun obligasi di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan sama ada nyata atau tersirat sebaliknya.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 82