Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 4 · Penggal 4
346D. Perkiraan dengan pihak berkuasa menyelia lain
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan dalam undang-undang sekuriti, Suruhanjaya boleh bagi maksud mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal atau menyumbang terhadap kestabilan kewangan—
memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa menyelia atau agensi Kerajaan bertanggungjawab bagi menggalakkan kestabilan kewangan;
mendapatkan apa-apa maklumat atau dokumen daripada, atau berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen dengan, mana-mana pihak berkuasa menyelia atau agensi Kerajaan bertanggungjawab bagi menggalakkan kestabilan kewangan jika difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi maklumat atau dokumen itu didapatkan atau dikongsikan dalam menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal atau menggalakkan kestabilan kewangan; atau
membuat perkiraan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa menyelia yang lain dan menyelaraskan langkah kestabilan dengan pihak berkuasa menyelia itu.
Jika Suruhanjaya berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen di bawah perenggan (1)(b)—
dengan mana-mana pihak berkuasa menyelia atau agensi Kerajaan di Malaysia yang bertanggungjawab bagi menggalakkan kestabilan kewangan, maklumat atau dokumen itu tidak boleh dizahirkan kepada mana-mana orang kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya; atau
dengan mana-mana pihak berkuasa menyelia di luar
Malaysia, pihak berkuasa menyelia itu hendaklah memberikan suatu aku janji yang sesuai bagi melindungi kerahsiaan maklumat atau dokumen itu dan maksud yang baginya maklumat atau dokumen itu boleh digunakan.
Undang-Undang Malaysia 84
Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkuasa menyelia”
ertinya mana-mana pihak berkuasa, badan, agensi atau entiti—
yang bertanggungjawab bagi mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal atau menggalakkan kestabilan kewangan;
atau
yang bertanggungjawab bagi penyeliaan atau pengawasan perantara atau peserta pasaran modal.”.