Skip to content
In forceAs enacted

Division 4 · Penggal 4

346C. Kuasa Suruhanjaya untuk mengeluarkan arahan bagi risiko sistemik

Feedback & support
(1)

Jika difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi kepentingan mengawasi, mengurangkan atau menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal, Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan bertulis yang menghendaki mana-mana orang untuk mengambil langkah sedemikian yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

(2)

Dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya hendaklah mengambil kira kepentingan kestabilan kewangan.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), jika orang yang berkenaan adalah semata-mata di bawah penyeliaan atau pengawasan

Bank Negara, Suruhanjaya hendaklah membuat suatu syor kepada Bank Negara untuk mengeluarkan arahan itu.

(4)

Sebelum mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen

(1)

, Suruhanjaya hendaklah memberikan orang itu suatu peluang untuk didengar.

(5)

Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (4),

Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen (1) tanpa terlebih dahulu memberikan orang itu suatu peluang untuk didengar jika mana-mana kelengahan dalam mengeluarkan arahan sedemikian akan memburukkan lagi risiko sistemik dalam pasaran modal.

(6)

Jika suatu arahan dikeluarkan menurut subseksyen (5), orang itu hendaklah diberikan suatu peluang untuk didengar selepas arahan itu dikeluarkan.

(7)

Apabila seseorang diberikan suatu peluang untuk didengar di bawah subseksyen (6), suatu arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh dipinda atau diubah suai.

(8)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

Report