Malaysia legislation

Section 24

of LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH ACT 1973

Section 24

Kuasa untuk meminjam

(1)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, dengan persetujuan

Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh

Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya.

(2)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau saham debentur, atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

peruntukan modal kerja;

(b)

penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;

(c)

pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Lembaga di bawah Akta ini;

(d)

penebusan apa-apa syer atau saham yang Lembaga dikehendaki atau berhak menebusnya; dan

(e)

apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun modal.

Section 24 — LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH ACT 1973