Malaysia legislation
Section 28
Section 28
Kuasa untuk menubuhkan perbadanan
(1)
Lembaga boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk melaksanakan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga pada menunaikan kewajipannya atau pada melaksanakan fungsinya.
(2)
Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).
Kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa 28a. (1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkan oleh Lembaga perlu atau suai manfaat untuk membantu
Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
(2)
Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).