Malaysia legislation
Section 29
Section 29
Pengambilan tanah secara paksa
(1)
Apabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanah Kerajaan perlu diambil oleh Lembaga bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diambil mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, yang sedang berkuat kuasa di Negeri itu, dan apa-apa perisytiharan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh Lembaga; dan perisytiharan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah perisytiharan itu ialah suatu perisytiharaan bahawa tanah itu diperlukan bagi suatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 104
(2)
Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana-mana harta tak alih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.
(3)
Apabila apa-apa harta tak alih telah diambil di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang dikenakan atas harta itu.