Skip to content

Section 27

Kuasa untuk mewakilkan

of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012

ActIn forceProvision 27 of 60
Section 27
(1)

Ketua Pengarah boleh secara bertulis mewakilkan mana-mana fungsinya, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, kepada Timbalan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai Institut, dan orang yang kepadanya fungsi itu diwakilkan hendaklah melaksanakan fungsi itu mengikut cara yang sama dan dengan kesan yang sama seolah-olah fungsi itu telah diberikan kepadanya di bawah Akta ini.

(2)

Seseorang yang berupa sebagai bertindak menurut pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, jika tiada bukti yang berlawanan, dianggap sebagai bertindak mengikut terma pewakilan itu.

(3)

Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Ketua Pengarah.

(4)

Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Ketua Pengarah daripada menjalankan pada bila-bila masa fungsi yang diwakilkan itu.

Pelantikan pegawai, pekhidmat, dsb.