Skip to content

Section 32

of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012

ActIn forceProvision 32 of 60

Section 32

(1)

Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan

Wang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia”

ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh

Institut.

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen bagi maksud Akta ini;

(b)

semua fi, caj pentadbiran, levi atau caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Institut berhubung dengan penyelidikan keselamatan jalan raya;

(c)

semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Institut di bawah seksyen 38;

(d)

semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan atau apa-apa urus niaga lain mengenai apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Institut;

(e)

semua wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberi oleh Institut;

(f)

semua wang dan harta lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Institut berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya;

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 23

(g)

apa-apa wang yang dipinjam oleh Institut di bawah seksyen 37;

(h)

apa-apa wang atau pemberian daripada mana-mana sumber, sumbangan, biaya, hadiah atau bekues yang boleh dibuat kepada atau bagi faedah Institut; dan

(i)

semua wang dan harta lain yang diterima dengan sah oleh

Institut, termasuk bunga.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan