Section 42
of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012
Section 42
Ketua Pengarah boleh melantik apa-apa bilangan pegawai
Institut dan pegawai awam yang difikirkan perlu untuk menjadi pegawai yang ditugaskan bagi maksud menjalankan kuasa yang dinyatakan di dalam Bahagian ini.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan kepada setiap pegawai yang ditugaskan—
(a)
suatu sijil berkenaan pelantikan pegawai yang ditugaskan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah, di mana sijil tersebut hendaklah dalam apa-apa prosiding undang-undang diterima sebagai keterangan dan hendaklah menjadi keterangan prima facie berkenaan fakta yang diperakukan; dan
(b)
suatu kad kuasa yang ditandatangani oleh Ketua
Pengarah.