Section 25
of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012
Section 25
Menteri boleh, di atas syor Lembaga, melantik mana-mana orang yang mempunyai kemahiran atau kepakaran yang sesuai untuk berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Institut dan hendaklah meletak hak padanya apa-apa kuasa dan mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan keseluruhan fungsi dan hal ehwal harian Institut.
(3)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Institut.
(4)
Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
(5)
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.
(6)
Jika Ketua Pengarah tidak ada buat sementara waktu di
Malaysia atau tidak dapat oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain, untuk melaksanakan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah melantik mana-mana orang untuk menjalankan kewajipan
Ketua Pengarah semasa ketiadaan atau ketidakupayaan sementara waktu itu.