Skip to content

Section 46

of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012

ActIn forceProvision 46 of 60

Section 46

(1)

Hak pemilikan bagi setiap dapatan penyelidikan atau program yang dijalankan oleh Institut dan dibiayai sepenuhnya oleh pemberian yang diberikan kepada Institut oleh Kerajaan

Persekutuan atau Kerajaan Negeri hendaklah terletak hak pada

Institut.

(2)

Walau apa pun dalam subseksyen (1), Institut boleh memberi ganjaran kepada pegawai atau orang yang bertanggungjawab bagi dapatan penyelidikan atau program itu dengan cara yang difikirkan sesuai.

(3)

Hak pemilikan bagi setiap dapatan penyelidikan atau program yang dijalankan oleh Institut yang dibiayai oleh badan perusahaan atau organisasi persendirian hendaklah terletak hak bersama pada

Institut dan badan perusahaan atau organisasi persendirian tersebut, tertakluk kepada terma dalam apa-apa perjanjian antara Institut dengan badan perusahaan atau organisasi persendirian tersebut.