Malaysia legislation

Section 3

of MALAYSIAN INSTITUTE OF ROAD SAFETY RESEARCH ACT 2012

Section 3

Tafsiran

“data” ertinya apa-apa maklumat yang direkod atau dokumen yang berkaitan dengan atau relevan kepada keselamatan jalan raya, tidak kira dalam apa jua bentuk, yang meliputi data utama, data sekunder, data kasar atau data agregat, termasuk data kemalangan, laporan, pelan lakar kemalangan jalan raya, data kecederaan dan jumlah trafik;

“dokumen” mempunyai erti seperti yang dinyatakan dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“entiti fizikal” ertinya apa-apa kelengkapan, alat, artikel, barang atau benda yang direka bentuk, dibina, dibuat, diedar, dijual atau dikatakan untuk kegunaan di jalan raya atau yang secara umumnya berhubung dengan pengangkutan darat atau berkaitan dengan atau relevan kepada keselamatan jalan raya, dan termasuk kenderaan bermotor, perkakas jalan raya dan tanda lalu lintas;

“harta” ertinya semua harta alih atau tak alih, termasuk harta intelek dan semua kepentingan, hak dan liabiliti, sama ada di bawah ekuiti atau undang-undang, dalam harta itu, dan termasuk hak dalam tindakan, pelaburan, wang dan nama baik;

“Institut” ertinya Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya

Malaysia atau MIROS;

“institusi memandu” ertinya sekolah memandu atau institut memandu yang kepadanya permit dikeluarkan di bawah

Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Sekolah Memandu) 1992

[P.U. (A) 60/1992];

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Institut yang dilantik di bawah subseksyen 25(1);

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Institut Penyelidikan

Keselamatan Jalan Raya Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 32;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan

Keselamatan Jalan Raya Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 10;

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 9

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pengangkutan;

“pegawai yang ditugaskan” ertinya seorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 42;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 11(2);

“sampel” ertinya apa-apa amaun, bahagian atau kuantiti yang diambil daripada entiti fizikal sebagai suatu sampel representatif;

“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah

Institut yang dilantik di bawah seksyen 26.

Section 3 — MALAYSIAN INSTITUTE OF ROAD SAFETY RESEARCH ACT 2012